Skip to main content
Bersukan dan Diet

Benda yang selalu kita fikir tak kira umur dan status serta tujuan utamanya tapi sukan dan diet nie mmg dah jadi hobi dan perkara yang perlu aku buat dimasa terbuang yang aku buang tiap2 hari.... Tapi aku nak cerita kat sini adalah benda sihat yang perlu anda buat sebelum nak start bersukan dan diet.


Tahu dimana tahap anda...
Apa lagi kalau bukan berat anda (Kg) yang sebernanya bukan berat angar2 atau pun guna mesin timbang yang dah berkarat kat bawah katil anda tue, gunakan mesin timbang yang kejituannya +/- 1kg saja ralatnya. Bayar 20sen kat mesin timbang supermarket tue pun boleh... lagi bagus kalau ada ukuran tinggi sekali agar mudah nak ukur index imbangan sihat anda. iaitu Berat dlm (kg) dibahagi dengan tinggi dalam meter, kalau kurang dari 33 anda sihat dan yang terlebih macam saya nie maka, silalah bersenan dan diet. Pastikan anda tahu berat ideal anda sbb berat boleh ditambah dan ditolak tapi tinggi tue bila dah cecah 23thn ke atas, tak perlulah mengharap anda akan membesar lagi... so, anda tahu berapa kilo lemak2 yang perlu dibuang. So, jom start bersenam dan diet.

Nak bersukan atau diet?
Apa kata kalau buat kedua-dua nya sekali... Penat? Masa? tak ada Kawan? Alasan nie hanya boleh digunakan kalau anda hidup zaman 80'-90'an. Dulu saya kerja di Retail masuk kerja kul 10pagi balik 10 mlm pun ada masa nak bersenam (berlari sekeliling supermarket kena kejar dengan Ast Line Mng). Nak buat salah satu pun mmg boleh, bab kata "benda apa yang tak boleh manusia buat? Buat ajelah asal tak menyusahkan orang". Betul, Makcik saya, hilang 20kg dalam masa 2 bulan sahaja dari 75kg ke 55kg hanya dengan berdiet sbb dia tak ada masa bersenam. Tahu apa dia buat? hanya makan sesudu nasi sahaja, lauk pauk banyak dan protein datang dari makanan tambahan. Memang hebatkan? sama macam diet Aizat (Penyanyi tue). Sihat? Ada kesan sampingan? hanya Allah swt aje yang tahu jawapannya. Sebagai manusia yang sayang kan masa depan yang entah singkat atau tidak, better we try the simple one, do both of it..kan... kalau sukan aje? jadilah macam kawan saya.... hilang 100g aje dalam seminggu, sebulan 1 kg pun susah... tapi tetap turun berat badan....



Jadikan Habit/Budaya
Bila dah ada objective dan system yang dirasakan sesuai maka, membudayakan senaman dan diet yang dipilih adalah jalan terakhir nak turunkan berat badan. Susah ke? Memang susah... manusia boleh berubah dalam masa seminit ke sifat yang menyenangkan diri dan bukan yang menyusahkan diri. Apabila kita merasakan senaman itu menyusahkan dan diet hanya bila suka (tak ada duit, tiap hari boleh puasa tapi bila ada makanan free semua bedal) jawapannya makan ubat diet yang beratus-ratus tue pun tak ada gunannya...apa tah lagi kalau kedai kuruskan badan tue. Bukan kata tak boleh, boleh tapi kena ada perubahan ke arah mengurangkan kandungan kalestrol dalam badan bukan tambahkan lagi.


So, entry nie sebenarnya untuk ingatkan aku tentang apa yang perlu aku buat dan hanya ingatan buat kawan baik ku dan juga sepupu saudara ku yang degil tue, bak kata pakcik ku "Dia dietlah ayang (nama panggilan aku kat rumah), hilang 5 kg tue.... tapi dah tambah 10kg sekarang". So... saja buat beringat2....
p/s Gambar bersenam dengan Wawa dan Hajar ^^

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkat...

Mangsa Buli.. sampai bila kami harus dibuli?

Dah masuk 2 hari aku asyik bermimpi benda yang sama... isu yang menjadi hangat dan disiarkan secara langsung dalam Berita Utama di stesen TV tempatan, pelajar dibuli... perbagai hujah dan bukti kajian dibincangkan tapi sayang ianya dihujah oleh pakar2 dan ahli Terapi dan bukannya mangsa buli? kerana pada pandangan aku, pengulas yang baik dalam isu ini adalah mangsa buli yang mampu melupakan sejarah hitamnya sendiri.Aku berjanji pada diri aku sendiri bahawa aku akan lupakan sisih hitam kehidupan aku...namun subuh hari ini aku tekad meluahkan semuanya dan aku ingin buktikan jika anda mangsa buli bukannya mudah anda ingin melepaskan diri dari Pembuli. Sekolah Rendah Aku budak kampung, bersekolah disekolah kampung dimana peratusan lulus UPSR serendah 70%. Dan aku dibuli oleh para Guru dan Rakan bermula dari darjah 3 lagi berusia 9 Tahun. Apa yang budak sekecil ini tahu tentang Buli? kami tidak tahu; apa-apa "Dia bodohlah, Cikgu!!! Kenapa nak tukarkan dia kelas Baid...