Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Penyokong... menaikkan semangat dari kalah ke menang atau dari jatuh terus ditanam

Ain and Uyun setia dengan papan sepanduk untuk Hajar. Sambil menjeit tanda setia " we are hajar family" Seminggu di Shah Alam...menjaga anak2 buahku yang berlima bersama mama, sambil2 tue bolehlah aku ke kelas di UiTM yang selalu aku skip sepanjang semester lepas. Menghadirkan diri menjadi penyokong setia anak buah di sukan sekolah. Seronok juga bila jadi penyokong bila selalu menjadi orang yang disokong aje. Keluarga adalah Penyokong Percuma Penyokong paling setia adalah keluarga  Jumaat, sukaneka Nur Nadjwa; kami tidak sempat bersorak namun kami sedar kalau datang pun Nur Najwa bukannya ada sifat ingin melawan di atas padang....dia lebih gemar disorak ketika menghadapi peperiksaan... no 1 itu yang menjadi kegilaannya ketika diuji dengan soalan2 bersifat akademik...kalau kurang matapelajaran yang dapat 100, dia akan mogok lapar dan hanya tidur seharian... umur? baru 7 tahun... sebagai penyokong, kami pun takut melihat gelagatnya. Ya, kami d