Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

UiTM tempat untuk Melayu Bodoh sahaja?

  Aku terbaca tweet and post tentang betapa bangsa Melayu memperlekihkan UiTM. Maka aku hanya tersenyum... sebagai budak UiTM ada kah aku merasakan benda yang sama? Selepas tamat tingkan 5, aku menunggu kemasukan ke matrikulasi dan ternyata nasibku tiada di situ. Aku ditawarkan ke tingkatan 6 rendah sains dan aku merasakan tingkatan 6 ini telalu susah kerana tiada guru yang selayaknya mengajar dan aku ketinggalan jauh. Panggilan Diploma juga aku gagal, maka harapan aku hanya 2 sahaja sama ada apply untuk semester Dis UiTM atau kolej2 swasta yang tumbuh bak cendawan. Mungkin kerana penyakit kemurungan ku kembali... aku merasakan program 3+2 ijazah sarjana muda di USA bukanlah jalan mudah bagi aku. Selapas sesi kaunseling dan pengambilan ubat maka aku kembali stabil dan meneruskan pengajian dengan kolej bersekutu UiTM. Ya, aku anak angkat UiTM dan Yayasan Mara... hidupku ditaja Masjlis Amanah Rakyat dan aku bersyukur kerana itu. Bukan kerana aku bangsa pendatang yang kebetulan