Skip to main content
Persedian untuk PTC Pegawai Belia dan Sukan (Part 1)

Apa yang perlu aku tahu dan apa yang aku nak kongsi kat sini... Aku pun benggang gak bila aku cari maklumat kat internet tapi tak ada orang yang nak postkan maklumat yang tepat dan padat, so aku rasa kalau orang tak buat, akulah kena buat untuk sama2 kongsi maklumat nie, sbb tak ada seorang pun sepupu aku yang penah kerja sebagai PBS atau pun kawan2 yang ada maklumat jitu dari pengalaman mereka. So, nie ajelah yang mampu aku kongsi:

Pegawai Belia dan Sukan (Ged S41) (Pengurusan dan Profesional)

1. Bidang Tugas:






Kem/Jab: Kementerian Belia dan Sukan




Jadual Gaji:

P1T1 RM1688.89 - P1T27 RM4638.89
P2T1 RM1783.51 - P2T27 RM4917.16
P3T1 RM1882.31 - P3T27 RM5219.23





Syarat Lantikan:

  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3 RM1869.79]; dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Deskripsi Tugas:

Merangka dasar, merancang program serta aktiviti berkaitan kegiatan belia dan sukan di peringkat Kementerian/Jabatan. Meliputi memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan, memberikan nasihat kepakaran serta penyeliaan berterusan bagi mengembangkan program-program belia dan sukan.

2. Maklumat apa yang Perlu anda tahu?
Ada 2 element penting dalam menyadang jawatan nie iaitu (1) Belia (2) Sukan; namun pada tahun 2011; penambahan program (3) Latihan/Kemahiran turut diterapkan.


BAHAGIAN I- ELEMEN BELIA


(1) PEMBANGUNAN BELIA
-Dasar, Pelan Tindakan dan Undang-undang Berkaitan Pembangunan Belia
-Dasar Pembangunan Belia Negara
-Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional
- Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007


(2)PEMBANGUNAN SOSIAL
-Pembangunan Pergerakan Belia Malaysia
-Pemberian Bantuan
-Majlis Perundingan Belia Negara/ Negeri/ Daerah
-Integrasi Nasional
-Hari Belia Negara
- Anugerah Belia Negara
- Program Generasi Bebas Jenayah
- Program Belia Antarabangsa

(3)KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH
-Kemahiran Kepimpinan dan Kemasyarakatan
-Kesukarelawan dan Jatidiri Remaja
-Pembangunan Kepimpinan Sasaran Khas
-Kepimpinan Komuniti Belia
-Kepimpinan NGO Belia
-Profesionalisme Pekerja Belia
-Pembangunan Sahsiah
-Kemahiran Pengurusan Organisasi
-Bengkel Pengurusan Organisasi

(4)PEMBANGUNAN EKONOMI
- Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB)
- Belia Tani
- Latihan Keusahawanan

(5)PEMBANGUNAN RAKAN MUDA
- Teras Rakan Muda
- Gaya Hidup Rakan Muda
- Pembangunan Organisasi dan Komuniti Rakan Muda
- Pengembangan Rakan Muda

(6) PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
-Pengambilan Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara / Institut Kemahiran Tinggi Belia
Negara (IKBN/IKTBN)
-Latihan Kemahiran Di Institut Kemahiran Belia Negara/ Institut Kemahiran Tinggi Belia
Negara (IKBN/IKTBN)
-Pembiayaan Tempat Latihan (Latihan Luar)
-Kursus Jangka Pendek
-Seminar Kerjaya Sehari
-Citra Institut Kemahiran Belia Negara/Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara
(IKBN/IKTBN)

Ini hanya pengetahuan asas yang perlu anda tahu aje... detailnya hanya diperlukan bila anda berjaya di panggil utk interview atau stage 3 nanti, untuk PTC nie tak payahlah nak tahu semua, setakat yang perlu untuk digunakan dalam Aktiviti perbincangan kelak, supaya anda tak keluarkan idea yang dikategorikan lapuk oleh KBS nnt.... Element seterusnya akan ditulis pada esok hari...InsaAllah (Dengan Izin Allah swt)

Rujukan dari:
Laman web rasmi JPA : www.jpa.gov.my
Laman sesawang KBS : www.kbs.gov.my
Sukatan Peperiksaan PBS : www.kbs.gov.my/dokumen/periksa/subJab/BeliaSukan_S/S41.pdf
Gambar dari laman sesawang KBS.

Penafian:
Tulisan diblog ini adalah cetusan dari saya dan bukannya dari KBS, maka ianya tidak boleh dianggap sebagai maklumat yang tepat
.

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkat...

Mangsa Buli.. sampai bila kami harus dibuli?

Dah masuk 2 hari aku asyik bermimpi benda yang sama... isu yang menjadi hangat dan disiarkan secara langsung dalam Berita Utama di stesen TV tempatan, pelajar dibuli... perbagai hujah dan bukti kajian dibincangkan tapi sayang ianya dihujah oleh pakar2 dan ahli Terapi dan bukannya mangsa buli? kerana pada pandangan aku, pengulas yang baik dalam isu ini adalah mangsa buli yang mampu melupakan sejarah hitamnya sendiri.Aku berjanji pada diri aku sendiri bahawa aku akan lupakan sisih hitam kehidupan aku...namun subuh hari ini aku tekad meluahkan semuanya dan aku ingin buktikan jika anda mangsa buli bukannya mudah anda ingin melepaskan diri dari Pembuli. Sekolah Rendah Aku budak kampung, bersekolah disekolah kampung dimana peratusan lulus UPSR serendah 70%. Dan aku dibuli oleh para Guru dan Rakan bermula dari darjah 3 lagi berusia 9 Tahun. Apa yang budak sekecil ini tahu tentang Buli? kami tidak tahu; apa-apa "Dia bodohlah, Cikgu!!! Kenapa nak tukarkan dia kelas Baid...