Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana yan