Skip to main content

Mangsa Buli.. sampai bila kami harus dibuli?




Dah masuk 2 hari aku asyik bermimpi benda yang sama... isu yang menjadi hangat dan disiarkan secara langsung dalam Berita Utama di stesen TV tempatan, pelajar dibuli... perbagai hujah dan bukti kajian dibincangkan tapi sayang ianya dihujah oleh pakar2 dan ahli Terapi dan bukannya mangsa buli? kerana pada pandangan aku, pengulas yang baik dalam isu ini adalah mangsa buli yang mampu melupakan sejarah hitamnya sendiri.Aku berjanji pada diri aku sendiri bahawa aku akan lupakan sisih hitam kehidupan aku...namun subuh hari ini aku tekad meluahkan semuanya dan aku ingin buktikan jika anda mangsa buli bukannya mudah anda ingin melepaskan diri dari Pembuli.

Sekolah Rendah

Aku budak kampung, bersekolah disekolah kampung dimana peratusan lulus UPSR serendah 70%. Dan aku dibuli oleh para Guru dan Rakan bermula dari darjah 3 lagi berusia 9 Tahun. Apa yang budak sekecil ini tahu tentang Buli? kami tidak tahu; apa-apa "Dia bodohlah, Cikgu!!! Kenapa nak tukarkan dia kelas Baiduri (Kelas Pertama)?. Kami tak suka" kata murid sekelas aku; "Budak ini Pelat, dah darjah 3 masih menyusahkan saya" Luah Cikgu Bahasa Melayu aku didepan semua murid dalam kelas aku. Adakah aku faham konsep Buli Emosi? Yang aku tahu aku tak ada kawan dan cikgu akan mencampak buku latihan aku di atas lantai; paksa aku berdiri di atas kerusi sehingga tamat kelas (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan kadang-kadang kelas Kemahiran hidup); pukul dengan pembaris kayu dan yang selalu buat aku menangis adalah apabila Cikgu (Majority cikgu Perempuan) dan Rakan sekelas aku menghina aku kerana Pelat ( Aku paling benci lagi "Aku Pelat" pada aku ianya satu penghinaan dan apabila ada manusia yang ketawa mendengar lagu tersebut ianya menguris dan mengingatkan aku tentang BULI di sekolah rendah)

Jika anda bertanya kenapa tidak mengadu pada cikgu kelas; kawan-kawan pulaukan/mengejek aku? Jawapanya Cikgu aku sendiri pun tak suka aku. Ya aku Pelat; aku tidak pandai mengeja dan menyebutkan perkataan dengan tepat walau aku bijak dalam pelajaran. Pada aku cikgu Matematik aku aje yang menyokong dan mendorong aku untuk tidak mengedahkan semua kata-kata kesat rakan sekelas dan Cikgu-cikgu yang lain... tapi sayang sebernanya Cikgu Matematik aku pun pernah meluahkannya yang dia pilih aku jadi Pengawas hanya kerana aku ada Kakak yang pandai. Dan kemuncak aku dibuli adalah apabila aku darjah 6 dimana aku sering mewakili sekolah dalam bidang Sukan dan Akademik. 

Hari-hari aku bergaduh dengan Penolong Ketua Pengawas aku "Mohd Zaihan"; ada aje yang aku buat salah dan perlu di adukan pada Cikgu; disini aku dibuli bukan setakat Emosi ianya membawa kepada pembulian secara Fizikal. Dari pembulian 1 kelas aku (32 orang murid) tapi merebak ke kelas Delima dan Zambrud. Pergaduhan yang merasakan aku 'Sombong dan Bongkak' atau sebab 'dari kelas bawah masuk ke kelas Pertama'... perasan cantik, dia suka Ketua Pengawas ( Kat sini aku nak JELASKAN pada RAZIF dan rakan-rakan sekumpulan dengan nya; Ya, aku ada tulis Surat bukan surat cinta yang korang cakapkan tue..tapi luahan rasa aku yang sering dibuli.. semua orang JAHAT kecuali Razif dan Amir sebab tue aku suka dia, SUKA kat sini bukan CINTA tapi suka sebab aku ada pembela; tapi sayang korang hanya baca muka surat 2 dan bukan muka surat 1 yang terang-terang aku ceritakan apa rakan sekelas aku buat...aku bukan sehaja dihina malah aku dibaling dengan bijik kelapa Sawit menyebabkan badan aku lembam2. Dihalau ketika latihan sukan sebab Ain/Nazlin/Huda dan yang lain tak suka aku? atau aku tak nak dengar arahan dari mereka? dan diketawakan hanya kerana aku pakai tudung sekolah pada kelas tambahan waktu malam-aku bukan kaya/mewah macam korang yang berpakain cantik ke kelas tambahan). 

20 tahun kemudia dengan kemudahan Internet dan FB; reunion di adakan... adakah Pembulian berhenti selepas aku tamat UPSR pada tahun 1997? Jawapannya TIDAK; rakan-rakan sekelas aku masih ketawa bila menceritakan pengalaman mereka..."Kau ingat lagi tak, Masa Yang bergaduh dalam kelas?" "Yang memang macam tue" persoalan nya kau kenal siapa aku ke? tahu kepayahan hidup mak and bapak aku membesarkan aku dari kampung yang penuh dengan penagih dadah? bila korang diambil dengan motor aku berjalan kaki ke sekolah... bila malam korang naik kereta ke sekolah, aku naik motor dengan ikhsan orang.... HINA KE AKU ORANG MISKIN, DAN PELAT ? sehingga sekarang korang masih nak ungkit? Maaf, Hidayah aku masih ingat apa yang kau cakap kat rakan-rakan yang lain zaman sekolah dulu walau aku tahu kau cuba berada di sebelah pihak Aku.


Sekolah Menengah

Ini membuat aku lebih marah, bila rakan-rakan FB meng'upload' gambar-gambar pembuli disekolah yang dirakam di 'YOUTUBE'; pakai tudung tapi samseng... YA, pembuli aku pun pakai tudung jugak (demi ALLAH; dia pakai tudung singkat dan melepat tudung dengan gaya yang sama)...sebab kat sekolah wajib pakai tudung. Rakan sekolah rendah ke sekolah menengah... aku bersekolah Harian Sains, semua muridnya PEREMPUAN... tapi aku masih menjadi mangsa buli sebab? AKU PUN TAK TAHU DAN AKU SEHINGGA SEKARANG NAK TAHU; kenapa "AIMI ARIFF" dan rakan-rakanya membuli aku tiap2 hari, aku tak kenal pun dia siapa sebelum ini dan aku tak pernah menghina? meluahkan perkataan yang menyakitkan hatinya? Aku dengan hidup aku: itu nasihat Along bila aku beritahu yang aku mangsa buli disekolah Rendah. "KAU JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN ORANG LAIN, BUAT HAL KAU AJE". Ya, jika ada yang bergaduh dalam kelas aku akan diam malah aku akan baca buku dan buat-buat tak tahu. tapi aku terus dibuli "AIMI dan rakan2nya"; kerusi  dan meja aku diGAM; aku dipulaukan oleh rakan-rakan sekelas... setahun aku duduk seorang diri dalam 1 barisan ditengah2 kelas... dan paling teruk kedua-dua tayar basikal aku di pancitkan (menegah rendah balik dalam pukul 6.40 petang tapi disebabkan aku menolak basikal hingga Magrib 7.30 mlm, aku masih belum sampai ke rumah. Peristiwa ini menyebabkan Mama dan Babah tahu aku masih dibuli hingga ke Sekolah Menegah dari Sekolah Rendah)



Dan YA, AKU MASIH MENANGIS mengenangkan nasib aku. Dari AIMI seorang sahaja kaki buli yang membuli aku saban hari tapi pada tingkatan 2 aku menjadi sasaran dendam dari pelajar kelas yang lain. APA SALAH AKU HIDAYA!!! Aku tak kenal kau dan kau tak pernah 1 kelas dengan aku pun. Kau Pengawas dan aku hanya pembantu Perpustakawan aje. Aku menahan nangis setiap hari, kadang2 aku duduk dilantai kelas dan tidur bersikukan lengan dari awal waktu persekolahan hinggakan tamat waktu persekolahan; Ingat lagi aku apabila cikgu aku terperanjat bila aku tiba-tiba bangun untuk ke tandas "Yang, saya ingat awak tak ada dalam kelas?" Siapa aku nak ngadu bila ketua tingkatan aku adalah kawan baik AIMI dan bila cikgu bertanya; mereka berkata aku yang GILA. Keadaan semakin parah dan aku mengadu pada Cikgu Tingkatan 3 aku, pada aku tingkatan 1-2 sesi Petang tidak membantu langsung walau Cikgu Displin aku tue, paling sayang aku (Tingkatan 2lah aku belajar membodek Cikgu yang berkempentingan; Aku tidak ada kuasa maka berdamping dengan orang yang ada kuasa); cara penyelesaian cikgu aku mudah.. siapa yang mulakan perasaan benci/buli ini (AIMI buli aku sebab dia kawan Nazlin/Ain-rakan sekelas aku sekolah rendah/team bola jaring) maka dia gadingkan aku dengan Nazlin; alasannya mudah bukan sebab buli tapi yang Pandai bimbing yang berada di dasar kelas untuk persedian PMR. Maka wujud perasan hormat dia pada aku yang membantu dia untuk belajar.

Dan aku beranikan diri ketika sesi bertemu IBUBAPA dan GURU sekolah (Hari ambik Report Card); aku tunjukkan pada Babah siapa yang buli aku (Ya, bapak aku kenal benar bapak si Aimi..dan cara dia senyum dan tunduk hormat pada bapak aku memang sangat2 menyakitkan hati aku). Aku rasa nasihat mama banyak membantu aku mengatasi PEMBULI di kelas sekolah Menengah; "Jika kau Pandai, dia tak akan kacau kau, Yang. Dia akan malu sebab dia bukanya Pandai pun. Hanya kerana dia ada Tali Pinggan Hitam Teakwando; dia ada kekuatan tapi tak ada Otak".  

Menengah atas aku berpisah dengan PEMBULI aku; aku ke kelas Sains Tulen dan dia hanya ke kelas Pertengah sahaja... aku menarik nafas lega tapi sayang ada 'Syaitan Kecil' duduk sekelas dengan aku; kekasih AIMI jika aku boleh katakan (Aku belajar apa itu LESBIAN dan SEKS di sekolah Menengah apabila semuanya terhidang di depan mata tanpa perlu akses internet); walaupun dia tidak mampu memukul dan menerajang aku seperti AIMI, tapi mulutnya YA Allah, muka nya sahaja cantik dan badannya kecik tapi hatinya HITAM dan sentiasa BERPURA-PURA baik; mereka berkawan dengan rakan sekelas Sekolah Rendah aku ditempat Tuisyen malah ada yang dah berkhawin antara mereka sendiri sekarang (maka aku tahu akar umbinya). Tapi aku atasinya kerana majority rakan2 sekelas aku tak ambik pusing walaupun dia adalah golongan minority yang berkuasa. Aku aktifkan diri dengan aktiviti peringkat sekolah, daerah dan Negeri Johor hingga aku tak ambik tahu apa yang berlaku dalam kelas. Mungkin sebab ketua Tingkatan 4-5 aku tue asal dari sekolah yang lebih Hulu dari aku maka kadang2 dia pun selalu meleraikan kes PEMBULIAN yang menghina dan mencaci nama sesorang terutamnya akulah~

10 tahun kemudian, ada antara mereka yang menjadi Doktor, Cikgu dan sebagainya. Dalam hati aku kadang-kadang terdetik "KAU PEMBULI, kau ketawakan rakan sekelas kau yang Pelat, miskin-pakai pakain koyak, bodoh tak pandai mengeja, mengejek orang lain mengunakan nama2 yang berunsur penghinaan...memulaukan orang dan melebelkan aku dalam kumpulan2 tertentu. Tapi kau melenting bila anak kau dibuli disekolah? anak murid kau bergaduh?" Kau Komen kat Post2 FB yang kau marah dan rasa terhina dengan PEMBULI???? betul kata manusia; SI PEMBULI tak akan ingat apa yang mereka buat atau kata dan hanya MANGSA BULI akan ingat dan kenang sampai mati. JANGAN JADI HIPOKRIT

Kolej dan Universiti
secara jujur aku dan mula rasa aku tak perlu takut dan jadi pendiam kerana aku mangsa buli. Dan dialam Kolej tak ada siapa yang kenal aku dan tak ada siapa yang berkawan dengan aku sebab tak ada siapa yang berkaitan dengan zaman sekolah Rendah atau Menengah disini. Permula yang baik, mungkin aku x biasa berkongsi bilik dengan orang lain tapi aku masih berperganggan pada falsafah hidup mama; ilmu mengatasi kita dari dibuli.... tapi kenyataan tak seindah mana; anda tahu istilah "GEEK"? budak2 pandai yang tak ada kawan dan digelar makhlus asing... kalau di Amerika mereka jugak adalah golongan sasar si pembuli. Semester 6, semester akhir....Final Projek dimana aku secara sukarela menarik diri dari kelas khas (Kolej aku mengadakan kelas khas dimana pelajar2 dengan CGPA tertinggi akan diasingkan dari pelajar-pelajar lain) dari semeter 2-5 aku tak ada Group yang tetap; jika subject lain aku akan buat secara individu, dengan Dayahthegang atau aku akan bergabung dengan seniour aku yang Fail paper tue untuk dijadikan rakan assignment. Tapi kemuncaknya bila walau aku keluar dari kelas Khas dan aku masuk kelas campur-campur dan disini aku mengunakkan rakan 'Boyfriend' aku untuk menyelenap masuk ke group dia... macam langit dan bumi; aku ambik alih penulisan project dan keluarkan idea utama untuk semua kertas kerja sebab aku tak boleh biarkan diaorang menjahanankan Pointer aku. It group marking system; sorang dapat A semua dapat A dan sebaliknya....

Bila kelas campur2 jadi top 3; maka group aku jadi penanda aras dan diminta untuk membantu yang lain. Sebab no 1 and 2 dari Kelas Khas. Jawapan aku mudah; Aku buat reseach, aku bersengkang mata taip report and bila orang lain boleh "COPY" aku punya usaha pada aku itu satu pembulian secara terang-terangan oleh LECTURE aku sendiri. Aku kasik dengan tulisan "IKHSAN DARI YANG IZHANI". Akhirnya aku diserang oleh 6-7 orang perempuan sambil seorang dari mereka merakam dalam Handphone mereka. Ya, ianya sama macam apa yang anda nampak dalam 'YOUTUBE' dan ianya dibuat di peringkat Universiti (Aku ada cerita pada benda ini dipost yg lain). Motor aku pernah diambik tanpa izin, sehingga aku terpaksa membuat Report POLIS tapi bila Polis datang buat siasatan; tiba2 motor aku dikembalikan dan aku pulak yang diugut untuk menutup kertas siasatan. Aku ingat lagi bila babah menghempas handphone dan meluahkan kata-kata kesat pada aku... Ya, aku memang sentiasa dibuli dan ditimpa malang dari sekolah rendah hingga ke IPT. Aku redhai dan hanya diam..aku menarik balik laporan Polis dan mendiamkan diri bila diserang dengan kata-kata hinaan dan ditonjol kepala sambil dirakam. Biarlah cepat aku bergraduat..itu sahaja doa aku hari-hari.

Alam Pekerjaan
Pernah diketawakan kerana bersolat di tangga beralaskan Kotak Kertas kerana majikan anda bukan Islam dan bilik solat tidak disediakan? Dimaki Bodoh di dalam Pejabat? Bos anda meninggikan suara dalam semua hal yang anda tanya? Menyampak/baling ke lantai semua maklumat research anda? Memanggil rakan sekerja dan mengetawakan idea yang anda bentang dalam mesyuarat? Ketawakan ejaan anda yang salah bersama-sama yang lain dengan menandakan kesalahan dan men'forward'kan email anda kepada semua rakan sekerja (bukan dalam department sendiri sahaja) anda? Majikan anda merasakan anda tidak layak berkerja dan meminta anda meletak Jawatan dihadapan rakan sekerja anda? Anda dipersoalkan kerana bersolat sedangkan rakan Melayu anda yang lain tidak Solat? Bos anda menghantar email yang penuh dengan ugutan, maki hamun dan bersifat perkauman? Anda dibayar gaji RM2000 dengan pengalaman sedangkan fresh Graduat bangsa CINA dibayar RM3000 sebulan? Anda tidak penah berbanga dan bermegah diri, tapi Bos anda sering mengungkit yang dia lebih bagus berbanding anda yang ada MBA? Majikan aku Cina Perempuan dan Bos aku adalah Lelaki Cina, India dan Melayu.

Ya, aku merasakan semua itu dan aku terdiam bila rakan sekerja yang lain hanya mendiamkan diri. Patut ke aku mendiamkan diri terus? dari usia 9 tahun hingga 29 tahun aku dibuli dari segi mental, emosi dan fizikal oleh rakan-rakan, bekas majikan, para guru dan ahli keluarga aku sendiri. Setahun aku menganggur... secara jujur aku takut; aku dah tak percayakan yang mangsa Buli tidak akan dibuli lagi. Bagaimana aku Yakin sekali pun, akan ada perasaan was-was dalam hati aku. Tapi aku berjaya pendam dan menahan air mata aku dari mengalir. Aku secara jujurnya telah berusaha dengan sepenuh hati untuk tidak mempersoalakan KENAPA AKU? APA SALAH AKU? KALAU AKU BERSALAH MAAFKANLAH AKU, JANGAN BULI AKU LAGI; CUKUPLAH. Aku bukan mintak simpati tapi aku hanya meluahkan hakikat bahawa mangsa buli boleh dianggap sebagai penyakit tanpa rawatan atau memang dah tertulis kat dahi ini aku adalah manusia yang paling senang dibuli; tempat melepaskan marah dan dendam si PEMBULI.


Ada yang kata Mangsa Buli perlu memberitahu Para Guru, berbincang dengan rakan sebaya yang lain; beritahu ibubapa... tapi percayalah aku dah beritahu semua orang hinggakan ketika aku bekerja aku buat laporan pada Director Human Resources aku; tapi siapa aku nak lawan Director aku sendiri???... report aku terhenti apabila Director HR bertanya khabar dengan Director aku... itu semua salah aku sebagai pekerja dan dia (Director) hanya emosi pada ketika itu. Tapi kesannya Director dan bos aku makin biadap dan menghimpit dan menengking aku dengan kata2 yang sangat biadap supaya aku lepaskan Jawatan aku sendiri. Aku bertukar Jabatan dan Jawatan tapi kesan nya tetap sama, rekod aku dah kotor disebabkan hati manusia yang kotor akhirnya aku akhiri dengan perletakkan jawatan...si Bangsa Cina tue terang2 ketawa kan aku depan2... demi Allah aku dah rasa seksa dunia akibat mulut dan iri hati manusia sedangkan gaji aku bukan diambik dari gaji dia pun walau sesen pun. Demi Allah, tak ada manusia pun yang dapat membantu mangsa BULI kecuali diri mereka sendiri dengan IzinNya. Orang lain hanya mampu menghalang seketika atau seseorang tapi pada masa depan; akan wujud lagi seorang PEMBULI.


~ There are no way out sebab kita memang hidup dengan manusia dimana yang kuat akan menindas yang lemah. Jangan kata aku tak pernah ada keinginan membunuh diri; Ya, aku jujur kata aku ada niat itu tapi aku teringat pesan mama "Allah tak terima Roh dari manusia yang bunuh diri, dan ingatlah seburuk-buruk orang Islam pun selepas diseksa di Neraka beribu tahun ianya tetap akan berakhir di Syurga sesungguhnya Syurga itu kekal abadi dari dunia ini". Itu sahaja yang menghalang aku dari bertindak bodoh... sebab itu aku benci PEMBULI dan aku benci CERITA PEMBULI dan aku jugak benci pada MANGSA BULI yang mengalah dan membiarkan PEMBULI terus MENBULI.

~ Semoga Allah swt; membalas perbuatan mereka sepertimana yang mereka perlakuakan pada Aku. Semoga mereka memperolehi hidayah dan rahmatMu ya Allah, agar mereka mengingati dan memohon ampun Taubat dari MU. AMIN





Comments

Terima panggilan taliphone dari bekas Pelanggan pada hari sama aku upload post ini; meminta bantuan dalam segi perundangan ttg sewaan tapak perniagaan... sambil tue aku bertanyakan khabar dan bertanyaan kenapa tidak mencari bekas Bos aku atau bekas rakan sekerja Melayu yang masih ada untuk minta bantuan... Rupanya semua dah berhenti serta diberhentikan... Ya, Bekas Bos CINA aku yang suka memBULI aku bukan lagi Manager kat Company tue....dah resign pun... tapi harapan aku croni CINA (Director, Training Manager n Eksekutif) yg bertalian darah sebagai makcik, sepupuh and anak saudara dah tak ada lagi kat company tue, kalau tidak memang susah perniaga MELAYU/BUMIPUTRA nak sewa tapak kat Company tue. Semoga yang MEMBULI terima balasan dari Allaj swt. Ingat sentiasa SABAR; manusia teranayai terbuka hijab dan tiada penghalang baginya BERDOA terus kepada ALLAH swt.

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat