Skip to main content

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan;

1. Memilih jenis yang sesuai




Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Antena) 3. Kat kawasan Encik nak letak TV nie nanti, Lampu terletak kat mana? sebab tak ada jawapan yang betul; kerana setiap orang ada keperluan masing2; sebab tue keluar berbagai jenis TV.

ke3-3 jawapan nie sesuai untuk menentukkan jenis TV yang sesuai; secara jujur aku suka jawab berpandukan jenis pelanggan; sebab ada customer yang tak suka jawapan scientific dan ada gak yang suka aku jawab dalam soalan scientific. Aku boleh jawab dalam 2-2 kaedah (^^) Rekod aku pun agak bagus dlm perjualan Brown Goods nie (Barangan Audio and Visual ) tapi biasalah lelaki suka jurujualnya Lelaki aje.


Kesesuainya;
Tip 1: Tahukah anda di ruang pameran kami menyelanggaran siaran TV berbeza dengan rumah anda?
 Anda hanya boleh mengalami gambar seperti di ruang pameran TV jika anda menukar setting picture dan colour TV (hanya pada LCD dan LED TV atau Plasma Smart model 2005 ke atas) kepada display dan showroom tetapi jika anda menukar setting kepada Home atau Normal gambarnya dah tak sama pada tahap focus colour. Ada kelebihan (Focus pada kuning=makin cerah) dan kekuranganya (mengurangkan jangka hayat TV).

Tip 2: Signal penerimaan TV sama ada dari siaran TV atau video player tak akan meningkat kualiti gambar walaupun anda guna LED TV.
Okey, aku ingat lagi ada customer yang beli LED TV tapi guna penerima siaran guna antena and lepas tue marah2 kat kedai; bila kami jawab pakcik TV pakcik tak boleh lawan siaran kami sebab singnal TV pakcik tak sesuai dengan TVnya. Macam pakcik ada kereta Ferari tapi pakcik nak guna kat jalan sawah padi; sekejap rata sekejap berlubang siap ada bukit2 lagi. Memang tak boleh laju. Marah pakcik tue.. siap call Customer Service lagi. Kalau kat Jusco dah kena 1 store hantar surat tunjuk sebab tapi selamat SengHeng. Sama jugak sekiranya anda pakai TV Plasa tapi guna Blue-Ray DVD; kesannya tak sama.
Ada mampu memperolehi visual yang optimum
mengikut kemampuan anda.
Atas: LED Bawah Kanan: Plasma Bawah Kiri:LCD

Tip 3: Memaximumkan penggunaan TV anda dengan keperluan anda.
Ada orang kata nak buat buat apa beli LCD/LED TV sebab pakai Plasma TV dah cukup cantik? Ya, betul apa yang dikatakan jika anda hanya menggunakan antena TV luar/dalam rumah dan CD/DVD biasa anda tak perlu membeli TV yang lebih mahal kerana penerimaan dan hasil fakuasi TV anda adalah yang optimum. Jika anda menggunakan Astro biasa cukup dengan LCD dan jika Astro HD anda boleh memaximumkan penerimaanya dengan LED; Unifi dengan Smart TV penyambungan wifi internal jauh lebih baik dari permasangan external.  Jadi TV murah tak boleh pakai Astro HD? Boleh, tak ada salahnya asalkan TV anda ada penyambungan HDMI; cuma tak sesuai. Sama macam kereta Ferari dan Pakcik tue.

Tip 4: Pencahayaan didalam rumah
"Suka hati, Pakcik nak letak TV tue kat mana" atau "Abang, Plasma TV cukup cantik pun warnanya: lebih terang dari LCD tue". Kadang2 aku mmg susah nak pujuk kaum Lelaki yang jauh berumur atau sebaya bapak aku atau Si Suami yang shopping dengan Isteri tercinta. Aku bukan perlu yakinkan Si Suami tapi Si Isteri sekali and diorang nie kadang2 cakap ikut emosi~ Seingat aku hanya LG dan Sharp sahaja menjual cermin TV tinted dengan harga yang murah; yang lain tak adanya cermin tinted lagi2 kalau anda beli TV Plasma jangan sesekali letak TV anda dibawah lampu atau bersebelahan lampu; sebab anda akan menonton wajah anda sendiri dan titik buta pada cermin TV semakin mengecil. Memang permilihan TV dengan cermin tinted mengatasi masalah nie; tapi tak kanlah anda nak ketepikan pilihan yang lain semata2 nak biarkan lampu anda menang? Ingat jika anda dapat melihat bayang anda sendiri pada cermin TV maka tukar arah lampu. Jika Tidak pilih TV tinted.


2. Mencari Saiz yang sesuai;
 Jika anda inginkan tahap optimim ketika menonton TV iaitu 100% penglihatan menyeluruh; aras TV dengan mata hendaklah  diukur(jarak tempat duduk anda dengan TV).Contoh;

Ukuran TV bermula dari Bucu Kanan Atas ke Bucu Kiri Bawah

Jarak yang disarankan mengikut inci dan Pixes.
** Another Tip; My Sister bought 42" maka jika rujuk gambar atas tue ianya melebar dan bukanya menegak... maka jangan marah kalau anda buka siaran biasa Visualnya tak cantik dan seperti ditarik ke kiri kanan dan penyelesaiannya adalah anda terpaksa kecikkan focus gambar (aplikasi nie ada kat butang Astro remote). Terimalah kenyataan; siaran Astro hanya terhad kepada beberapa saiz Focus... main DVD and Blue-Ray mmg cantik... Tak percaya? cuba tgk kat kedai Display tayang Movie atau channel TV1 atau TV3 kat TV skrin besar dia org? 


Tip 5: Tentukan jarak TV anda dengan tempat anda tonton TV
 "Kak, kami tak tengok TV guna kerusi, kami selalu baring aje kat lantai, macam mana pulak?". Jawapanya; tetap sama... cuma titik buta kamu akan  lebih kebawah dan penglihatan akan lebih kurang, masalah tue hanya boleh diselesaikan dengan braked (pemenggang dinding) yang boleh laras ke atas dan bawah. Ingat mata anda tak boleh diganti tapi TV boleh dibeli, dijual dan dicuri kat orang. Jangan boros membeli tapi anda tak rasa gembira. Tapi ada gak yang gembira beli TV besar, ruang rumah sempit. Persoalannya dia nak tengok TV atau pecahan lampu LED kat skrin TV tue? pixel?

Contoh; Pixel tue dalam kotak tue.
kita nak menonton TV yang optimum perlu ada ruang yg cukup.


3. Jenama sesuai

Ini paling susah sekali; sebab pada aku ianya lebih kepada mata dan poket Tuan punya TV. sebab kalau nak pixes kecil; skin cerah, teknologi cangih dan harga murah jawapanya mmg Samsung. Tak ada yang disangkal; cuma skinnya sangat2 nipis maka infa-rednya lebih tinggi (kurang selamat dari segi kesihatan) dan lebih sensitive; pendek kata bukan setakat sepakan bola mampu mematikannya jika mengalami tekanan yang kuat (seperti mengelap kesan degil pada skrin) pun mampu membawanya ke tiang lahad. Kalau nak cantik dan redup warnanya rasanya LG mampu memuaskan hati anda. Jika nak yang colour revolusinya terbaik, teknologi dalamannya terbaik maka Sharp wajar diberi pertimbangan. Nak tahan lama? Jenama yang diyakini oleh golongan 50thn ke atas Panasonic; perkembangan terbaru dengan model2 terkini mampu memberi saingan tapi sejara jujur... orang muda tak percaya padanya lagi... Tapi aku secara peribadi memilih Sony; ya aku tahu aku perminat Sony... dan semua barangan keluaranya dari handphone, laptop,radio,walkman etc kalau ada duitlah... tapi untuk TV aku memang pilih Sony sebab kualiti sound nya. Aku tak perlu tambah duit extra untuk dapatkan sound dari Home Theater System sebaliknya build in sound systemnya cukup molek dan tip top; tak ada jenama lain boleh lawan.

Tip 6: Jangka hayat TV tidak ada kaitan dengan jenama TV anda
Ada customer yang cakap pakai Panasonic lebih tahan lama dari Samsung atau LG tahan lebih lama dari Sony. Jawapanya tidak; jenama tak ada kaitan dengan jangka hayat TV anda sebaliknya kandungan gas di dalam TV anda yang memainkan peranan. Berapa lama anda buka TV anda? Bagaimana anda mengangkat TV anda? (Termasuk dari kilang, kedai hinggalah ke rumah) semua itu yang memainkan peranan. Sebagai contoh LED mempunyai jangka hayat lebih lama dari LCD tapi kurang dari Plasma; Jika LED mempunyai daya tahan selama 3000-7000 jam (5-15tahun) dalam penggunaan 3jam sehari; namun jika TV display di kedai yang di gunakkan selama 13jam sehari maka jangka hayatnya jatuh ke 2500-5000 jam sahaja (3-7tahun) sahaja. Ini contoh!!! maka kalau anda diberi display set, harap2 tak lah dah berbulan2 TV tue tergantung kat wall kedai (^^) harga mesti lebih murah tau~

Ada soalan tanya~

Update on 28/05/2016; 
maaf jika saya x dapat balas soalan2 yang diberikan sebab saya ada masalah nak open 3rd pages di bahagian comment... dah tukar setting pun, saya masih gagal nak update reply... berikan saya extra masa untuk menjawab dan paling penting untuk membaca soalan2 terkini...
harap sangat anda baca jawapan2 sebelumnya supaya anda dapat pembayang bagi menjawab soalan anda sementara saya mencari kaedah untuk menjawab komen2 yang dah hampir mencecah 70 soalan nie... maaf~

New update on 27/10/2016:
Rasanya dah banyak kali tulis dan dah banyak kali reply benda yang sama. MAAF saya tidak akan sesekali pilihkan jenama TV, Model yang sesuai untuk anda. Saya hanya memberi tip2 sahaja, element2 penting yang perlu anda tahu sebelum membeli TV. BACA JAWAPAN YANG LEPAS UNTUK DAPATKAN TIP-TIP YANG LEBIH JELAS. 

Credit for Picture as attach.

Comments

TheAvander said…
salam..good info..sy nak tnya, sy nak beli tv LED 32''..boleh bagi brand n model mane yg paling bagus..tQ
Tak ada jawapan yg tepat utk soalan ini.. semuanya bergantung pada budget tuan punya badan n keutamaan dlm beberapa fungsi sampingan TV tersebut... Based on trend kat pasaran kalau budget bawah RM1K utk tv LED 32" adalah Sharp dan jika budget dalam RM1.2-1.5K maka Samsung pilihannya. Model=fungsi sampingan; anda sanggup ada berapa USB slot or extra function lain? maka jenis model jugak berbeza.

Another Tips: Jika nak gantung TV didinding pastikan arah kabel USB di bahagian sisi atau bawah dan bukanya belakang (USB akan terbengkok dan mudah rosak) Model TV yang terbaru adalah yang terbaik.
Unknown said…
Tips yg sgt berguna. (Saya juga pilih Sony (^_^)V
Anonymous said…
Kalau nak tahu jenama tv yang terbaik rajin-rajinlah bertanya dekat tukang repair sudah tentu dia ada jawapannya yang tepat..
bagus idea tue tapi ianya besifat "geograpic user" sahaja dimana pengetahuan tukang repair tue berada di dalam kawasan dimana dia bekerja. Pandangan saya lebih kepada "User/buyer patten" iaitu pembeli yang membeli di kedai Senheng (bekerja sebagai pengurus cawangan) walaupun data yang diperolehi bersifat national (semua cawangan Malaysia) tapi menjurus kepada 1 syarikat sahaja.
Maka mana2 maklumat yang diguna masih mampu dipersoalkan namun tujuan hanya 1 membekalkan maklumat bukanya sarana pasti. (Dah mcm jawapan masa presentation research univ aje (^^))
CaHaYa TaUbAt said…
tumpang tanya. dulu umah saya hanya guna tv biasa yg gemuk tu dgn arial biasa atas tv. semua siaran biasa dapat dan clear. bila dah rosak sy beli tv lcd. tp x clear mcm tv gemok. siaran biasa sume dapat cuma x clear. nk tanya kalo guna arial external antenna agak2 clear x? mls nk byr astro sbb terengganu kalo x pkai astro masih clear.
Soalan nie agak rumit jugak nak jawab sebab cik tak beritahu maklumat tentang jenama dan series TV LCD dan ciri2 antena yang digunakan tapi kalau ikut pengalaman saya yang duduk diatas gunung kat Johor nie, zaman awal 90' hingga thn 2000' pakai internal antena boleh dapat channel hingga ke Singapore and jika guna external boleh dapat channel hingga ke Indonesia dan ianya cukup banyak untuk ditonton. Namun dengan kebanjiran rakyat yang jutawan, menebang gunung dan memasang pesawang antena yang besar dan cangih menganggu liputan kawasan sekeliling, maka berakhirlah zaman channel Singapore and Indonesia di rumah saya.

Berbalik kepada persoalan; Adakah TV LCD sesuai untuk penggunaan external arial?
Jawapannya; BOLEH.
Namun ada beberapa factor yang menyebabkan ianya tak boleh secantik TV analog dulu...
1. Wayar penyambung bukan penerimaan frekuasi terbaik (tambah buster dan tukar wayar penerima)
2. Kepanjangan dan Ketinggian antena yang digunakan (makin tinggi dan panjang antena dapat mengatasi kesesakkan penerimaan frekuasi setempat)
3. Keadaan/perubahan kawasan sekitar
4. TV tue mmg x ada system yang support anternal Input

ini hanya berpandukan kepada asas kemahiran yang saya ada; jika nak cari maklumat tambahan apa kata buat sedikit kajian ttg antena maka mungkin cik dapat gambaran yang mana antena terbaik untuk digunakan kat TV baru tue.

http://ms.fmuser.org/news/Antenna/The-principle-of-the-antenna_35b347bd.html
En Roti said…
1) sekarang ada model baru macam Hisense dan Xiaomi. size gedabak dan harga menarik pulak tu..
2) tv 4K UHD

bagi tips sikit tuan.
Sebelum jawab soalan tue...gambar perempuan, nama perempuan...dalam post nie pun bahasakan diri sendiri jurujual perempuan...ada gak yang panggil tuan....hohohoho
okey...cuba memberi pendapat dalam soalan En Roti nie tanpa ada rasa gelak n benggang dalam hati;

1. Hisense and Xiaomi = Buatan Syarikat dari China
Adakah kereta Proton lebih baik dari kereta Cherry? atau adakah BMW 6 Series lebih baik? jawapan bagi soalan nie mudah...dah jawab pun kat dalam blog nie...semuanya bergantung pada poket Tuan. Tapi kalau Tuan selalu gak melancong keluar dari Malaysia jangan teperanjat jika Hotel2 4Bintang di London mahupun Hotel2 ternama di Thailand menggunakan TV jenama Hisense.

Pada pendapat saya sebagai bekas Branch Manager... Jualan Hisense agar perlahan tapi masih ada permintaan yang tinggi dikawasan Bandar disebabkan factor...
1. Kualiti yang standing dengan product kelas A tapi bukan A+; better than Panasonic in several element
2. Kewujudan pusat service Hisense (the percentage your TV can be safe are higher; some part memang mudah rosak and susah nak cari spar part) so kalau rosak tak ada masalah sekarang.... cuma kalau duduk luah KL, lambat sembuh
3. Harga jauh lebih murah dari jenama2 A+ yang sedia ada...kualiti pun boleh tahan... kalau pakai setakat tengok Bola and Drama, saya rasa tak ada masalah.

Untuk Xiaomi pulak.... kualitinya lebih kepada B+ or A- dalam pasaran.... tapi kalau ikutkan hati kasik D. So no comment on this brand.


2. TV 4K UHD; which one better? Samsung/LG/Panasonic?
setiap manusia ada benda yang dalam sesuatu pilihan element yang digunakan berbeza...
1.MESTI ADA: Resolution +3840 x 2160, SubWoofer / Woofer;Divx (SD/HD/Plus HD) etc.
2.ADA LEBIH BAIK: CINEMA 3D SPECIFICATION etc.
3.TAK KISAH: Smart Living Sensor etc.
4.TAK ADA PUN TAK PER : MAGIC REMOTE etc.

anggaplah semua element yang En Roti nak sama dengan saya... maka berikut adalah pilihanya:

1. Samsung
Model Baru:
4K UHD JU7500 Series Curved Smart TV - 65” Class (64.5” Diag.) harga dalam RM2,999.99
*per terbaik dalam kelas nya 65" and melengkung.
tapi kalau rasa mahal and boleh tolak banyak element tambahan dalam TV nie; maka
Model Baru- Tidak Melengkung
4K UHD JU7100 Series Smart TV - 65” Class (64.5” Diag.) harga dalam RM2,799.00

2. LG
Model Baru
65" LG ULTRA HD 4K TV; 65UB950T
Model Lama
65" LG ULTRA HD 4K TV; 65UB980T

3. Panasonic
LED TV VIERA TC-58AX800U

Tapi secara jujurnya; kalau ada customer yang nak beli the 1 generation for any new types of TV; saya nasihatkan bersabar dan look at the market reaction first. Awal2 nie promosi nak rak, harga kononya terendah... bila musim rosak..over stock... turun menjunan harganya...lagi teruk ada TV teknologi baru yang masuk market Malaysia selang 5-7 Bulan dah kena tarik dari pasaran... bila kes macam nie berlaku kesian kat customer yang duk sibuk beli awal2.... sabar.. better tunggu akhir tahun atau awal tahun..lepas pasaran stabil dari beli selepas 1 tahun yang pertama teknologi nie keluar.

*per panjang gila abis 17min taip...bye~
Anonymous said…
Assalamualaikum puan...

Pertanyaan..kalau bajet dlm 2k..TV ape yg plg bgus? LED or plasma or LCd?..sy hanya pentingkan saiz maybe dlm 48"~ 50", ada port usb and hdmi.
salam...saya masih cik..bukan puan;

untuk soalan di atas... jawapannya masih seperti tips yang saya berikan... nak tentukan TV kalau dah set bajet...cuba lihat tahap penerimaan siaran TV encik dulu... guna Antena ke, Astro Biasa aje ke atau Astro HD...dan terkini nak guna HyppoTV ke... tentukan jenis penerimaan yang akan digunakan baru pilih TV jenis apa supaya tak membazir pada fungsi tambahan yang memang tak diperlukan.
try dulu said…
Salam cik..sy bajet rm650..utk cari 32inch hd tv..tp sy nk yg ade usb,hdmi,dan boleh sambung kt pc(port yg vga ..mcm lubang2 kecik)..ade gak jumpa hisense yg mcm tu..sharp pun ade gak..tp hisense murah lg..ke ade pndpt lain cik?
Anonymous said…
Smart tv dr jenama mana ok agaknya ya..
Minta pendapat dulu..
jawapan saya ttp sama... kalau Encik dah tahu fungsi tambahan yang dikhendaki maka jawapanya mudah... pilih yang murah sedikit tapi pastikan ada 1+1 warranty (setahun dari Jenama dan setahun dari syarikat) maka duit tambahan tue boleh beli barangan tambahan seperti DVD player atau hometeater/mini speaker.
Semuanya bergantung pada poket...element tambahan...dan cara anda menggunakannya.
Anonymous said…
Izhani Ithnin, saya tak banyak nak tanya..

Cuma nak inform, cara awak terangkan tips beli TV, buat saya jatuh cinta pulak..

Punyalah susah.. Cari perempuan.. Yang pandai explain bab elektronik. ADOI jatuh cinta ni serius. :D
Isotonite said…
Nk tnya, kwn sy nasihat klau nk beli tv, cari yg selain dari brand China. mntk pndapat sket cik? sbb sy dah hampir nk beli brand Hisense atau Haier. Tp tibe2 kwn bgtau GC, Haier, Hisense ni smua cpt rosak. Kne cari Japan atau Korean made tv jgk.

nk tnya, bajet dlam RM2000, sy nk TV 50".. di rumh ni pkai unifi saja. tp sy gamer tegar.. takut LED tk msuk sbb saya baca klau gamer beli Plasma TV lbih afdhal memandangkan black colour n high contrast plasma TV.

pendapat cik?
terima kasih buat hari saya ceria... banyak sebernanya perempuan yang ada pengetahuan dalam bidang nie cuma kadang2 kami diamkan diri agar kaum Adam menang.... hahahaha... kalau kat umah nie, ayah and abang ipar pun akan tanya saya dulu sebelum buat keputusan beli barangan electronic. Saya hanya beri pendapat dgn ilmu dan pengalaman sahaja...keputusan ttp pada tangan tuan punya duit yang nak beli barang.
Saya baca soalan encik pun saya tahu sebenarnya hati encik dah pilih dah TV mana yang nak... cuma nak kepastian aje. Ikut kata hati tapi biar dikawal akal~

Jawapan pertama nie saya dah jawab rasanya...3-4kali... untuk barangan buatan Cina yang mana bagus? atau Korea or Jepun?... Encik Iphone dari Apple pun kilang dari Negara Cina...TV Korea dari Indonesia and TV Japan dari Malaysia... dah tak ada kilang buatan dari Negara asal, cuma teknologi mereka berbeza... itu pun guna asas yang sama. Bezanya additional tools and extra function sahaja. Ikut bajet....ikut kegunaan and than ikut keperluan...

tapi untuk soalan ke 2 tue saya minat nak jawabkan... which TV is better for gamers? saya jawab LCD... dulu saya main PS3 kat TV Plasma, okey aje sebab dia tahan lama...and mata tak sakit bila adap game 4-5jam straight. kalau bergaduh baling consul kat skrin pun susah nak rosak...silap hari bulan kena beli consul baru pulak... tapi era tue berlalu and saya tukar main Wii pulak... sensor motion and saya pasang kat LCD TV aje...penah jugak tukar kat LED smart TV tapi game jadi perlahan and sensor tak higher performance... tapi disebabkan keadaan diluar kawalan zaman Wii saya juga sudah berlalu... maka ianya berbalik kepada peralatan game yang dimain, dan tempoh masa encik main games.... LED 50" untuk main game seakan membazir tapi kalau ada isteri and anak yang gemar tonton drama and cartoon mungkin perlu dipertimbangkan semula.
Unknown said…
Nice info cik izhani mmg btl blh jwp secara saintifik dgn x saintifik...hehe.

sy ade soalan ni

1. xbox 360 ( x pakai kinect censor )kalau pakai tv led ok x?

2. skrg tgh insuran tv utk approve, harini dh dkt 2mggu sy dpt jwpn yg sama dari branch. tiap2 hari update jwpn ttp sama. "sori bang,kita dh hntr,insuran abg pun dh lulus tp feedback dri hq xde lg". letih ngn kecewa dah rasa ni. tiap2 hari sy update to mcmtu lah jgk jawapannye. utk makluman tv beli kat sengheng.
ape yg ptt sy buat selain berharap je?
sebelum jawab soalan nie saya mintak maaf ambik masa balas as mood Raya and sibuk nak hantar assignment.
so jawapanya:
1. OK x ada masalah.
2. insurance approve? saya ex-Team Manager; hanya menasihati atas bidang kuasa saya sahaja; so selalunya kalau ada client macam nie... ada 2 sebab aje...staff kedai malas nak follow up atau ada problem dari Aeon Credit (selalunya isu kerja-kontrak/no phone rujukan tak beri kerjasama). maka jawapanya encik call sendiri Aeon and tanya mereka... Aeon akan beritahu masalahnya and boleh buat pembetulan pada borang... kalau masih kerja kontrak kena usaha cara lain. (ada caranya...kalau budak tue nak cari duitlah..dia kena tolong encik jugak) call Aeon guna no nie 03-26888888 atau 0327199999.
and for the second post; saya x publish as it content your contact info. Saya x guna whatup or apa2 application yang sekutu dengannya. So mmg blog and my FB sahaja can be used as communication tools; tinggalkan sahaja soalan di blog nie and saya akan balas sebaiknya.
Unknown said…
Assalamualaikum.

Saya bercadang untuk menukar tv sedia iaitu tv lama yg berat n mcm kotak dan kami sekeluarga menonton tv tersebut menggunakan astro beyond. Saya x pernah mengikuti sebarang perkembangan tentang tv teknologi baru serkarang. Dh buat survey tp masih lagi x pasti tv mana yang sesuai. Size yang saya cadang adalah 40" sbb bersesuaian dengan ruang sedia ada untuk kami menonton tv.

Minx padangan dan pendapat dari cik :)
Better jalan2 and semak harga pasaran, mungkin harga setiap kedai encik akan rasa sama tapi secara jujurnya tidak... akan ada perubahan dalam harga setiap jenama mengikut bulan tertentu dan diskaun pengeluar. Julat perbezaan dalam RM10-200 boleh terjadi mengikut jenama dan kedai (Model TV yang sama). TV mana yang sesuai itu mengikut cita rasa sendiri dan saya hanya sarankan agar encik teliti component tambahan yang diperlukan... seperti berapa HDMI slot (Astro+DVD+H/T)dan internal card reader (saya suka ada pic display app) or internet connection speed untuk full performance (kalau berminat dengan smart TV).

Yang mana bagus?.... sama aje nasihat saya....sama seperti apa yang ditulis di atas. Bajet sendiri... ada lebih, beli yang terbaik... nak jimat and kurang bajet... pilih yang sederhana tapi cukup sifat.
Anonymous said…
TV Philips ok x..?saya tengok dekat sengheng murah pulak..
Philips 50" Full HD LED TV PLP-50PFA4509 RM1989
Secara jujurnya; saya dan Philip x ada masalah besar.... barangan electronic yang kecil seperti hairdryer, hand mixer etc kat rumah saya memang Jenama Philip tapi kenapa kat rumah saya x ada 1 pun TV Philip jawapanya mudah... sebab saya rasa sangat membazir dengan tahap pixel/Resolution event Motion Rate dia lebih rendah dari kaum kerabat TV Jenama lain yang sekutu dengannya... Saiz dia memang x ada masalah, harga dan product replacement/service dia jauh lebih baik dari Jenama2 tertentu atau barangan buatan China; pendek kata Philip bukan pilihan yang bijak untuk TV utama; mungkin TV ke 2 atau TV dapur sesuai.

cuba encik... bandingkan dengan model ini;
SAMSUNG 48" LED TV SAM-UA48H5003
(model lama= sama tahun dengan Philips 50" Full HD LED TV PLP-50PFA4509)*
SONY SMART LED TV-40" SNY-KDL40W700C (model sikit lama; tapi function dia extra sikit)
atau
PANASONIC LED TV Viera PSN-TH50C300K ( Model nie second TV kat rumah saya; tapi saya rasa ianya sesuai jadi TV Utama juga)( Model sama tahun)


*Nota Tambahan*
Kenapa harga TV start Jatuh/Diskaun Besar-besaran?
kerana nak clearkan stock; Barangan lama perlu dijual agar Model baru boleh masuk. Bahayanya; spart part akan susah nak cari bila rosak dalam 3-5tahun lagi*



assalam sis. nak tanya tv jenama FUNAI dari USA ok tak... ada kawan syorkan brand tu sebab bagus. mtk pendapat sis.tq
ismael said…
Salam cik,
Saya dalam dilema sekarang utk memilih diantara brand sharp lc55le460x dgn brand hisense (model xingat) dgn harga yg sama rm2499..secara peribadi pandangan cik dr segi segala aspek yg mn dicadangkn..
Hai Nuur, this was a great question.... I make a few research and ask around as my friends and cousin yang duk Amerika... kat sana FUNAI nie jual TV paling murah di Wallmart (the largest retailer in the world) untuk TV HD 32" hanya $99 = RM 415.00 (x4.2) and FUNAI nie umpama Toyota (Pembuat kereta) dimana Toyota jugak menghasilkan jenama kereta lain seperti Daihatsu, Lexus, Scion, Will dan juga jenama Toyota itu sendiri. Bagi FUNAI nie jenama macam Magnavox,Emerson,& Slyvania tue semua kilang dia yang buat.

Kalau kat Malaysia nie kiranya jenama Magnavox; DVD Player dia dah lama masuk kat sini. So sepatutnya kualiti barangannya seharusnya sama. Tapi jumlah barangan FUNAI nie banyak gak kena hentam oleh pengguna kat sana. Kalau saya jadi anda..saya rasa takut nak cuba sebab saya ada pengalaman dengan pelanggan ketika awal2 zaman kemasukan jenama Hisense dulu.. bila rosak memang berbulan x siap sebab x ada spare part dan customer service dia memang teruk. Apa kata kita tunggu 3-5 tahun lagi; bila dah ada service center dan sebagainya. Sebab TV dan kaum kerabatnya memang mudah rosak bila cara penggunaanya kerap dan sering diangkat/ditukar posisi. So better be safe than sorry.
Saya gunakan Toyota sebagai contoh Kilang pengeluaran yang mempunyai banyak jenama dibawahnya dimana kualitinya berbeza antara 1 sama lain; bukan bermaksud Toyota dan FUNAI mempuyai kualiti yang setaraf... tak... jauh sekali... FUNAI nie kalau kat Amerika umpama Pensonic di Malaysia (bukan Panasonic jenama Jepun tue tau) jenama Malaysia yang murah tapi masih ada kualitinya... rosak buang x payah service~
Antara Sharp dan Hisense... saya nak tahu gak model Hisense apa sebab Sharp nie kelemahan dia adalah additional function dia kurang....so kalau nak compare kena beritahu saya model and than baru saya boleh terangkan dengan lebih detail.... tapi kalau Hisense harge 2500; saya harap saiznya lebih besar dari Sharp and more additional function.... and follow the basic rules yang saya terangkan dalam menjawab komen2 lain. In Saa Allah, agar encik dapat buat keputusan yang bijak.
Unknown said…
Sy berminat nk beli tv led sony 40 inci..selain bunyi yg terbaik kata awk ,apa yg terbaik lg yg perlu sy tahu tntng tv ini? Mohon pencerahan tksh..
Salam en Azree, TV Sony which model ya? pada saya setiap model berbeza antara 1 generasi dengan yang lain... tapi secara am nya Sony memang bagus dalam build in sound system tapi ianya boleh di atasi dengan penambahan H/T tambahan pada model TV jenama lain... so ianya berbalik pada tuan punya kocek jugak... Seperti saya tulis dan jawab dalam soalan; jenama tak memainkan peranan tapi model yang membezakan 1 TV dengan TV yang lain. Anda akan berjumpa dengan jenama yang sama tapi keupayaannya berbeza, so...berikan model dan kita baru tahu nak bezakan.

Saya dulu pakai Bravia Internet LED TV Sony tapi selepas 2 kali tukar skrin, saya request insurance saya cover TV baru and saya sekarang pakai 4K UHD Viera Panasonic (terlalu banyak function) so secara jujurnya agak membazir sebab mak saya guna untuk tengok cerita Korea dia aje.... ada macam-macam tapi x guna... yang selalu guna system eco-safe dia.... kalau off Astro x perlu risau kalau TV x off.... dia tutup sendiri... yang lain x pakai...and system bunyi dia memang kurang and perlu di upgradkan dengan H/T.... but it okey,
Unknown said…
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ puan,

Thanks for the awesome information, lepas bace tros berkenan nak beli tv sony. Sy bcdang nak beli tv ni SONY SMART LED TV-40" SNY-KDL40W700C skrg quite murah and on my budget. Bcdang jugak utk psang internet n guna iptv (astro mcm kureng cikit). Ade bbrpe soalan untuk puan yg bkaitan ngan senheng and tv wlaupun puan bekas manager harap puan dpat membantu.

1) apakah beza yg kalau saya beli di senheng dan di sony centre?
2) sy ade review website sengheng dan ade byran ansuran 6,12,24 with 0%. Blh puan terangkan sedikit mengenai ini? Dan bbaloikah kalau sy beli secara ansuran?
3) sy jugak ada bace ttg tv ini dimana untuk mobile yg blh connect dgn tv ni hanya yg ada Sony Sync. Betul ke? How about others? Android or ios?
4) Puan ade no telefon hotline or mana-mana cawangan sengheng? Sbb sy msok website, yg ade cuma form utk pertanyaan.

Harap puan dapat memberikan pencerahan kepada soalan sy ini. Kalau tidak keberatan puan boleh menjwab dengan email pada saya di ar_nas91@yahoo.com

Terima Kasih.
wa'alaikum salam,

jawapan saya akan cuba diringkas sebaik mungkin:
1. Beza antara Kedai Electrik(KE) dengan Brand Center(BC)
(i) Model; setiap KE yang besar seperti Sengheng atau Court mempunyai 1 model tambahan yang khas untuk syarikat mereka sahaja. Contoh SH mempunyai 1 saiz model khas untuk Sony dan Court ada saiz khas untuk Jenama Samsung manakala BC pula selalunya akan menjual stok model yang mempunyai lambakan di gudang mereka (permintaan yang kurang dari penjual(KE)) ianya tidak semestinya model yang tidak mempunyai permintaan dari pembeli.
(ii) Harga; tidak ada perbezaan ketara antara harga kerana BC perlu menjaga harga model dalam pasaran. Namun mereka mempunyai kelebihan dalam memberi harga yang rendah dalam kontek Package seperti Beli TV dan Percuma barangan lain atau diskaun untuk DVD/HDMI cabel etc.
(iii) Stock: BC mempunyai stock sedia ada yang lebih banyak. KE mengharapkan stock dari kedai dan DC (Distribution Center) mereka sendiri tetapi BC mempunyai akses pada gudang Jenama itu sendiri. Maka anda mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk dapat stok TV display.
(iv) Warranty Tambahan. Semua sedia maklum undang2 pengguna 7 hari darijual beli, setahun dari Jenama (kebanyakkan Jenama TV) namun untuk lanjutan warranty hanya KE mampu beri pada anda. Ianya penting kerana jika anda membeli TV yang berharga RM3K ke atas adalah tidak wajar jika kos baik pulih sahaja mencecah seribu. Better ada warranty, rosak service percuma kalau tidak boleh dibaikki, pulangan wang/penukaran model lain.

2. Credit Card Instalment (CCI) skim;
CCI hanya untuk kad kredit tertentu sahaja. KE/BC perlu mempunyai mesin bank tersebut untuk melakukan transaksi ini (kalau anda perhatikan si SH ada sekuang-kurangya 7 mesin bank yang berbeza). Dan tidak semua bank mempunyai service bulanan tertentu, contoh RHB hanya ada plan 12,24,36 sahaja. walaupun service untuk bayaran bulanan adalah 0%; tapi anda perlu tahu ada bank yang mengenalkan secaj pada pakej instalment dan ada bank juga yang memerlukan pelanggan untuk menghubungi mereka untuk memilih pakej. Namun jangan risau, pastikan bank anda tidak mengenakan caj tambahan baru swap kad tersebut. Saya juga kerap menggunakan perkhidmatan ini.

3. Sync and Restore Data Function.
Teknologi ini dikenalkan oleh AppleTV menggunakan system cloud untuk pengguna iOS phone mereka lama dahulu, di ikuti oleh Samsung untuk pengguna Android Samsung Phone mereka dan di ikuti dengan TV jenama lain. TV Panasonic saya juga mempunyai system ini yang disokong untuk pengguna Android, namun saya tidak menggunakannya.

4. Sengheng Store Lacation:
Guna link ini; http://www.senheng.com.my/stores
No Phone ada tertera sekali berserta alamat.

P/S; Encik minat dengan SNY-KDL40W700C,
saya hanya ada 2 nasihat untuk encik
(1) Wii-fi Speed conection, pastikan pakej internet encik mempunyai speed melebihi dari keperluan TV (TV nie memerlukan (2.4GHz/5GHz). Jangan kurang, jika tidak TV nie x dapat detect wii-fi untuk connection.
(2) Ingat Tips saya ttg perngcahayaan? TV nie tidak dilengkapi dengan Deep Black Panel dan OptiDisplay Panel maka lokasi tempat diletakkan TV ini penting.
Anonymous said…
Assalamualaikum cik/puan Izhani...

Post di atas mungkin sudah agak lama tapi sangat banyak manfaat bagi yang sedang memilih TV. Terima kasih atas perkongsian!

Saya sekarang sedang memilih TV yang sesuai untuk keluarga, sudah banyak kedai saya pergi dan ramai jurujual telah saya tanya. Ada yang syorkan panasonic, LG dan Samsung walau pun dalam hati saya berkenan dengan Sony.

Soalan saya:
1) Ramai yang kata after sale services untuk TV Sony kurang memuaskan. betul ke?
2) Antara model LG 49UF850T dengan SONY KDL-50W800C, mana yang cik syorkan dari sudut kualiti dan servis selepas jualan.
3) Selain model di atas, cik ada cadangan lain?

BTW, saya di kelantan dan saya kurang pasti ada tak Sony Centre atau LG centre kat sini.

Sekian, terima kasih.
-Wan Ikmal-
Wa'alaikumsalam....

En Wan, bila guna anonymous nie agak susah nak baca reply dari saya. Sebab saya x auto publish comment. Saya baca dulu, fikir, buat research sikit and reply. Mungkin ambik masa berhari atau berminggu sebab tue anda rasa post nie lama tapi tarikh kat comment masih baru.

so, Jawapan saya;
1. After sales services?
ini susah nak jawab sebab semuanya mempunyai pengalaman masing-masing. Saya hantar service kat Toyota rasa nak mengamuk...3 jam tunggu...walaupun dengan appointment tapi saya masih boleh bersabar walau 4 jam tunggu kat Produa tanpa temujanji. Saya tak pernah ada masalah yang memerlukan saya direct contact dengan service center, tapi saya ada masalah bila suruh agent Sony datang umah saya untuk tengok TV saya (selepas CNY) 2-3 minggu gak saya tunggu, tapi lepas dia datang, sain borang, seminggu aje saya dah dapat TV ganti. Ini memang nasib~

2. Perbandingan TV...
(1) Model; both are Smart+3D LED TV... so secara jujurmya specification nya hampir sama, tapi cuba encik bandingkan dengan convenience features seperti Processor, intel wireless display, wireless sound, wi-fi built in ataupun paling basic Energy Star Rating.
(2) Extra Features; USB formats play, ini salah satu benda yang buat saya benci atau sayang SNY? Sny tak boleh guna/read/play semua types of movie/pic format. Maka ada tak boleh boleh download kat USB and than play kat TV, CD cetak rompak yang low class mmg x boleh dibaca oleh SNY tapi LG dia x berapa kisah sangat tapi LG ada banyak masalah dalam software bugs and memang dia tak ada system autoupdate , my SNY dulu pun x ada system ini cuma Panasonic and Samsung smartTV ada. SNY model yang Encik pilih nie dilengkapi dengan program sync Android so system/software nya kemungkinan boleh di update. Maaf saya tak pasti model 50W nie sebab dia hanya ada 2 siri aje 800c dengan 807c sahaja.
Tapi jika dibandingkan dari sudut kualiti TV asasnya LG lebih menarik tapi jika dilihat dari sudut komponen tambahan pada TV, Sony adalah pilihan yang lebih bijak dan kedua-dua Jenama TV nie tidak mempunyai Service Center di Kalantan tidak silap saya dan mereka menggunakan outsource untuk membaiki product mereka dibahagian Pantai Timur. Maka, ianya mengambil masa yang lama jika kerosakkan yang teruk atau memerlukan bahan ganti yang mahal.

(3) Cadangan saya, jika Encik Wan mempunyai keupayaan dalam kocek untuk memilih TV, mengapa tidak menggunkan teknologi terkini? dari LED smarttv+3G better ke UHD smartTV (maaf, saya merasakan 3G adalah sesuatu yang sangat membazir, kerana teknologi nie hanya hiasan bukannya satu keperluan) model dari Samsung, Panasonic, LG dan Sony. Model yang boleh difikir-fikirkan adalah;
Panasonic 4K UHD TV VIERA PSN-TH50CX600K; Samsung 48" UHD 4K TV SAM-UA48JU6000 ; LG 55 Inch UHD TV LG-55UF670T ; SNY 9000x Series dah cukup bagus tapi kalau nak tambahan pada sound system cuba tengok2 9300x Series.

tapi kalau Encik nak 3D juga; Samsung 3D Series 8 55" UHD TV Smart SAM-UA55JS8000 atau SNY X85C 4K Ultra HD with Android TV.

Itu sahaja, harap membantu.
Sekian
Ikmal Adnan said…
Terima kasih atas jawapan yang jelas serta cadangan.

Sebenarnya, bajet saya untuk TV tidaklah terlalu besar, hanya sekitar 3K - 4K. Lagi murah lagi bagus, boleh guna lebihan untuk tujuan lain.

Izinkan saya bertanya sekali lagi, antara senarai yang cik cadangkan adalah LG 55UF670T. Apa beza dengan model UF770T? Sebab dekat sini LG 49UF770T ada yang jual RM2999. Dan untuk saiz TV, memadai bagi saya 50" dan ke bawah. Berbaloi ke saya ambil model tersebut?

Sekali lagi, terima kasih.
sama-sama....

secara jujurnya susah nak cerita, better Encik tengok TV tue dengan mata kepala sendiri. Senang cerita setiap Model ada setiap satu perbeza walau dengan Jenama yang sama.

Extra Tips:
Ambik Model nie sebagai contoh LG 49UF770T;
LG (2-3 perkataan pertama adalah singkatan nama Jenama)
49 (no pertama adalah saiz TV, contoh TV nie 49')
UF (ini adalah kod model, UF = Ultra Fin etc. setiap Jenama berbeza tapi ia nya meletakkan setiap TV dalam satu kategori yang sama)
770T ( adalah siri keluaran TV tue, tak banyak bezanya antara 1 siri dengan 1 siri lain; contoh extra HDMI, extra audio output etc)
* semakin besar no maknanya additional function been added. but sometime dia buang 1-2 function akan ditambah 1 extra; jadi besar no tak semestinya bagus.
Ikmal Adnan said…
Pencarian saya untuk TV dah pun berakhir. Saya memilih LG-49UF850T, kebetulan ada promosi dengan harga RM3K.

Terima kasih atas segala tips yang diberi. Sangat membantu!!
Anonymous said…
Cik Izhani, LED TV Toshiba saya baru rosak slps 2++ tahun menggunakannya. Sekarang, saya sedang usha TV baru. Pilihan hati adalah LG,Panasonic, Sony (keutamaan ikut urutan ye..)
Mengikut pengalaman anda, manakah yang terbaik dan berbaloi?
Nasihat saya x pernah berubah dari jawapan kat post 1 sampai lah kepada En Amirul.... semuanya bergantung pada poket tuan punya badan.... apa kata En Amirul pergi jalan2 kat semua kedai electric yang jual TV dan pilih ikut kehendak hati namun, jika pilihan tak mampu dibuat atas sebab2 teknikal dan perlukan pandangan ke 2-3-4.... maka post soalan di blog nie... InsaAllah jika mempunyai kelapangan saya akan cuba membantu... pastikan masa tue En Amirul dah ada pilihan Model di hati, spesifik kan apa yang diperlukan dan julat kewangan yang hendak dilaburkan... Sekian~
anonymous said…
assalamualaikum..nama saya syafiq

saya perlukan pendapat dan pandangan daripada cik izhani berkenaan beberapa isu :
1) boleh bagi comparison antara model dan jenama ni tak ? yang mana lagi ok ?
LG :42LB631T
SAMSUNG : UA40H5203AR
TOSHIBA : 40L5400VM
SHARP : LC40LE265M
saya punya target 40 @ 42 inc sahaja (RM1800 kebawah)
2) antara model2 ni, sharp dan toshiba sahaja yang ada 1 tahun insuran kerosakan (all risk) kan..?
3) Bila masanya model terbaru akan keluar pada setiap tahun? awal tahun @ hujung tahun ?
4) saya ingat nak masukkan astro njoi je kat rumah saya..jadi..brand mana yang bagi kepuasan maksimum dari segi visual dan sound system ?
Salam En Syafiq,

kalau google tak update status mungkin lagi lama saya tak buka blog nie. Maaf saya dalam kekalutan duniawi beberapa minggu nie.

Okey, bebalik pada soalan en, ini jawapan saya seikhlas mungkin.
1) Jenama TV dan model
Disini saya terangkan sekali lagi, saya tak mampu memilih Jenama dan model yang terbaik dipasaran kerana setiap model dan setiap manusia/pembeli mempunyai cita rasa yang berbeza. Jika encik nak saya bezakan 2 model mungkin tapi kalau dah sampai 4 model maknanya, encik masih samar2 dengan pilihan yang ada.
Features dalam setiap model TV adalah berbeza bergitu jugak harga pasaran mengikut tempat dan kedai. Apa kata encik kecik kan lagi pilihan di atas dan disitu saya mungkin dapat jawab kerana saya dapat 'agak' apa yang sebenarnya encik cari dan encik pentingkan dalam memilih model TV.

2) Semua TV mempunyai liability insurance after sale. Hampir semua TV mempunyai jaminan terhad lepas jualan selama setahun. Dan untuk TV baru dalam pasaran jenama TV seperti Sony dan Panasonic yang memberikan jaminan terhad ini selama 2 tahun. Saya juga pernah menjual TV Samsung yang memberi jaminan tambahan selama 3 tahun. Ianya berbalik pada model dan Jenama, model antarabangsa yang berkualiti yang yakin dengan produk mereka akan memberi jaminan lebih lama cuma; berhati-hati dengan syaratnya. Ada yang mahu cop rasmi dari pegedar sah sahaja dan sebagainya. Dan liabiliti insurance ini juga terhad, maka sila semak clause dalam perjanjian.

3) Model baru di pasaran. Bergantung pada Jenama. Contoh Samsung gemar mengeluarkan jenama baru pada akhir tahun untuk sambutan Christmas dalam bulan 10 atau 11 untuk product TV manakala untuk handphone pada bulan 7 atau 8 (bergantung pada Apple, kalau iPhone keluar bulan 7, Samsung akan keluar bulan 8) namun product baru akan masuk dalam pasaran Malaysia bergantung pada Model dan warna etc. Contoh lain adalah Panasonic dimana mereka gemar masukkan barang dalam pasaran sebelum melancarkan promosi Product baru mereka....kadang-kadang dah 3-4 bulan ada di kedai, baru mereka war-warkan pada umum. So, rajin bertanya dan rajin cuci2 mata untuk semak model dan harga promosi.

4) Njoi; no HD and UHT needed, so jika encik meletakkan harga sebagai keutamaan LCD TV dah cukup, model? seperti jawapan no 1 tue, tak ada yang pasti. Pada saya kalau di beri pilihan saya suka kalau ada separate H/T dari TV kerana bukan setiap masa saya perlukan sound yang gempak... atau seperti apa yang saya tulis dalam post ini, maybe Sony a better choice.

Dah jalan2 and yakin dengan keinginan dihati, maka beli tapi jika masih ragu2... berikan saya 2 model terakhir yang diminati serta element TV yang en syafiq nak sebenarnya~
Anonymous said…
Assalamualaikum puan,

Saya ingin bertanya tentang pembelian secara online Senheng menggunakan kad kerdit 0% instalment 24 bulan...boleh suggest tak kad kredit apa yang ok? sorry kalau out off topic..tq :)
Salam, saya masih cik tapi saya anggap ianya doa bila dipanggil Puan disini~
untuk jawab soalan encik, ikut sahaja arahan dari laman web sengheng... ikut gambar yang disediakan, namun (Yang ada gambar ada perkhidmatan tue ) tapi jika tak ada..sebagai pengguna kad kredit anda boleh melakukan nya secara menual dengan taliphone customer care bank yang kad nya anda guna semasa transaksi. Bayaran tambahan mungkin dikenakan mengikut bank2 tertentu. Ada yang free... semuany abergantung pada bank
pixmanphoto said…
Salam cik..sy ada dua model tv yg sy perlu tahu.

1.KDL48R550C-Sony
2.TH50C300k -Panasonic

Antara dua model dan siri tersebut mana yg.baik keseluruhannya.

Perlukah sy menambah dengan H/T untuk sistem bunyi jika dimainkan dengan player.dvd atau cukup dengan sound pada TV aja.

Atau ada model yg cik boleh suggestkan /tips.series.

Terima kasih.
Naim aziz.
Salam En Naim,

Okey, first Thanks sebab tinggalkan 2 model sahaja untuk saya bincangkan di sini and secondly, jangan risau comment anda bukan auto publish, so 2-2 post tue memang ada. Cuma saya kena baca dulu baru boleh publish and post.

Maka ini adalah pandangan saya ttg model yang Encik Pilih:
1. Panasonic TH50C300K
Kenapa Panasonic dulu, sebab model ini lebih basic dari model Sony. Kenapa basic? 3 kelebihan sahaja (1) Backlight Dimming; saya ada terangkan di post ini ttg kepentingan cermin tinted dan model ini mempunyainya. (2) Media Player; Muzik, filem mahupun gambar (most of the format) boleh dibaca dan digunakan kat TV nie, simpan dalam USB atau Memory stick cucuk aje (semua nya disisi TV maka kalau gantung TV kat dinding tak perlu susah2...) (3) HDMI slot and AV slot... maka pakaikan aje games/astro etc dia boleh support. TAPI...secara jujurnya TV nie adalah sangat basic, Grafic Picture yang rendah...tapi sound quality 20w maknanya sebelah2 (10w)..dan secara jujurnya, TV ke 2 kat rumah saya guna Model ini, ayah saya terpaksa rela membeli dengan alatan2 tambahan seperti H/T event radio dia pun walaupun build in, antena pun kena beli lain untuk puas hati. Tapi harga nya mampu milik.

(2) Sony- KDL48R550C
Perbezaan yang paling ketara adalah +Smart TV; kalau model Panasonis menggunakan build-in internet; wayerline (LAN) tapi model ini adalah wireless TV (maka ada integrated WIFI, bluetooth and DLNA certifies), but Model ini hanya boleh melayari youtube dan beberapa domain, bukan semua laman web. dan element yang sering diperlekehkan TV nie ada 7bintang utk penjimatan tenaga. Tapi audio speaker dia hanya 8W each mana lebih teruk dari Model Panasonic, tapi extra pada inputs HDMI, A/V, component video so TV model ini juda memerlukan anda menambah H/T juga.

This is another tips: kadang2 build in sound quality yang rendah boleh ditambah baik dengan menggurangkan jarak pantulan gelombang bunyi. Maknanya; kecikkan ruang pada kawasan TV anda. Buang barang hiasan dinding yang menyerap pantulan bunyi atau menggangu pantulan ke telinga anda semula. Langsir yang tebal, barang hiasan yang kurang atau perabot yang terhad membantu pantulan bunyi yang lebih baik.

Maka kesimpulannya, mana yang lebih baik? kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri tapi saya sarankan cuba lihat Model Sony dahulu namun kelemahan2 dalam model ini boleh diperbaiki dengan mengikut tip2 pencahayaan, sistem bunyi dan juga kedudukan wayar HDMI.

Dalam lingkungan bajet dan ciri-ciri basic dari TV yang En Naim ingin kan; maka saya boleh sarankan encik juga boleh buat kajian model-model berikut: Samsung 48" LED TV SAM-UA48H5003; Sharp 40" LED TV SHP-LC40LE268M; Philips 40" Full HD Slim LED TV PLP-40PFA4150 atau TOSHIBA LED TV-50" TSB-50L2550 ( mereka dalam keturunan yang sama dengan model Panasonic yang encik pilih) atau LG 49" SMART LEDTV LG-49LF630; Sharp 55" FULL HD LED TV SHP-LC55LE460X atau SONY 50” diag. Android LED HDTV SNY-KDL50W800C ( harga mungkin lebih RM1k-RM2k berbanding model Sony yang encik inginkan) tapi Model LG, Shap and Sony sering di anak tirikan sebab tak popular tapi spec dan extra features dia mmg bebaloi buat masa sekarang.

Harap dapat membantu.
Hakim said…
Assamaualaikum bos ,tv jenis ape yg pling ssuai utk gaming , klo boleh harga bwah rm1.5
walaikum salam, Saya akan bersangka baik dan tidak menganggap post nie sebagai gurauan.... TV harga RM1.50 atau RM1.5K saya anggap En Hakim tertinggal K dari 0. Untuk jawab soalan nie rasanya saya dah jawab kat soalan yang terdahulu. Dan seperti yang banyak kali juga saya katakan tidak ada 1 model pun yang terbaik kerana setiap hari setiap bulan bahkan setiap tahun akan ada model yang lebih baik akan keluar, sebab itu saya x akan pilih secara pasti 1 model untuk menjawab mana-mana soalan. Maka saya sarankan En Hakim, pusing2 tengok harga dan kelebihan model2 jenama seperti Toshiba, Sharp atau Panasonic kerana Jenama nie terkenal dengan tahap ketahanannya bila digunakan dengan jangka masa yang lama dalam tempoh sehari... LCD dalam 36inci harga masih dalam lingkungan 1k kalau ada extra 1.5k-2K ambik saiz 40 inci. x perlu model terkini cuma pastikan bilangan HDMI slot ada lebih dari 1 and AV slot ada. itu dah terbaik~
Unknown said…
Assalamualaikum en.izhani..sy nik edlin, sy ada dua model yg ingim sy tahu..

1. lG 55UHDTV
2. SHARP OLED

Antara kedua2 jenama ini, yg mana yang baik untuk ketahanan jangka hayat dan jimat elektrik?
Unknown said…
askum cik...tb kotak umah sy dh rosak,astro pun dh rosak jgk bila sy blk kg ni...sy nk bli tv jnma panasonic.bajet dlm 1k-2k...pa pndpt cik model yg mna ssuai?
Wailaikumsalam Suhana... Maaf lambat balas post kamu... kesilapan technical menyebabkan post kamu x dapat di upload di sini... Okey menjawab soalan kamu, saya rasa dah banyak kali saya jawab.. tak ada model yang sesuai untuk satu-satu Jenama sebab setiap orang ada pilihan masing2... dan ada juga Model yang tidak dijual di Zon-zon Negeri tertentu.. maka susah nak buat pembandingan... tapi di sebabkan kesilapan saya membalas post nie dengan lambat maka.... saya cadangkan beberapa model dari Panasonic nie untuk rujukan Cin Suhana;

1) Plasma TV dan LCD TV; untuk model nie mmg banyak diPasaran yang dah start jatuh harganya... ada yang 42-55' pun dalam RM 2000 kebawah... tapi nasihat saya...kalau jenis jarang2 buka TV okey tapi kalau jenis kerap, tak perlu lah sebab kalau rosak, harga barang ganti dah mula mahal sebab Model dah x banyak keluar.

2)LED TV; cuba tengok model berikut
RM 1000 dan kebawah: TH-32A400K, TH-32A400 Media Player atau TH-32C410K
RM 2000 dan ke bawah: TH-40A400K Viera, TH-42C410K. TH-42C410K,TH-40A408K atau TH-40A400K

Cuba baca komen2 lain, jadi cik Suhana ada idea macam mana nak baca Model TV and apa yang perlu di lihat untuk bandingkan TV mana yang sesuai untuk dibeli mengikut bajet. Harap dapat membantu
Wailaikumsalam... Maaf lambat balas post... kesilapan technical menyebabkan post x dapat di upload di sini... Okey menjawab soalan, saya rasa dah banyak kali saya jawab... there are no such thing as the BEST MODEL in this world... sebab manusia akan belajar dari kesilapan dan membaikinya... but... I will try to give a brief ideas about the question that you ask;

1. Saya Cik... Perempuan...
2. Jenama TV:Jenis TV: Model TV
a) IG : 55 UHD : Model ???
b) Sharp : ?? OLED : Model ???
macam mana tue saya nak jawabkan ??? lebih banyak, harap boleh kasik saya maklumat yang lengkap lain kali.. cuba baca komen yang lain, mereka memberi maklumat yang lengkap baru saya dapat membantu dengan lebih baik.

tapi saya akan cuba memberikan tip2 mudah untuk buat pembandingan mengenai penjimatan eletrik yang digunakan oleh TV model UHD and teknologi OLED. (Jangka Hayat tue saya dah terangkan pada Post dan juga komen2 yang lain)

OLED adalah teknologi TV dimana panel pengcahayaan adalah melalui teknologi Organic Light Emitting Dlodes... dimana TV nie tak gunakan panel LCD lagi... (SONY adalah pengeluar pertama teknologi ini) maka dengan nie anda akan tahu perbezaan ketaranya adalah rendition Color... OLED lebih bagus maka tenaga yang diperlukan lebih banyak...namun ianya lebih baik dari segi Black level/Contrast (saya ada terangkan banyak kali ttg kepentingan ciri nie yang x ada dikebanyakkan TV LED/UHD)... so; jawapanya untuk jangka hayat atau penjimatan electric model UHD lebih baik berbanding OLED teknologi tapi bukan dari segi pengcahayaan, colour bright, technologi revolusion etc. MODEL apa? susah nak jawab... but this topic was good... maybe I will post a single topic based on UHD vs. OLED technology...in future...
Anonymous said…
Salam..sy tgh servey nk bli tv kecik dan murah... antara tv LG led 24inc ,tv philips led 24inc dan tv sharp led 24inc... mane brand ok? LG ok ke? Sy pakai antena biasa...
Amein said…
superb punya info abang ni kasik.. thanks bang. Sy nak beli tv ni.. Sy nak beli smart tv 40". Boleh tlg suggest tak tv mana yg selamat untuk kesihatan mata, dan pixelnya sesuai utk astro hd sy
Tak ada masalah nak guna TV jenama apa sekali pun, yang penting sesuai dengan sumber penerimaannya. Jika pakai antena biasa LCD TV dah cukup sesuai, jenama mana lebih baik? ikut kocek tuanya. Ingat, buat perbandingan antara model mengikut keperluan diri sendiri, model yang mahal tidak semestinya yang terbaik untuk diri kita
Super benggang aku dibuatnya.... hohohhoo... Abang kau kata? Ya, anggaplah Adik Amein nie tengah bergurau senda di blog Perempuan nie... Btw, terima kasih sebab beritahu info nie Superb...

secara jujur akak nie memerlukan 3 minit untuk menahan diri dari bergurau senda menjawab soalan kau nie dik.. berselawat dan yakinkan diri... tak kemana pun orang panggil diri ini lelaki...jangan balas lawak dengan lawak..

So nie Jawapan untuk soalan kamu,
(1)nak beli TV yang selamat utk mata?
Pilih TV yang guna 'Black Panel'.. Apa itu Black Panel dan Model nya? cuba baca jawapan dari comment terdahulu. Dah banyak rasanya tulis jawapan yang sama.
(2)Pixel utk HD?
Apa-apa model dan siri yang mempunyai min: 1080p
kalau ada modal lebih apa kata cuba TV model baru seperti UHD atau OLED;

info extra:
http://yangizhaniithnin.blogspot.my/2015/12/another-tips-saya-nak-beli-tv-baru-4k.html
Unknown said…
Boleh dapat k TV 40inchi dgn bjet 1k je? Kalu boleh jenama apa yg sesuai tu?...u are very brilliant in this field...
Hai En Hanif,

rasanya saya dah terangkan pilihan TV yang ada. Ya, mmg ada TV 40' dalam harga RM 1***.** sahaja, namun model TV nie kebanyakkanya adalah keluaran 3-5tahun kebelangkan. Dimana Stok perlu dihabiskan... jenama apa? Apa-apa jenama yang sesuai dengan kocek tuan punya diri. Kenapa? saya dah terangkan banyak kali dalam post dan juga pada jawapan soalan2 yang lain.

Brilliant? I don't thinks so, but Saya percaya pada konsep kejujuran dan berkongsi ilmu serta pengalaman.
Naneun said…
Assalamualaikum Cik / Puan Ezhani..

Saya dah 2 tahun lebih gunakan tv Sony Bravia KDL-46W704A sebagai tv utama. Akhirnya tewas juga di medan menonton bila tv kesayangan saya ni mengeluarkan garisan menegak dan melintang macam buku graf anak saya. Ni tanda tv pecah ke? Saya ada call Sony service centre, mereka bagitau kalau screen crack baik beli tv baru sebab ganti screen Sony mahal.

1) mohon pencerahan pasal ganti screen.

2) kalau nak kena beli baru, apa model Sony yang latest tapi lebih kurang la kualitinya dengan yg pecah ni..budget pun yang ada untuk 40"-46" je...

terima kasih.

This comment has been removed by the author.
walaikumsalam, Garisan pada skrin tandanya... cecair pada skrin dah pecah, nak tukar skrin harga dalam RM1500.00 untuk srin LED 40'... bila 46' maknanya harga dah cecah RM 1700-2000...maka better beli aje TV baru.

1) Ganti Skrin; ianya termasuk didalam insurance/jaminan pengeluaran. Jika skrin rosak di akibatkan oleh haba atau kegagalan TV itu sendiri; jika di dalam tempoh jaminan, anda berhak meminta gentian secara percuma oleh pengeluar.
(Namun, jika kerosakkan di akibatkan oleh tekanan dari luar; seperti hentakan kuat pada skrin atau kemasukan object asing pada panel TV maka, jaminan terbatal. Jika tamat tempoh jaminan juga secara automatic tiada tuntutan yang dilayan)
* Namun jika TV anda masih dalam tempoh jaminan, kerosakan bukan disebabkan oleh factor luaran, namun anda gagal menuntut jaminan secara percuma, maka hantar laporan pada suruhanjaya Pengguna... bayar RM5 dan buat laporan

2) Model Sony: cuba lihat pada siri W atau X; model 950C atau 8500C. Harga dan tahun keluaran hampir sana dengan siri W model 700 kamu tue...
leenbee said…
Assalamualaikum.. pertama sekali tahniah posting yang sgt hebat dan jawapan pada soalan pon cukup jelas dr seorang wanita. Saya fikir lelaki yang tulis masa baca posting nih tadi. hehehe... ok soalan

1. Saya nak beli TV saiz dlm 40" keatas budget RM1000-2000
2. Saya pakai external antena shj (takder astro takder unifi)

TV apa yang sesuai? :)
Anonymous said…
saya nk beli tv tp keliru dengan lambakan model dlm pasaran target 40-50 inc
kegunaan kerap astro
kegunaan jarang2 dvd
kegunaan kadang2 ps2
slepas baca entry cik saye berkenan jenama sony
cz saye slalu ade masalah klw tgk drama kdang2 suara x jelas. mohon pencerahan
Zaim Dzulfiqar said…
maaf tumpang tanya saiz plg kcik utk plasma,led or lcd ap ye??

Popular posts from this blog

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat