Skip to main content
Nifsu Sa'aban
Yang mana Benar, Yang mana Bid'aah


Wah, malam nie ada jamuan di Surau Nur Taman SOga, ada solat Sunat dan Bacaan Yasin. Tadi pun babah pergi gotong royong untuk jamuan Makan malam nie. Tapi sayang kami tak boleh lepak kat Surau sbb Mak Ngah telah mengeluarkan fatwah bahawa "Sesiapa yang tak datang, jamuan malam nie, Putus saudara. Jangan mengaku adik beradik" Disebabkan hanya Mak Ngah aje kakak babah, yang hidup maka aku akan drive gaklah ke sana petang nie. Dan atas permintaan makcik ku (yang selalu kutuk aku teruk, dan anak dia aje yang bagus) yang menaliphone pakcik bongsu ku (yang mempunyai hubungan baik dengan aku) kemudia menaliphone aku untuk membawa Mak (nenek, tapi dipanggil mak oleh kami adik beradik) untuk dibawa bersama ke KL. Maka, sah-sah aku duduk belakang dan babah drive sbb siapa lagi nak layan nenek aku yang bercerita kisah lama2 sepanjang 3 jam perjalanan.

Itu luahan hati sekejab, makcik yang main ugut-ugut, makcik yang pakai orang tengah nak cakap dengan anak saudara sendiri dan nenek aku yang gemar bercerita kisah2 lama. Memang pening kalau makcik dan pakcik nie tahap berpuluh2 orang, ku terima seadanya aje. Baiklah, kembali fokus, aku nak cerita pasal Nifsu Saban dan apa yang bestnya kalau kita sambut, ianya lebih kepada tanda bahawa bulan kemulian bagi Umat Nabi Muhammad swa, iaitu Ramadhan semakin hampir. Kepada yang duk ponteng puasa tahun lepas apa lagi, silahlah ganti dengan kadar segera yang dah ponteng puasa tahun2 lepas dan tak bayar, sila lah membayar fidiah dan hutang puasanya sekali.

Pada malam ini, dikatakan bahawa segala amalan manusia akan diangkat pleh Para Malaikat ke hadapan Allah swt. Dan digalakan manusia yang beragama Islam agar bangun dan beribadat sesungguhnya Nabi Muhammad saw, tidak mahu agar amalan kita (umat Islam) di ambil ketika kita lalai dalam keadaan selesa (Tidur). Maka berikut adalah amalan yang Sunat dilaksanakan;


Bacaan yasin

Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

Tapi kita perlu sedia maklum bahawa ini adalah budaya masyarakat Islam Malaysia, dan tiada fatwah khusus untuknya. Maka, janganlah hairan apabila anda ke negara lain atau umat Islam Negara lain tidak mengamalkannya. Ingat, ianya Sunat, maka ianya bukan bida'ah. Jangalah gaduh2 kat surau tue kata amalan nie salah, anggaplah ianya bacaan Yassin seadanya. Dlam Islam yang penting niat.

'Solat Sunat' Nisfu Syaaban

Firman Allah (mafhumnya): “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu." [al-Maa’idah 5:3]. “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?" [al-Syur.a 42:21]

Dalam kitab al-Sahihain diriwayatkan daripada `Aisyah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: "barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang mana bukan sebahagian daripadanya, akan tertolak.”

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Jabir r.a, Nabi (s.a.w) bersabda dalam khutbah Baginda: "Tetaplah kamu dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' Rasyidun, serta berpegang teguhlah padanya... Berwaspadalah terhadap perkara yang baru diada-adakan, kerana setiap perkara baru adalah bid'ah dan setiap perkara bid'ah itu adalah sesat.” Terdapat banyak lagi ayat Qur'an dan hadis yang seumpamanya.

maka disini, susah hati nak berbicara pasal solat sunat Nifsu Sa'aban sebab Nabi Muhammad saw pun tak buat, bergitu juga para sahabat sebab solat yang bukan dari Sunnah Rasulullah adalah bid'ah, maka eloklah niat solat sunat tue digantikan dengan solat Sunat yang dilaksankan oleh Nabi sendiri. Kalau nak keterangan lanjut, better tanya pada ustad/Imam yang lebih arif, sebab aku nie pun ilmu agama setakat Darjah Khas Negeri Johor aje plus dari babah and mama.

Puasa Sunat

Antara amalan bid’ah yang direka manusia ialah menyambut hari pertengahan dalam bulan Syaaban (Nisfu Syaaban), dan menganjurkan puasa pada hari tersebut. Tidak ada nas (dalil) yang boleh dipercayai tentang puasa ini. Ada beberapa hadis dhaif telah dirujuk tentang fadhilat puasa ini, tetapi ianya tidak boleh dijadikan pegangan. Hadis-hadis diriwayatkan mengenai fadhilat doa sempena nisfu Syaaban kesemuanya adalah maudhu’ (rekaan semata-mata), sebagaimana telah diperjelaskan oleh sebahagian besar alim ulama. Kita akan lihat beberapa petikan dari ulasan para alim ulama ini.

Beberapa riwayat tentang hal ini telah dinukilkan daripada sebahagian ulama salaf di Syria dan lain-lain. Menurut jumhur ulama, menyambut nisfu Syaaban adalah bid’ah, dan hadis-hadis tentang fadhilat-fadhilat berkenaan hari tersebut adalah dhaif (lemah), sebahagian besar yang lain pula adalah maudhu’ (rekaan). Antara ulama yang memperjelaskan hal ini adalah al-Haafiz bin Rejab, di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif, dan lain-lain.

Hadis-hadis dha`if berkenaan ibadah hanya boleh diterimapakai untuk amalan ibadat yang terdapat menerusi nas-nas yang Sahih. Tidak ada asas yang Sahih bagi sambutan nisfu Syaaban, oleh itu hadis-hadis dha`if tersebut tidak dapat digunapakai. Jadi, kesimpulan nya disini, tak salahkan kalau aku pasang niat ke Surau hanya untuk bacaan Yassin dan makan free aje ^^ sebab amalan yang lain boleh mengundang kepada kesesatan yang terang, sebab Aku adalah Islam dari hati yang menyembah Allah swt yang satu dan mengikut sunnah Rasulullah serta mengakui Nabi Muhammad saw, Pesuruh Allah. BUkan sebab keturunan ku Islam atau ilmu, ianya dari Hati. So, bye2~






perkongsian ilmu dari:
http://www.pekanrabu.com/zubir/nisfusyaaban.html

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat