Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat

Selamat Ulang Tahun kelahiran Abang, Mohd Hanizan Hj Ithnin... semoga engkau damai disana dan setia menanti kami

Al-Fatihah; Bukan mudah untuk menerima kenyataan dan redhai dengan kehilangan yang mengejut.Sedangkan nabi juga menitiskan air mata kehilangan anak, inikan kami insan biasa. Aku hairan bila ada manusia yang menaip umpama dia tidak mempunyai perasaan untuk cuba menghormati perasaan orang lain yang kehilangan. Ya, aku bersedih dan berkabung dengan permergian Tengku Jalil, Putera Temenggung Johor kerana aku juga bangsa Johor. Dan aku juga telah kehilanggan seorang abang; aku tahu pedihnya, trauma nya, dan tekejutnya hati ini. Sehingga sekarang kekosongan itu masih belum di ubati...mungkin kerana itu juga, aku merasakan kematian itu adalah perpisahan sementara...kerana kami akan berjumpa lagi...kerana aku masih meluahkan rasa dan pendapatku pada dia. Tidak ada yang sedih...kerana kesedihan itu adalah kesuyian semata-mata; maka sesiapa yang tidak mengalami kematian saudara terdekat mereka maka, hanya 1 pinta ku.... hormati hak kami sebagai manusia yang mempunyai perasaan. Bagi

5A UPSR pun bukan ada jaminan... budak Master sekarang pun menggangur nak cari kerja...

Marah..Marah..Marah nie~ Okey, masa aku baca statement nie kat wall FB kawan baik aku tue aku terdiam... nak mengamuk ke tak?..nak marah ke tak?...nak balas balik Tanya " Ada aku susah kan kau ke, kalau aku x ada kerja pun?" atau "aku sambung Master pakai duit kau ke? sampai kau keluar statement tue?"; kau Maksum ke nak bandingkan nasib aku dengan kau?   hohohoho... ayat sempoi tapi mmg geram, selalu orang cerita budak yang x pandai lebih Berjaya dari yang straight A; tapi dia orang nie cakap x pakai bukti/statistic tak buat research pun... yang mereka guna adalah contoh depan mata mereka... seorang yang gagal dan jadi jutawan dengan 9 yang berjaya dari sekolah hingga jadi jutawan... dari 1/10 nak dibandingkan dengan 9/10.... kalau tidak tanyalah dato' telajak laris tue, kenapa dia pentingkan sangat pendidikan anak2 dia sampai kena belajar 5 bahasa pada usia kanak-kanak sedangkan dia sendiri adalah contoh yang tak pandai di sekolah tapi Berjaya bila de

Troli Halal and troli Haram; 'Wang kertas pun kena samak juga' - Netizen???? Samak? Sertu tue perkataan yang betul!

SubahanaAllah.... manusia akhir zaman Secara jujurnya aku terdiam membaca berita di Astroawani dengan tajuk yang hampir sama di atas dimana alasan ini digunakan untuk menolak cadangan troli halal. Ya, aku bukan orang kuat agama yang nak menerangkan menggunakan dalil2 kukuh namun bila manusia yang mengaku umat Islam mengunakan dalil Islam itu Mudah dan bukan menyusahkan ... maka aku malu dan malu. Islam itu ajaran kehidupan, bukan fashion bukan trend bukan sebab asakan masyarakat. Islam itu sempurna yang tidak sempurna itu adalah MANUSIA. Ayat pertama yang diturunkan Allah swt ke Nabi Muhammad saw, adalah "Bacalah" (Gambar sekadar hiasan) Kenapa? mungkin pembaca blog nie hanya tahu aku bekerja sebagai bekas manager kedai elektrik tapi aku mempunyai pengalaman paling lama sebagai manager bahagia Produce (barangan segar) di 2 gergasi Retailer di Malaysia dan kedua-duanya bukan kepunyai orang Malaysia. Kalau Jusco yang dipunyai oleh bangsa Jepun mengamalkan dasar

Kulit Terbakar... tahap 1; cara mengubatinya

Entah apa kena dengan aku, sepanjang hidup nie lah 1st time masak daging burger boleh melecur di tangan dan leher (sebab nak elak muka... minyaknya kena bawah dagu dan menitis kepangkal leher). Tapi sebab aku nak selamatkan anak buah aku dan nak yakinkan serta beri dia keberanian untuk masak... aku cool down, keluar dari dapur..ambik air sejuk dan tuamkan pada tanggan dan leher.. sambung masak, dah hidang and anak2 buahku dah start makan... baru aku meraung dan cari ubat. Tapi kat post nie aku nak cerita cara mengubati kulit yang mati disebabkan terkena haba dan pastikan tak ada parut yang tinggal. Better kongsi dari hadam sorang-sorang, lagi2 yang ada sakit kencing manis... bukan semua ubat boleh jalan and kalau x dijaga..bernanah dan paling teruk daging kat badan dah mati dan perlu dibuang...Jauhkan~ Terbakar Tahap 1/ First Degree Burn Sumber dari:  dwiratnaelwafaa.blogspot.com Punca-puncanya;  (1) Kulit terbakar akibat bahang matahari (Sunburn) (2) Melecur pada tanggan, mu

New Tip Series... Nak beli Air Cornitioner atau Aircon

I wish I have this one;  home air-corn control system Mum follow my advice when she bought all the aircon dalam rumah nie. Bil TNB rumah kami mencecah RM300 pada normal months and boleh mencecah RM700-RM 900 went we have Long Holiday and School Break. Yap, it cost your a lot of money went we talk about nak pasang aircon dalam rumah nie; so how much we should spend went we buy it, used it and maintenance period? Tapi jangan terperanjat dengan bil rumah kami; kat sini We have about 4 units; for 3 rooms and 1 ruang tamu... kalau nak pasang semua bilik dan ruang tamu rasa tak berbaloi sebab not everyone can handle the cold temperature very well (hanya aku sorang aje). So, How using 4 units and the bils are less than RM300? simple, used this calculation on space, time used, maintenance, jenama, lokasi dan juga keupayaan aircon pilihan anda? Kuasa? berapa h/p (house power)... itu berkaitan dengan ruang dan time used... sebab tue nak tulis tip2 nie... This my expertise area, kira no 1 in

Bagaimana hendak lepaskan diri dari kesalahan Membunuh..... My next addicted Drama Series from US

dah lama tak cerita pasal drama Baru yang aku nak syorkan pada orang lain. Pada mulanya bila baca aje tajuk Drama nie, aku fikir mungkin cerita pasal Banduan yang larikan diri... ala-ala macam Prison Break tue... dah bunuh orang and nak larikan diri dari penjara... tapi ianya kesilapan besar... selepas beberapa Drama kegemaran aku di hapuskan siaran nya untuk musim terbaru maka aku perlukan cerita yang mempunyai tema penceritaan yang sama tapi dengan perlakon yang hebat.... a candy in my eye... so, drama bersiri nie tentang apa? How to Get Away with Murder (HTGAWM)  So, element pertama (1) adalah penebitnya    Shonda Rhimes , penulis drama Grey Anatomy, Scandal and Private Practice...  (2) Tema drama ini adalah Undang-Undang (jika anda perminat Scandal tanpa cerita Politik ini adalah dramanya) (3) kerana pelakon-pelakon nya (walaupun banyak adegan songsang dalam drama nie but their are too cute) hahahah... aku perlu taubat and skip adegan2 macam nie in future. (4) b

Bila di Jodohkan....

Bila dah menjejak umur 30'an nie banyak sangat soalan yang ditanya? tapi jarang orang ambik masa untuk mendengar luahan hati dan masalah.... Ah, manusia...lebih lagak bila anaknya lebih berjaya... nak dijadikan cerita, salah seorang Prof. aku dengan bersehaja menjodohkan aku dengan anak buahnya. Gara-gara aku mengaku cemburu apabilah Lecture aku yang berstatus ibu tunggal dah nak masuk kali ke 4 nikahnya.... sangat laku Puan aku tue.... secara jujur aku menjawab... Ya, aku cemburu dengan dengan status mereka yang dah berkahwin dan lagi cemburu bila mereka bahagia, aku bukan cemburu sehingga tahap ingin merampas kebahagian mereka tapi aku cemburu kerana aku tak ada peluang merasainya...itu sahaja...mungkin Prof aku kesiankan anak buahnya yang kini bujang dan keseorangan menjaga ayah tanpa ibu yang telah meningal. Niatnya baik...mungkin... tapi masih ada ke lagi logiknya bila aku dijodohkan bukannya mencari dengan sendiri? Pada mulanya aku ingat ceritanya pada aku hanya sekada

Trip kemanusia diteruskan.... kini ke Bandah Aceh, Indonesia

Saban tahun hanya mama and babah aje yang terbang sana sini dan tinggalkan kami 2 beradik dekat Malaysia. Kami hanya berjalan sana sini dalam Malaysia sahaja...pada pertengahan tahun atau awal tahun bersama anak-anak buah yang ber5 itu. Kali nie Babah nak belanja Aku and Ayun merasa naik Kapal Terbang pulak asyik naik bas aje. Okey, dipendek kan cerita yang panjang.... disebabkan Along dah tempah nak pergi umbrah tahun depan so mama and babah x jadi ke sana, maka kebetulan Kelab Koperasi Kembara Batu Pahat meloncong ke Indonesia lagi dan kali ini Perlancongan keagamaan; Aceh selepas 11 tahun Tsunami. Maka kami pun join ke sana sebab last time KKBP buat program babah puas hati gila sebab makan, hotel, solat semuanya terjaga dengan baik maka x perlu risau. 4 hari 3 malam disana kami; termasuk pengangkutan, bas dan kapal terbang semuanya dalam pakej seorang dalam seribu lebih aje.  Credit goes to : WarnerMusicMalaysia Tak tahu kenapa; lagu ini menyambut aku naik bas ke KLIA

UiTM tempat untuk Melayu Bodoh sahaja?

  Aku terbaca tweet and post tentang betapa bangsa Melayu memperlekihkan UiTM. Maka aku hanya tersenyum... sebagai budak UiTM ada kah aku merasakan benda yang sama? Selepas tamat tingkan 5, aku menunggu kemasukan ke matrikulasi dan ternyata nasibku tiada di situ. Aku ditawarkan ke tingkatan 6 rendah sains dan aku merasakan tingkatan 6 ini telalu susah kerana tiada guru yang selayaknya mengajar dan aku ketinggalan jauh. Panggilan Diploma juga aku gagal, maka harapan aku hanya 2 sahaja sama ada apply untuk semester Dis UiTM atau kolej2 swasta yang tumbuh bak cendawan. Mungkin kerana penyakit kemurungan ku kembali... aku merasakan program 3+2 ijazah sarjana muda di USA bukanlah jalan mudah bagi aku. Selapas sesi kaunseling dan pengambilan ubat maka aku kembali stabil dan meneruskan pengajian dengan kolej bersekutu UiTM. Ya, aku anak angkat UiTM dan Yayasan Mara... hidupku ditaja Masjlis Amanah Rakyat dan aku bersyukur kerana itu. Bukan kerana aku bangsa pendatang yang kebetulan