Skip to main content
Program Assessment Center (PAC) untuk Pegawai Takbir dan Diplomat(PTD) (M41)
dari pengalaman 2010 dan Panel2

Sebenarnya aku hanya nak tulis tip2 untuk PTC kalau ada kawan2 aku yang berjaya ke Peringkat ini aje, disebabkan tiada yang berjaya maka aku tangguhkan aje. Tapi ada permintaan rupanya, untuk aku kongsi kan apa yang berlaku dan apa nilai-nilai yang dicari dalam PTC. Okeylah, maka disini aku akan selit kan gak pandangan dari Panel2 Pemilihan PTC (a.k.a Sepupu2 aku yang merupakan PTD sendiri). Panel 1 : Sepupu aku yang merupakan PTD dgn 5 thn pengalaman kerja, dia nie tahap gempak gak lah, kira macam Timbalan Pengarah kat Putrajaya tue, unit apa? kementerian mana? semua itu rahsia. Panel 2: Sepupu aku yang ke2 nie, PTD biasa2 aje, bak kata dia "tak ada yang hebat pun jadi PTD nie" (tapi dia pergi 3 kali test baru dapt jadi PTD. Cakap tak serupa bikin ^^) dalam 3 tahun aje dah macam jenis Kementerian dia pergi yang terbaru aku dengar di nak duk kat London.

Pendaftaran:
Calon2 akan beratur dan dapatkan numbor, yang perlu dipakai sepanjang hari sebagai pengenalan diri. dan no nie gak digunakan untuk pengagihan kumpulan. Beratur untuk timbang berat, ukur tinggi, ambik gambar berkumpulan dan serahkan salinan sijil2 yang perlu ada. Lepas tue lepak, dengar taklimat ringkas.
Pengalaman aku: aku sepatutnya dapat no.101 tapi dengan selamba aku cakap saya tak nak nombor tue, macam cerita kartun anjing aje. Terdiam gak lah siapa yang dengar apa aku ckp tue, so aku dapatlah no 102. Sijil? percaya tak kalau aku kata aku tak bawak? ya, ianya benar, tapi jangan takut, kalau anda tertinggal salinan sijil tak apa yang penting yang asal ada. Pegawai itu mintak aku hantar guna Fax ke SPA pada hari kerja, so aku teruskan ke aktiviti 1.


Aktiviti 1
Calon2 dibahagikan mengikut kumpulan, dalam 10-12 orang (tak ikut nombor, jadi kalau nak berkawan2 tue, lupakan aje). Anda akan diminta buat bulatan dan membentang isu2 yang diberikan; adalah dalam 4 isu, so 15 minit rasanya kena bentang idea untuk setiap satu topik dalam kumpulan untuk kesemua isu2 semasa. Secara jujurnya tak akan ada isu panas akan di tanya, isu2 dari segi (1) Ekonomi (2) Kemasyarakatan (3) Sahsiah (4) Pendidikan etc. sebab JPA sediakan soalan untuk menguji kemahiran anda berbahasa Melayu dan bagaimana anda mengamalankan berkerja secara kumpulan.
Pengalaman Aku : Jangan jadi boss dalam perbincangan ini dan juga jangan jadi pak turut kepada orang yang petah bercakap. Kalau nak ikut kan hati, aku nie jaguh bahas tapi disebabkan aku ke PTC untuk dipilih ke peringkat seterusnya aku kena tambat hati panel bukan nak tunjuk aku pandai. Jadi yang penting jadi penyumbang dalam kumpulan tue, jadilah penjaga masa ke, atau jadi orang yang adil, mintak yang kuat bercakap tue diam dan beri peluang pada si pendiam berbicara dan anda buat lah kesimpulan untuk setiap isu. Maka anda adalah seorang yang bijak, adil dan berkerjasama...ciri2 yang perlu ada dalam diri seorang PTD.
Panel 1: Memang tak suka orang kuat bercakap tapi suka kalau ada calon yang pandai kawal keadaan dan pandai buat lawak. Suasana ceria.

Akitiviti 2
Mengunakan isu yang sama calon2 akan dimintak masuk ke dalam bilik dan membentangkan isu yang dipilih oleh panel dan menjawab soalan yang ditanya secara individu. Selalunya tanya tentang pendapat anda untuk penambahbaikkan dalam isu tersebut. dan dalam masa yang sama calon akan diberi 1 lagi isu untuk perbincangan secara berkumpulan.
Pengalaman aku: Jangan mudah terpengaruh dengan kehebatan calon2 lain terutama dari calon kenaikan pangkat secara lantikan; ingat tugas calon adalah menambat hati panel untuk mencalonkan anda ke peringkat seterusnya. peluang calon2 lepasan Universiti lagi tinggi peluangnya sebab nisbah anda lebih besar.
Panel 1: Pada peringkat ini, sebenarnya panel dah ada calon yang diketengahkan.
Panel 2: Nak jadi bos, jangan nak ketawa2 dan rasa dia sahaja betul. Ada kriteria yang perlu kami cari.

Aktiviti 3
Selepas rehat, calon akan dibahagikan mengikut kumpulan lain lagi. Panel pun bertukar, so peluang lagi untuk sesiapa yang tidak menyelah pada aktiviti 1 dan 2. Kali ini calon akan diuji pada asas yag sama tapi dalam Bahasa Inggeris, duduk dalam bulatan tapi kali ini calon akan membelakangkan orang lain, so tak nampak siapa yang cakap. Jerit no badan anda dan berikan hujah2 anda mengenai isu yang diberi. Isunya 1 sahaja.
Pengalaman aku: Penel aku berat sebelah, bila aku cakap ada aje dia nak tambah tapi bila 'adik manis' cakap, dia akan balas 'bagus, bagus'
Panel 1 : Keyakinan Diri yang penting


Aktiviti 4
Berlari 2.4 km, anda akan dapat kad berwarna mengikut masa yang anda ambik untuk lari. Setiap 5 minit, kad akan bertukar warna sehingga masa ke 15minit dan keatas calon layak kad warna putih aje. Yang tak nak lari, tak dapat kad. Kalau calon tak boleh lari sekalipun, berjalan sahaja. Tidak mengapa jika gagal berlari asalkan anda tunjukkan kesungguhan.
Pengalaman aku: Aku nie tahap obes, so jangan kata aku nak lari, aku jalan ajelah sepanjang 2.4km bersama 'Adik Manis' yang merupakan seorang suri rumah beranak 1. Lagi membuat aku bengang, apa bila panel meminta semua orang bersorak dan bertepuk tangan bila aku hampir ke garisan penamat. Per memang malu gila. Aku dpat kad Putih ambik masa dalam 23minit, naik bukit tue kat INTAN selatan. walaupun tak seberapalah~
Panel 2: Kena lari ke?

Aktiviti 5
Individu Bahasa Inggeris, buat bulatan semula dan setiap seorang akan ambik tajuk dan cakaplah apa anda nak cakap. Maksimum 3 minit. Tujuan nya untuk lihat kreativiti dan logik. Contoh perkataan 'Tisu','Plastik','Kereta' etc. Cakap dengan yakin dan bukan buat karangan macam budul tadika. This is my book's. I like to read book... Jangan sesekali tau~
Pengalaman aku: Dah penat masa nie, and group aku kat tengah padang bola kerajang, memang panas macam ikan kering kena salai. Langsung tak fokus.
Panel 1 : Suka keyakinan yang tinggi
Panel 2: Bijak dan diluar kotak pemikiran biasa.

Kesimpulannya. Jadi diri anda, ingat tujuan utama anda adalah untuk layak ke Peringkat seterusnya 80%-90% yang hadir akan gagal dan pastikan ianya bukan anda. Tambat hati panel pemilihan, mereka adalah manusia biasa, mereka tahu kalau anda berpura2 dan merasakan diri anda hebat. Mereka tak mahu rakan sekerja yang besar kepala, bongkak dan mementingkan diri. So, selamat berjaya, mungkin bulan puasa nanti calon yang berjaya akan dipanggil temuduga. InsaAllah, akan tulis gak tip2 masa interview nanti. ^^

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat