Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

10 Kegunaan lain Daun pokok Pudina atau fresh Mint

POKOK PUDINA Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah:  Masakan : 1. Gunakan untuk mewargikan air gula anda. Masak air gula + daun Pudina yang dipetik kasar. 2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik. 3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman. Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan. 4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa

Petani Taman... Penggangur tak semestinya tanam Anggur aje... tanah sekaki tapi hasil sayuran yang banyak

Luahan Hati sekejab: Aku kuatkan iman supaya tak melenting mengamuk kat kedai si Wan tadi sebab dia sindir aku sebagai penganggur.. okey... kalau 200 ribu penggangur di Malaysia ini memilih untuk jadi penggangur maka kau betul tapi jika ada di antara kami ini berusaha, berdoa dan kekal positive berusaha maka kau tanggunglah dosa fitnah kami sampai kau mohon maaf dan bertaubat. BTW, kau untunglah bapak kau kaya boleh buka kan kau kedai untuk berniaga... aku nie anak biasa-biasa. Belajar pun pakai biasiswa, jadi mana tahu erti berhutang nak kaya macam kau~ okey, marah-marah nie... aku sebenarnya kebetulan tengah cuti semester dan hanya akan menyambung pengajian pada bulan April nanti. Maka sepatutnya aku tak kecik hati dengan mulut puaka Jantan tue, tapi nak buat macam mana perempuan nie dia tak boleh marah2 depan orang ramai... asyik menangis kat sejadah aje... kadang2 aku nak juga tulis...nak juga cerita... (Ingat senang nak cerita kat semua orang apa kau buat... nanti dituduh menipu