Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011
Nak buat Loan... Kenapa? Nak Kahwin/beraya Nak Kahwin... Abang akan buat Loan untuk sayang Ayat nie aku dengar dari salah seorang kawan aku di tempat kerja ini, gaji basic barulah cecah RM 700 tapi dah berani nak buat loan kat bank sebab nak kahwin, awek takut dia kena kebas. Sebagai salah seorang yang penah berkerja atas komisen bank loan nie, maka nasihat peribadi kat kawan aku nie senang aje, tak payahlah... Kumpul duit dulu baru kahwin, tapi kalau nak jugak buat loan, buatlah tapi jangan gunakkan untuk kerja kahwin semata-mata. sebaliknya invest kat Simpanan Tetap atau Public Mutual (sekarang tren investment dalam bentuk Emas) untuk setahun dua, untuk bayar interest loan, kemudian barulah guna duit tue untuk kerja khawin. Kat sini, gunakan lah sedikit akal anda, jika total interest rate loan anda adalah 12% janganlah simpan dalam akaun simpanan semasa anda yang hanya memberi 1.2-1.4% faedah, siapa nak bayar lagi 10.8% interest dalam loan tue? Kat sini, anda kena cari
Reality and Realistic Berfikir secara logik agar ianya menjadi realiti. Bak kata Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Malaysia " Kita seharusnya melihat kejadian ini sebagai realiti, dan seharusnya meletakkan sasaran yang lebih realistik". Keliru dengan ayat beliau? sebenarnya tak ada salahnya apa Dato' Raja cakap, bila manusia bercakap tentang impian dan cita-cita, kita seharusnya melihat pada realiti sebenar, dan meletakkan sasaran yang realistik. Manakah mungkin budak lima tahun disuruh membina bangunan mencakar langit? tapi tidak mustahil budak yang sama, selepas 20 tahun mampu membina bangunan mencakar langit. Ada realistiknya dalam impian itu untuk dijadikan reality. Aku bukanlah bijak pandai dalam arena bola sepak, apatah lagi aku bukannya mampu pun membeli tiket semata2 untuk melihat perlawan bola, tapi anggaplah nukilan aku ini sebagai jawapan jika aku ditanya (interview KBS) tentang apa yang berlaku selepas kekalahan 6-4 skuad kebangsaan dan menutup rapat impian Mal
Tour the Interview by Me bak kata Along Tarikh: 23-24 Julai 2011 Tempat: Pusat Sukan Rakan Muda, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Jawatan Dipohon: Pegawai Belia dan Sukan (S41) Peringkat Temuduga: 2 Panel Temuduga : 1. Suhanjaya Perkhidmatan Awam (JPA) 2. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Aktiviti: Hari Pertama (23hb) Pendaftaran : dilakukan oleh KBS dan JPA Ujian Psikologi: Ujian objective 40 soalan oleh JPA (Menguji Tahap Tekanan Calon). Ujian Kercegasan: Index Jisim Unggul dan 20 meter Bib Test (Menguji tahap stamina calon; lemah, baik, cemerlang atau superior) Akitiviti 1 : Penyelesaian Masalah, Calon di uji secara individu dan juga berkumpula n ( kreativiti, semangat kerjasama dan komunikasi calon diuji pada aktiviti ini) Aktiviti 2 : Debat Parliment, mengaplikasikan kaedah deba t di Parliment, pihak kerajaan menyokong akta dan pembangkang membangkang hujah. (Menguji Logik, pengetahuan am serta keyakinan diri) Aktiviti:
Kuala Pilah.... Pengalaman Pertama kat Sini Aktiviti Jalan-jalan aje Kat ruang ini, aku tak nak cerita interview aku dulu... aku nak cerita tentang pengalaman aku bercuti tanpa keluarga aku dan hanya ditemani oleh kawan baik aku, Duyut ke Kuala Pilah selama 3 hari 2 malam disini. Hotel Atas nasihat bapak aku yang pernah ke sini, maka kami pun ambik keputusan u ntuk sewa bilik di Hotel belakang Shell di bandar Kuala Pilah. Baru aje buka, bulan 6 lepas aje, so barang2nya masih baru lagi tapi disebabkan masih baru maka janganlah harap anda dapat layanan yang sopan dan santun dari para pekerja mereka. Budak2 nie tak ada pengalaman langsung kerja kat hotel agaknya. Disebabkan bilik yang penuh terpaksalah aku membayar bilik Dulux pulak, tapi agak murah lah jika dibandingkan Hotel di Bandar-bandar besar... Harga bilik dari RM65-250 semalam. Nak lebih murah, anda boleh pilih hotel di bandar kuala Pilah cuma depositnya agak mahal, tapi harga bilik dalam RM 45-200 sahaja. Hotel Bajet pun ada. Pa
Persediaan untuk PTC Pegawai Belia dan Sukan (Part 2) Bahagian II- Element Sukan 1.Pembangunan Sukan 2.Dasar Sukan Negara 3.Konsep-konsep Umum 4.Majlis Sukan Negara 5.Institut Sukan Negara 6.Perbadanan Stadium Merdeka 7.Pejabat Pesuruhjaya Sukan 8.Pembangunan Kecergasan Kebangsaan 9.Pembangunan Sukan Minoriti 10. Pembangunan Organisasi dan Penggalakan Sukan 11.Pembangunan dan Kemajuan Sukan 12.Pembangunan Rekreasi 13.Pembangunan Sukan Bermotor dan bacalah bahan rujukan berikut untuk maklumat yang detail: Element Sukan . Buku Dasar Sukan Negara ii. Risalah Majlis Kecergasan Kebangsaan iii. Kertas-kertas Kerja Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan iv. Buletin Cergas Bahagian Pembangunan Sukan v. Risalah Gimnasium Rakyat vi. Risalah Lompat Tali Untuk Jantung vii. Panduan Pelaksanaan Liga Sukan Komuniti viii. Kertas Konsep Pusat Latihan Sukan Komuniti ix. Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap 1 x. Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap 2 xi. Pembangunan Sukan Massa oleh Dr. Salina Khoo – Uni
Khas untuk kawan aku yang ditinggalkan kekasihnya...baru-baru nie. Layan ajelah lagu sedih nie Yut.
Program Assessment Center (PAC) untuk Pegawai Takbir dan Diplomat(PTD) (M41) dari pengalaman 2010 dan Panel2 Sebenarnya aku hanya nak tulis tip2 untuk PTC kalau ada kawan2 aku yang berjaya ke Peringkat ini aje, disebabkan tiada yang berjaya maka aku tangguhkan aje. Tapi ada permintaan rupanya, untuk aku kongsi kan apa yang berlaku dan apa nilai-nilai yang dicari dalam PTC. Okeylah, maka disini aku akan selit kan gak pandangan dari Panel2 Pemilihan PTC (a.k.a Sepupu2 aku yang merupakan PTD sendiri). Panel 1 : Sepupu aku yang merupakan PTD dgn 5 thn pengalaman kerja, dia nie tahap gempak gak lah, kira macam Timbalan Pengarah kat Putrajaya tue, unit apa? kementerian mana? semua itu rahsia. Panel 2: Sepupu aku yang ke2 nie, PTD biasa2 aje, bak kata dia "tak ada yang hebat pun jadi PTD nie" (tapi dia pergi 3 kali test baru dapt jadi PTD. Cakap tak serupa bikin ^^) dalam 3 tahun aje dah macam jenis Kementerian dia pergi yang terbaru aku dengar di nak duk kat London. Pendaftaran :
Kalau kembali ke masa lampau, nak bawak apa? Internet, B-yond dan Kad Kredit Semalam dalam perjalanan balik dari Kuala Pilah, (cari dimana Komplek Sukan Kuala Pilah, Untuk PTC PBS, sabtu nie), aku terdiam melihat bertapa Kuala Pilah itu seakan Batu Pahat ketika zaman kecik aku, di kawasan Kampung Atap. Semuanya ringkas, hanya dihubungkan dengan jalan raya yang mempunyai 2 laluan dan kawasan Kampung, pokok dan kanak-kanak melintas tanpa melihat kiri dan kanan. Seronok? tak lah sampai tahap itu sebab aku tak boleh hidup tanpa Kad Kredit, yang ada hanya KFC dan resort sekitar kawasan peranginan di Ulu Bendul ini aje yang dikategorikan sama maju ditempat lain. Itu bukan topik yang aku nak kongsi kat sini cuma aku nak kongsi kenapa kita tak boleh kembali ke zaman dulu. Soalan ini aku tanya kan kepada Adik aku yang berfikiran Moden dan rasa dalam dunia nie, dia adalah manusia yang paling bagus. Kalau duduk dengan dia nie, selang seminit aje dah menimbulkan sikap amarah dia... kadang2 dia dap
Nifsu Sa'aban Yang mana Benar, Yang mana Bid'aah Wah, malam nie ada jamuan di Surau Nur Taman SOga, ada solat Sunat dan Bacaan Yasin. Tadi pun babah pergi gotong royong untuk jamuan Makan malam nie. Tapi sayang kami tak boleh lepak kat Surau sbb Mak Ngah telah mengeluarkan fatwah bahawa "Sesiapa yang tak datang, jamuan malam nie, Putus saudara. Jangan mengaku adik beradik" Disebabkan hanya Mak Ngah aje kakak babah, yang hidup maka aku akan drive gaklah ke sana petang nie. Dan atas permintaan makcik ku (yang selalu kutuk aku teruk, dan anak dia aje yang bagus) yang menaliphone pakcik bongsu ku (yang mempunyai hubungan baik dengan aku) kemudia menaliphone aku untuk membawa Mak (nenek, tapi dipanggil mak oleh kami adik beradik) untuk dibawa bersama ke KL. Maka, sah-sah aku duduk belakang dan babah drive sbb siapa lagi nak layan nenek aku yang bercerita kisah lama2 sepanjang 3 jam perjalanan. Itu luahan hati sekejab, makcik yang main ugut-ugut, makcik yang pakai orang te
Perhubungan : Sahabat, Kawan, dan Rakan Jika soalan tentang apa bezanya antara ketiga-tiga perkataan nie ditanya pada aku pada usia remaja aku, aku akan jawab " Semuanya Sama". Tapi apabila aku berkenalan dengan seorang cikgu (bkn cikgu Bahasa Melayu, cikgu lukisan kejuruteraan) semasa aku di UPSI, aku sedar yang ketiga2 nie mempunyai maksud yang berlainan. Dlam usia pengenalan kami yang mencecah 2 thn, baru-baru ini aku dinaikkan pangkat ke Sahabat dari Rakan. Aku memang pasang niat nak upload gambar hamba Allah nie, tapi disebabkan gambar dia dalam handset aku yang hilang tue maka aku padamkan aje niat tak elok tue. Sebab, ini 1st time aku jumpa manusia yang berkira sesgt berdasarkan status hubungan sesama manusia. Kalau kawan boleh mintak tolong tahap nie aje, rakan pulak tahap nie aje... Per, memang kasik panas.
Bersukan dan Diet Benda yang selalu kita fikir tak kira umur dan status serta tujuan utamanya tapi sukan dan diet nie mmg dah jadi hobi dan perkara yang perlu aku buat dimasa terbuang yang aku buang tiap2 hari.... Tapi aku nak cerita kat sini adalah benda sihat yang perlu anda buat sebelum nak start bersukan dan diet. Tahu dimana tahap anda ... Apa lagi kalau bukan berat anda (Kg) yang sebernanya bukan berat angar2 atau pun guna mesin timbang yang dah berkarat kat bawah katil anda tue, gunakan mesin timbang yang kejituannya +/- 1kg saja ralatnya. Bayar 20sen kat mesin timbang supermarket tue pun boleh... lagi bagus kalau ada ukuran tinggi sekali agar mudah nak ukur index imbangan sihat anda. iaitu Berat dlm (kg) dibahagi dengan tinggi dalam meter, kalau kurang dari 33 anda sihat dan yang terlebih macam saya nie maka, silalah bersenan dan diet. Pastikan anda tahu berat ideal anda sbb berat boleh ditambah dan ditolak tapi tinggi tue bila dah cecah 23thn ke atas, tak perlulah mengharap an
Aduh....sakitnya Jantung aku Pada mulanya Mama beritahu yang Uncle Bob, sakit. Tak ada yang serius sbb apabila jalani ujian di klinik kesihatan Doktor kata tak ada apa-apa masalah. Tapi kalau takut pergilah rujuk ke Hospital Besar. Tapi bila pakcik aku semakin pucat dan sukar bernafas, so sepupu aku pun paksalah ayah dia ge jugak hospital, masuk aje hospital Doktor tahan 3hari sbb paru 2 pakcik aku tue penuh air(Secara literalnya), so beristirehat pakcik ku disana dan dibenarkan keluar selepas ujian kesihatan menunujukkan dia sihat... tak sampai 2minit, masuk balik hospital dan kini dirujuk ke IJN (Institut Jantung Negara); selepas jalani ujian lagi sekali oleh Doktor Pakar, barulah cerita seberna keluar."Aduh, sakit jantung aku dibuatnya." keluh mama... siapa yang tak sedih bila adik sakitkan?. So, kat sini aku nak jugak kongsi apa yang berlaku kat pakcik aku dan menjadi punca dia terpaksa ke IJN, sekadar menjadikannya iktibar. Saluran Arteri Tersumbat dan Injab Ja
Persedian untuk PTC Pegawai Belia dan Sukan (Part 1) Apa yang perlu aku tahu dan apa yang aku nak kongsi kat sini... Aku pun benggang gak bila aku cari maklumat kat internet tapi tak ada orang yang nak postkan maklumat yang tepat dan padat, so aku rasa kalau orang tak buat, akulah kena buat untuk sama2 kongsi maklumat nie, sbb tak ada seorang pun sepupu aku yang penah kerja sebagai PBS atau pun kawan2 yang ada maklumat jitu dari pengalaman mereka. So, nie ajelah yang mampu aku kongsi: Pegawai Belia dan Sukan (Ged S41) (Pengurusan dan Profesional) 1. Bidang Tugas: Kem/Jab: Kementerian Belia dan Sukan Jadual Gaji: P1T1 RM1688.89 - P1T27 RM4638.89 P2T1 RM1783.51 - P2T27 RM4917.16 P3T1 RM1882.31 - P3T27 RM5219.23 Syarat Lantikan:
Jawatan Pengawai Belia dan Sukan(PBS) atau Pengawai Takbir dan Diplomat (PTD) . Aku kebetulan mempunyai masa lapang yang terluang (Penganggur katakan), dan secara kebetulan jugak aku adalah salah seorang calon yang akan bersama2 menyertai UKJK untuk permohonan jawatan kerajaan dibawah kelolaan JPA untuk berkerja dibawah KBS (Kementerian Belia dan Sukan). Mak aku tanya kenapa aku mohon PBS dan bukannya PTD ? Aku pun mempunyai alasan yang tersendiri: 1. Tahun Sukan Malaysia; apabila Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan bahawa tahun 2011-2012 akan dijadikan tahun sukan maka secara automatik KBS perlukan pegawai sukan yang lebih ramai dari tahun2 sudah. Maka, buat apa berebut jawatan PTD yang setiap tahun hanya 20-40 jawatan kosong sedangkan yang mohon 14,000 orang bagi setiap tahun. KBS perlukan 40-70 pegawai baru sedangkan yang mohon tak capai 10,000 pun.... guna nisbah dah tahu yang mana lagi berupaya untuk bersaing. 2. International Sport Event, free
2009 until now.... Per...banyak yang berlaku tapi aku tak ambik pusing kat blog aku nie.... dah jadi macam gajah putih lah pulak.... ^^ so dipendekkan cerita sepanjang 2 tahun aku menghilang dari arena yang semakin hebat dengan cerita sensasi dan gosip2 panas.... aku tak berjaya kemana pun...hahahah... 1. Master? memang aku berjaya merangkul A dalam kebanyakkan paper2 test aku kat UPSI tue tapi disebabkan kebodohan aku yang memilih adviser yang tak suka aku menjadikan diri aku antara pelajar2 yang tak grad dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh bahagian Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi... maka dengan ini aku masih mengadap kertas kerja aku yang dah lama siap tue tapi tak ditanda dan kenalah cari duit sbb Biasiswa aku telah dipotong terus untuk pendaftaran semester 9 thn ini. 2. Duit/Kerja? kalau aku kata aku hanya kerja 3 hari, korang percaya tak? Percayalah kerana ianya BENAR... aku meletakan jawatan selepas mengalami perselisihan faham dengan anak Tauke aku kerja, dan dia dengan