Skip to main content

Trip kemanusia diteruskan.... kini ke Bandah Aceh, Indonesia


Saban tahun hanya mama and babah aje yang terbang sana sini dan tinggalkan kami 2 beradik dekat Malaysia. Kami hanya berjalan sana sini dalam Malaysia sahaja...pada pertengahan tahun atau awal tahun bersama anak-anak buah yang ber5 itu. Kali nie Babah nak belanja Aku and Ayun merasa naik Kapal Terbang pulak asyik naik bas aje.



Okey, dipendek kan cerita yang panjang.... disebabkan Along dah tempah nak pergi umbrah tahun depan so mama and babah x jadi ke sana, maka kebetulan Kelab Koperasi Kembara Batu Pahat meloncong ke Indonesia lagi dan kali ini Perlancongan keagamaan; Aceh selepas 11 tahun Tsunami. Maka kami pun join ke sana sebab last time KKBP buat program babah puas hati gila sebab makan, hotel, solat semuanya terjaga dengan baik maka x perlu risau. 4 hari 3 malam disana kami; termasuk pengangkutan, bas dan kapal terbang semuanya dalam pakej seorang dalam seribu lebih aje. 

Credit goes to : WarnerMusicMalaysia
Tak tahu kenapa; lagu ini menyambut aku naik bas ke KLIA2 dan ketika
kembali ke Malaysia

Pendek kata x payah keluar duit lagi melainkan nak shopping lah. (Dan RM3 untuk bagasi di lapangan Terbang Iskandar Muda; ianya berbaloi kerana beg anda akan didaftar, diangkat dan dimasukkan ke dalam pesawat tanpa anda perlu pikul pun... x nampak pun beg anda sehingga anda sampai ke KLIA2). 

Babah kata bukan sahaja syarikat Penerbangan jangan
dibandingkan; perkhidmatan di Lapangan Terbang pun
tak sama.
Ini penerbangan pertama kami menggunakan AirAsia; adakah jauh lebih baik dari MAS? jawapan aku bagi soalan ini ianya seharusnya tidak boleh dibandingkan sama sekali... mana boleh bezakan naik tut-tut dengan teksi berhawa dingin... x boleh... tut-tut harus dibandingkan dengan labi-labi... teksi dengan limosin baru boleh jawab... Disebabkan penyakit tubuh ku, aku dah sumbat telingga aku awal-awal.. Ya, kalau terowong kat Perak tue boleh buat aku menangis rasa pekak inikan pulak kalau kapal terbang tue naik 31,000 kaki keudara...bayangkan bertapa kuatnya tekanan udara masuk ke telinga... per,,, jawapanya TIDUR... dari masuk flight...pasang talipinggang and terus tidur...take off and turunkan/sandarkan kerusi kebelakang... Lawatan ini keagamaan... maka semuanya pesara/jemaah surau... sekali pramugaranya tanyang Span Bra.. terpusing-pusing pak haji nie nak alih muka... aku yang perempuan pun malu.... saiz memang kurang 1 tahap agaknya... badan M pakai S; yang saiz S bakai SS.... 

Sampai ke Aceh, kami dijemput dengan agensi perlancongan Indonesia, Pak Wan (dia penah kerja kat Kuala Lumpu) so x hairan kalau bunyi dia lebih ke Malaysiaan dari Indonesiaan...maka senang faham apa yang dia sampaikan dan ingin kami fahami tentang sejarah rakyat Aceh... dari zaman sebelum ditimpa Tsunami (Perang Saudara antara Pemberontak Aceh Merdeka dan Tentera Indonesia), semasa tshunami dan proses pembangunan semula Bandar Aceh. 

Hari Pertama
Penat dan Keletihan

thank to the owner;angahadik.bloggers
Sampai-sahaja kami terusnya dibawa ke kuburan beramai-ramai... pendek kata..aku yang penat sebab bergerak dari Johor pukul 12malam...pukul 4 pagi check in kat klia2..sampai-sampai dibawanya ke kubur????  mula lah... tapi masa nie aku masih mampu menahan mulut ku dari mengeluarkan kata-kata kesat.... huhuhhuh...mungkin disebabkan lokasi, ini adalah tempat yang mudah dilalui dan tidak akan dilalui ketika waktu balik nanti (Penerbangan Kuala Lumpur-Aceh hanya sekali sehari iaitu pukul 7;15 pagi Malaysia ke sini dan pukul 8;30 waktu indonesia (9;00 pagi) Aceh ke Malaysia) maka kami sederkah kan Al-Fatihah; ambik gambar dan bertolak ke tempat malan Tengah Hari. Tak sampai 10 minit rasanya~ Untuk serapan pagi Hari Pertama kami ke kedai Kopi Aceh. Ada Nasi Lemak dan Kuah Lontong.... dengar aje, kami rakyat Johor nie tersenyum syukur.... hubungan baik antara kerajaan Aceh lama dan kesultanan Kedah akhirnya menampakkan hasil...tapi bila tengok sahaja... Aku tersenyum ketawa....nama sama....rasa lain.... rupa lagilah jauh. Kalau nak dibandingkan dengan rasa Johor nie memang langit dan bumi. So kalau anda singgah ke sini dan nak makan sarapan apa kata ke Bandar Aceh cari kedai roti canai Kuala Lumpur... walaupun menu roti canainya beraneka rasa... tapi roti kosongnya sama macam kat Malaysia...sebab hari pertama masih ada lidah Malaysianya lagi.

kat sana tak ada bas sangkut atau teksi;
cuma ada ini aje; macam tut-tut di Thai
Lepas makan kami terus melawat ke Pasentren Tanah Abee, secara jujurnya aku just join naik labi-labi and pakai kain sarung aje..... dengar sejarahnya sikit-sikit...ambik gambar dan kembali ke dalam bas sebab nak tidur.... rasanya cukup kalau sejam-dua pun jadilah... rasa jiwanya kosong dah macam zombi. Kami ditempatkan di Hotel Mekah disebelah kirinya Hotel Madinah dan sebelah kanannya Masjid Oman (Bantuan dari kerajaan Negara Oman) nama penuhnya aku lupa. Solat Jamak dan Qasar sebelum kami berangkat untuk lawatan seterusnya; 


Solat maghrib di Masjid Baiturrahman. Secara jujurnya bandar Aceh nie berpusing-pusing di sekitaran Masjid nie mungkin sebab itu air yang datang masa tsunami juga hanya berpusing-pusing disekitar Masjid dan tidak merosakkan Masjid ini langsung. Kalau tengokkan gambar kat galeri Masjid ini dan cerita oleh Imam mahu nangis, ketakutan.

Owner by: jocabo99
Video ini dikatakan diambil oleh magsa tsunami yang berlindung di sekitar Masjid Baitulrahman.
Ditengah-tengah Bandar Aceh. 

Hari pertama; aku hanya ingat Masjid ini dan jamuan makan petang dan malam yang sangat gila. Makan memang macam orang Korea; side dishes aje sampai 7-8 jenis. 4 orang semaje...dicampur dengan masakan utama mahu nak tepecah perut. Sangat mewah dan boleh dikatakan melampau??? kalau kat korea side dishesnya dalam pingan kecil-kecil tapi kat sini pinggannya besar... syukur semuanya termasuk dalam pakej kami tapi rasa membazir tue memang ada. Air jusnya jangan katalah~ macam minum Pati buah....buanya diblend tanpa air atau ais... dikisar aje~

Hari Ke 2
Ambil Pengajaran dari SI Mati bukan Si Hidup


Hari kedua kami mulai dengan melawat kampung-kampung yang musnah teruk semasa thsunami dimana ada yang 100%-80% dan ada kampung hanya tinggal 3 orang penduduk kampung sahaja (mereka selamat kerana mereka keluar dan bermalam ditempat lain semasa kejadian) dan melawat Rumah Anak Yatim Johor. kami bermula dengan melawat boat tersangkut di atas rumah (sebelum balik ke Hotel untuk solat Jumaat); melawat kubah Masjid di tengah sawah, makan tengah hari dan melawat Rumah anak Yatim Johor... sebelum makan jangung bakar dan air kelapa di Pantai Ulele dan solat Maghrib di Masjid BaitulRahim.
Kalau Menanam Padi pasti rumput ikut tumbuh sama; namun jika rumput yang ditanam Padi tidak mungkin ikut tumbuh sama.
Jika mencari kebaikan dan bekalan untuk Akhirat, kebaikkan dan kekayaan dunia akan ikut sama namun jika keduniaan yang dikejar, kebahagian akhirat belum tentu ikut sama.

Secara jujurnya kisah mangsa thsunami yang selamat membuatkan aku sedih dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Kuat hati makcik dan pakcik tua ini menempuh ujian dari Allah swt terhadap mereka. Bukan sahaja harta, pekerja mahupun nyawa ahli keluarga 
mereka hilang sekelip mata...kesakitan emosi dan fizikal yang kekal juga menhantui mereka hari-hari. Walaupun sudah hampir 11 tahun kejadian ini namun kesan kepada mereka jelas masih kelihatan.

Memori disini banyak yang sedih aku katakan... aku banyak kali berangkat dan menoleh ke tempat lain kerana menahan airmata dari jatuh dan dilihat orang lain. Mereka susah... sangat susah, jika Surau Taman aku nie setiap hujung minggu jumlah tabunganya menceceah ribuan ringgit. Cukup untuk menampung bayarang api dan semua keperluan ahli Jemaahnya. Disini Masjid kampung di Lampuk sebagai contoh hanya mampu memugut 119,000.00 rupiah dalam anggaran RM37.00 sahaja. Namun mereka berlapang dada untuk menjamu dan menjemput kami masuk ke sana. Rasa malu yang amat apabila dibandingkan dengan surau-surau dan Masjid-Masjid di Malaysia yang tutup aircorn atau lampu semata-mata takut dengan pembelanjaan mereka sedangkan di Aceh mereka yakin, acara-acara keagamaan membawa rezeki dari Allah swt dalam perbagai bentuk.

Hari Ke 3
Kebenaran; bukan seindah dalam Berita

Nak percaya cerita dari berita di TV atau surat Khabar, dikatanya ditapis.... dibacanya dari laman sesawang dikatakanya tipu daya penulis alam maya sahaja.... tapi bila dilihat di depan mata; hanya mampu terdiam kaku.... malu dan malu.

Kisah disebalik Asrama Anak Yatim Johor di Aceh, Indonesia..... tidak ada sumbangan kewangan sejak 7 Tahun yang dahulu. Tanahnya diwakafkan... bangunannya dinaikkan oleh kerajaan Johor zaman MB Ghani Osman (Pakcik Saudara Ipar), kemudia dijaga dan dibantu oleh Dato Fuad Zakusi (Bekas Wakil Rakyat Batu Pahat) namun selepas kedua-duanya tumbang dan tumpas langsung tidak ada bantuan selain dari orang ramai yang singgah membantu. Pekerja dari 11 orang kini tinggal 3 orang sahaja. Anak-anaknya juga telah diambik oleh pihak lain dan yang tinggal hanya seorang sahaja anak mangsa thsunami yang masih ada namun beliau juga sudah mencecah umur 16tahun dimana tahun hadapan dia juga akan keluar... maka orang Johor mencipta project pilihanraya hingga ke Aceh namun dibairkan mati kerana tidak membawa kebaikkan di dunia. Aku hairan kalau mereka berdua salurkan walau seribu sebulan; budak-budak cukup segalanya...tak perlu minta bantuan orang yang datang melawat... setahun ada berapa aje rombongan ke sana.... kalau yang sibuk duk melancong mana ada misi kemanusiannya?  Kalau kita derma seratus kat Kelantan untuk mangsa Banjir... hanya mampu membantu 1 keluarga tapi disini seratus duit anda mampu membantu sekampung.

Bila melihat kami terdiam dan masing-masing mengeluarkan duit Ringgit Malaysia dan bukanya Rupiah untuk disumbangkan; pemandu pelancong kami berharap agar kami datang lagi tahun hadapan dan membantu rumah anak-anak Yatim yang lain, bukan Johor sahaja kerana di Aceh masih banyak rumah-rumah anak yatim yang sangat daif... ada yang masih beratapkan langit dan berlantaikan tanah. 

Lawatan seterusnya ke Kapal PLTD Apung; disini baru sahaja dirasmikan muzim dan galeri tentang sejarah Kapal tersebut; hanya yang menarik perhatian saya adalah monument dihadapan pintu masuk dan kenyataan bahawa kapal tersebut berlabur diatas rumah yang mana mayat mangsa thsunami dibiarkan tanpa ditanam dibawah kapal tersebut. Jadi jaga mulut tue baik-baik dan jangan terlampau sangat diatas kapal tersebut kerana sebenarnya anda sedang berdiri atas kubur seseorang. Disini juga saya berjumpa dengan seorang mangsa tsunami yang berjaya menyelamatkan ibunya dengan mengedongnya dibelakang dan hampir lemas selepas dihempap ombak selama 7 minit; syukur selamat namun anak lelaki ini cacat. Bak kata mama; mungkin ketika tsunami air yang penuh dengan sulfur itu diminum yang menyebabkan anak-anaknya cacat bila dilahirkan.

Namun dia yakin dan berpergang pada kalimah Allah swt ini;


kami ada melawat muziam dan pusat membeli-belah namun aktiviti ini bukan kegemaranku maka kita skip aje cerita tue.


Hari ke 4
Aku nak kembali ke Malaysia

Walau politik Malaysia macam sampah sebab ada Pemimpin yang tak sedar apa yang dia dah buat.... dan lebih parah bila penjilatnya terus mengipasnya tanpa memberitahu masanya hampir tamat. Aku terpaksa tangguh semester sebab duit Malaysia jatuh menjunan namun aku masih sayangkan tanah airku. Walaupun bola sepak dibelasah 10-0 dengan UAE aku masih ada JDT untuk disokong. Syukur dapat balik ke bilik kecik ku semula.





Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat