Skip to main content

UiTM tempat untuk Melayu Bodoh sahaja?

 
Aku terbaca tweet and post tentang betapa bangsa Melayu memperlekihkan UiTM. Maka aku hanya tersenyum... sebagai budak UiTM ada kah aku merasakan benda yang sama?

Selepas tamat tingkan 5, aku menunggu kemasukan ke matrikulasi dan ternyata nasibku tiada di situ. Aku ditawarkan ke tingkatan 6 rendah sains dan aku merasakan tingkatan 6 ini telalu susah kerana tiada guru yang selayaknya mengajar dan aku ketinggalan jauh. Panggilan Diploma juga aku gagal, maka harapan aku hanya 2 sahaja sama ada apply untuk semester Dis UiTM atau kolej2 swasta yang tumbuh bak cendawan. Mungkin kerana penyakit kemurungan ku kembali... aku merasakan program 3+2 ijazah sarjana muda di USA bukanlah jalan mudah bagi aku. Selapas sesi kaunseling dan pengambilan ubat maka aku kembali stabil dan meneruskan pengajian dengan kolej bersekutu UiTM. Ya, aku anak angkat UiTM dan Yayasan Mara... hidupku ditaja Masjlis Amanah Rakyat dan aku bersyukur kerana itu. Bukan kerana aku bangsa pendatang yang kebetulan datang ke tanah Melayu sebelum merdeka tapi aku di beri peluang bersaing atas dasar bangsa. Dan peluang ke dua ini bukan murah harganya.

Mungkin pointer aku lebih baik dari yang lain maka aku ingin menyambung ke peringkat Sarjana Muda; sedangkan kawan2 metrikulasi dan tingkatan 6 telah lama merasakan alam Univ itu dahulu. Aku menghadirkan diri untuk kemasukkan ke Universiti Melaya (UM); interview pendidikan aku yang pertama. Aku selayaknya bersaing dengan bangsa lain jika berpandukan pointer dan keputusan MUET ku... aku bukan pelajar dengan gred standart tapi aku pelajar cemerlang dengan Anugerah Dekan dan akitiviti bukan akademik. Namun aku gagal... Aku gagal berlawan dengan bangsa lain.... aku terdiam dan terduduk kaku; Univ mana yang nak kan aku?Aku tak cukup pandai dan tak cukup aktif lagi... budak biasiswa macam aku nie tak laku di mata universiti lain? Akhirnya aku putus asa lagi, mujur along tolong semakkan keputusan UPU; aku dapat tahu aku diterima masuk ke UiTM seminggu lambat kerana aku hanya menyemak kemasukkan ke UM bukan Univ lain. Pegawai di UiTM membenarkan aku daftar lambat dan nama aku dimaksukkan untuk kemasukkan ke 2. Adakah aku bersyukur?

Masa ini aku juga rasa apa yang budak tue tulis, UiTM nie untuk budak bodoh sahaja. Mereka terima aku yang bodoh ini apabila tak ada universiti lain yang nak kan aku. Aku meneruskan pengajian seperti biasa jika di diploma semester pertama aku tidak dapat AD dan hanya ditahun kedua dan ketiga tapi peringkat ini AD adalah kemestian pada setiap semester. Aku nak keluar dari Univ ini untuk peringkat Sarjana. Aku dah bosan dengan Univ nie. Aku menempuh alam pekerjaan yang mana aku masih lagi dikelilingi dengan bangsa Melayu aku.. aku merasa interview di peringkat koperat di merata KL jika HR managernya budak UiTM mereka akan ambil pekerja dari UiTM tanpa was2...Aku masih di dalam kepompong Melayu.

Ketika menghadapi interview untuk kemasukkan Sarjana aku usahakan 2 Univ; UPSI dan UiTM atas dasar minat aku yang ingin menjadi pensyarah. Dan aku diterima masuk ke 2-2 univ ini. Kedua2nya Sarjana kertas kerja dan kajian berserta biasiswa. Dan aku memilih UPSI; disini titik mulanya aku belajar dengan bangsa lain...bersaing dengan mereka...dan belajar dengan pensyarah bangsa asing....di peringkat ini juga CGPA aku tak pernah kurang dari 3.6 namun untuk menjadi pelajar terbaik aku bukan dalam golongan  teratas. Aku mendengar perkhabaran rakan-rakan aku yang menyambung Master di UiTM mendapat peluang bekerja dengan syarikat Koperat dan melancong ke serata dunia...dan aku tersadai di kedai SengHeng menjual barangan buatan syarikat mereka. Sedih? ketika ini Dato'Prof aku mengajak aku menjadi panel di UPSI membentangkan kajian penggunaan Bahasa Inggeris untuk subject sains dan matematik. Dan aku juga menjadi panel dalam penghasilan rangka pengajian peringkat Diploma Pengurusan Perniagaan di UPSI; mungkin aku tak penah terbang atau dibayar gaji berpuluh ribu kerana aku memilih UPSI dari UiTM namun aku masih ada sumbangan yang besar pada bangsa aku. Aku penah luahkan perasaan ini pada Dr aku di UPSI; katanya ringkas.... UPSI tak melahirkan siswazah bergaji besar sebab kami perpegang pada fasafah "Benih yang baik dicampak ke laut jadi pulau, dicampak didarat jadi gunung" dengan kekuatan itu aku menempuh dugaan kerjaya.

Dan percaya atau tidak budak melayu ini tidak penah di nilai dengan pointer yang diperolehi nya di Univ tapi dinilai oleh apa bangsa dan agamanya.... maka aku merasakan aku menjadi pengemis ditanah air aku sendiri...sedangkan bangsa aku yang menuntut kemerdekaan tapi bangsa aku yang membiarkan dirinya dijajah oleh bangsa lain... sebab keadaan dan pengalaman aku yang takseberapa ini menyebabkan aku rasa bangsa aku memang bodoh.... dan aku juga bodoh.... aku harus ke luar negara untuk menyambung pengajian peringkat Kedoktoran aku PhD. tapi tak ada syarikat atau negara yang memandang aku untuk dibantu... aku kebuntuan, aku gagal dalam bidang pekerjaan sekurang2nya aku harus berjaya dalam bidang pendidikan tapi tak ada siapa yang sudi memilih aku yang bodoh ini berbanding bangsa lain yang bijak pandai????? kemana budak bodoh macam aku nie nak meminta peluang seterusnya... aku meruskan pencarian... kalau ada khursus yang lebih tinggi atau setara dengan peringkat Sarjana tapi tidak melebihi tahap PhD.... aku terhenti di diploma lanjutan... ianya setara Sarjana Muda.... kajian aku akhirnya terhenti dengan iklan tawaran pelajaran oleh UiTM.

Pengiktirafan pengajian diploma lanjutan usahasama kerajaan UK dan Malaysia, Biasiswa penuh pengajian dan menjadi ahli persatuan Marketers di UK yang diiktiraf di seluruh dunia. Hatiku berat... tapi ini satu2nya biasiswa.... aku hanya perlu berjaya dalam interview sahaja...dan aku ada banyak pengalaman . Ianya 1 lagi kegagalan yang besar bagi aku, aku sedih dan rasa hina di soal dengan soalan2 yang menghina bangsa dan intigriti aku sebagai Melayu Muslim..Kenapa aku kembali ke UiTM selepas menolak tawaran ketika Sarjana dahulu? aku putus asa tapi rezeki memang berpihak pada aku. Aku terdiam lalu aku berjumpa dengan Prof yang menjadi panel pemilihan biasiswa ini selepas aku mendaftakan diri sebagai seorang dari 2 calon yang berjaya. Pro Dr, "Yang, di UiTM kami tidak memilih benih yang elok atau tidak kerana kami berupaya menjadikan benih yang tak elok itu pun menjadi pokok yang subuh, besar dan kuat kelak, kami hanya nak pastikan benih itu tak mudah putus asa".

Aku terdiam, ya mungkin dulu aku berasa Marah jika ada yang mengatakan UiTM itu untuk pelajar yang bodoh (kerana jelas aku bukan bodoh) sekarang aku tidak lagi marah atau malu. Ya, UiTM memang tempat orang melayu yang bodoh dan tidak dapat masuk ke Universiti lain, tapi disini kami diberi pendidikan terbaik sehingga menjadikan kami siswazah yang bijak pandai; jika tidak mana mungkin bangsa lain cemburu akan kerjayaan siswa-siswi UiTM. UiTM sahaja yang menerima bijik benih yang tidak ada baka yang baik untuk dijadikan pulau atau gunung tapi masih mampu menjadi pokok yang subuh menghijau dengan usaha sendiri.



Kesimpulannya senang; anggap aje budak tue memang super pandai dan UiTM serta MARA tak perlu bantu dia, keluarga dia dan keturunan dia kelak. Maka kita tak akan marah, dia hanya mengeluh ttg rakan sekerja dia yang malas...tapi dia menyalahkan UiTM dan MARA itu sepatutnya dijadikan kajian kerana kini guru,sistem pendidikan di Malaysia, ibubapa dan sifat serta peribadi manusia bukan lagi faktor sebaliknya budak nie begitu specifik mengata UiTM menerima pelajar bodoh dan akhirnya menghasilkan pekerja yang pemalas. Tentu kajian budak ini di lakukan secara tulus dan dalam julat yang besar. So, student sains sosial dan ada satu lagi tajuk menarik untuk kajian mereka... UiTM menerima pelajar bodoh dan menghasilkan pekerja yang sentiasa mengeluh di Malaysia. Kemudian kita bandingkan dengan hasilan Univ2 lain. baru kita sangkal idea budak nie dan perbandingan secara rasional boleh di lakukan dan para penal yang terdiri dari para cerdik pandai dapat mengelurkan kenyataan yang tepat dan bukan sekadar hati yang marah kerana diumpat rakan sekerja yang lain.

Comments

ray said…
Assalamualaikum Dik...(sorry cos sy rasa awk byk muda drpd sy)..

To be frank...aku suka baca write up ko yg ini.
mmg betul ITM (masa aku masuk sini dlu ia dinamakan sebegitu) menerima biji benih yang tak elok tapi dengan izin Allah, ia mampu menjadikan benih yang tak berapa nak elok itu menjadi pokok yang subur, besar dan kuat..sepaling tidaknya dapat menghasilkan oksigen yang dapat dimanfaatkan oleh manusia, haiwan dan tumbuhan yang lain. :)

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat