Skip to main content

Kulit Terbakar... tahap 1; cara mengubatinya

Entah apa kena dengan aku, sepanjang hidup nie lah 1st time masak daging burger boleh melecur di tangan dan leher (sebab nak elak muka... minyaknya kena bawah dagu dan menitis kepangkal leher). Tapi sebab aku nak selamatkan anak buah aku dan nak yakinkan serta beri dia keberanian untuk masak... aku cool down, keluar dari dapur..ambik air sejuk dan tuamkan pada tanggan dan leher.. sambung masak, dah hidang and anak2 buahku dah start makan... baru aku meraung dan cari ubat. Tapi kat post nie aku nak cerita cara mengubati kulit yang mati disebabkan terkena haba dan pastikan tak ada parut yang tinggal. Better kongsi dari hadam sorang-sorang, lagi2 yang ada sakit kencing manis... bukan semua ubat boleh jalan and kalau x dijaga..bernanah dan paling teruk daging kat badan dah mati dan perlu dibuang...Jauhkan~

Terbakar Tahap 1/ First Degree Burn
Sumber dari: dwiratnaelwafaa.blogspot.com

Punca-puncanya; 
(1) Kulit terbakar akibat bahang matahari (Sunburn)
(2) Melecur pada tanggan, muka atau anggota badan pada sekala rendah diakibatkan oleh pecikan cecair panas, seperti minyak, alatan berhaba, air/wap panas dan sebagainya
(3) Renjatan Electrik/ Voltan bersekala rendah

Mengenal Pasti Tahap kebakaran pada kulit:
1. Pastikan berapa dalam kesan kebakaran pada kulit anda. Adakah kesan melecurnya sehingga menampakan daging atau sekadar lapisan epidemis sahaja.
2.  Adakah saiznya besar atau terkena pada bahagian yang sensitive seperti mata, hidung atau mulut
3. Ianya tidak menunjukkan kesan sampingan seperti kesukaran bernafas atau menelan

Langkah Utama/ Asas:
Jangan sapu atau tuam dengan air sejuk atau minyak (apa2 barangan/produk berasaskan minyak) pada kulit anda... Tapi aku letak air sejuk pada kawasan terkena minyak...hasilnya kemungkinan kulit mati tadi mengelembung... cara yang bijak adalah sapukan cecair dari pokok lidah buaya kalau x ada carilah barangan yang berasaskan lidah buaya...jangan sesekali guna Syampu rambut...kulit menjadi sensitive apabila terbakar dan akali pada Syampu akan menambah tahap kebakaran pada lapisan kulit yang terdedah. Tuam kawasan luka tadi selama 5-15 minit sahaja, untuk mengurangkan kerandangan pada lapisan kulit. Kalau x ada Pokok Lidah buaya, air pun boleh digunakan namun bukan Air Sejuk.

Biarkan ianya kering dengan cara semulajadi, proses untuk kulit sembuh akibat kebakaran tahap 1 memakan masa selama 7-20 hari. Kulit akan hitam, mengelupas dan sembuh. Namun jika kulit anda semakin teruk sila rujuk doktor.

Okey, itu cara paling suci.... sekarang cara memendekkan tempoh sembuh kesan terbakar pada kulit.


Rawatan Alternative:
Kulit Terbakar akibat Matahari
1. Timun
Paling senang... masa sekolah dulu bila balik latihan kawad kaki... benda pertama yang dibuat adalah basuh muka..baring..gosok buah timun yang telah dihiris halus pada kulit muka.

2. Sunblock SPF 300
Dah namanya duduk kat Malaysia... sebelum keluar pakailah krim sunblock... tapi pastikan tahap ketebalannya melebihi 300 kalau x membazir duit aje... kita bukan duduk kat Eropah Matahari malu2 nak keluar.

3. Lebihan makanan yang mengandungi vitamin E
Makan buah betik, sayur bayam dll yang ada banyak Vitamin E untuk sembuhkan kulit.

Melecur/Renjatan Electrik/ Voltan bersekala rendah
1. Sirum/Krim Pemutih
Ini yang aku selalu buat... dalam masa seminggu semua kulit kembali pada asal. Kulit yang mati akan cepat tanggal dan kulit yang baru akan sekata dengan warna kulit sekitar nya. Tapi kena pastikan kulit anda tak sensitif dengan ramuan kimia yang lain pada krim pemutih, paling bagus kalau ada sirum asali.

2. Minyak Gamat
Ini kena betul2 faham... sapu minyak gamat selepas kulit yang melecur tadi dah x sensitive lagi... bukan pada saat kena atau sejam selepas kejadian. Bila kulit dah tak sensitive pada haba lagi baru guna minyak gamat, tapi aku selalu guna bila kulit yang terbakar dah mati sedang tertanggal. Kerana tak nak ada rasa gatal2 yang menyebabkan aku mengaru dengan tidak sengaja.

3. Kapur
Pertua nie sama aje kalau kena gigitan serangga. Cuma kena ambik perhatian...akan ada kesan sampingan bila guna Kapur Sireh nie...rasanya akan disedut dengan kuat...kalau sensitive... mahu meraung lagi kuat sebab sakitnya 2 kali ganda... tapi anda x akan mengalami kulit yang menggelembung kalau guna pertua nie tapi saya sarankan jangan...sakit oiii~


Walaupun semua orang nak hilangkan bekas kulit yang terbakar... aku sedih bila kulitku sembuh dari kesan terbakar kena iron. Bukan apa itulah kenangan terakhir aku dengan arwah abang yang geram melihat aku malas menggosok baju sekolah....dia gosakan baju sambil membebel dan aku terlompat2 atas katil... hinggalah aku terjatuh dan iron terkena pada tangan aku...1cmx2cm aje kesannya.. aku tak menangis sebab aku sendiri yang salah... kesan tue ada hingga aku ke Univ..aku biarkan..x sapu ubat pun... dibiarkan..tapi selepas 10 tahun... ianya hilang sendiri...aku juga harap kesedihan kehilangan abang akan hilang juga satu hari nanti. Ketakutan tue masih tebal.

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat