Skip to main content

Troli Halal and troli Haram; 'Wang kertas pun kena samak juga' - Netizen???? Samak? Sertu tue perkataan yang betul!

SubahanaAllah.... manusia akhir zaman

Secara jujurnya aku terdiam membaca berita di Astroawani dengan tajuk yang hampir sama di atas dimana alasan ini digunakan untuk menolak cadangan troli halal. Ya, aku bukan orang kuat agama yang nak menerangkan menggunakan dalil2 kukuh namun bila manusia yang mengaku umat Islam mengunakan dalil Islam itu Mudah dan bukan menyusahkan... maka aku malu dan malu.

Islam itu ajaran kehidupan, bukan fashion bukan trend bukan sebab asakan masyarakat.
Islam itu sempurna yang tidak sempurna itu adalah MANUSIA.
Ayat pertama yang diturunkan Allah swt ke Nabi Muhammad saw, adalah "Bacalah"
(Gambar sekadar hiasan)

Kenapa? mungkin pembaca blog nie hanya tahu aku bekerja sebagai bekas manager kedai elektrik tapi aku mempunyai pengalaman paling lama sebagai manager bahagia Produce (barangan segar) di 2 gergasi Retailer di Malaysia dan kedua-duanya bukan kepunyai orang Malaysia. Kalau Jusco yang dipunyai oleh bangsa Jepun mengamalkan dasar troli haram dan halal, kenapa kedai retailer yang dikuasai oleh bangsa Malaysia tak sensitif? Carrefour di Selangor juga amat sensitive dimana 4-5 Cawagan mereka langsung tidak menjual barangan yang tidak halal. Mereka tidak menggunakan istilah susah? menyusahkan?  tapi kau yang Islam kata ianya menyusahkan? siapa yang mengamalkan perlakuan Islam disini? tak ada yang menyusahkan sebab nya adalah pilihan? Kalau mereka lakukan ianya bagus dan harus menjadi pilihan pengguna ISLAM YANG MENGAMALKAN CARA ISLAM, bukan yang mengaku Islam semata-mata, kaum nie terpulanglah mereka nak buat apa. Ingat, menjalani kehidupan sebagai warga Islam yang sebenar adalah WAJIB, mengamalkan hukum dan menghindari larangan adalah WAJIB, namun ianya menjadi fardu kifayah untuk menyediakan pilihan/alternatif kehidupan (contohnya; tidak wajib belajar memandikan dan menyolatkan jenazah muslim yang lain namun hukumnya jatuh berdosa jika tidak ada seorang pun dikalangan penduduk kawasan tersebut tidak melaksanakannya ke atas jenazah Islam sehingga ianya terabai) .... maka jika diberi pilihan tidak ada sebab orang ISLAM perlu memilih menjalani kehidupan yang dalam was-was...ada pilihan...memberi pilihan...menyediakan pilihan..maka jangan nak berdalih di depan Allah swt kelak.

Orang yang Jahil tidak ada ubatnya kerana itu  Allah swt meminta kita mencari Ilmu.

Ini adalah kes yang biasa berlaku, untuk daging basah yang haram di jual di pasar raya. Retailer akan menyediakan bilik/ bahagian khas untuk mereka membeli dan membayar secara langsung dalam kawasan terhad namun keEGOan pembeli ini, mereka menggunakan alasan lupa ..Ya, LUPA untuk membayar di kaunter khas dan menggunakan bakul/troli biasa untuk mengangkut dan membayar dikauter biasa. Adakah anda perlu melakukan sertu jika barangan terkena najis muhalazah? Lagi satu...samak???? tue untuk kulit binatang yang halal dan disembelih dengan cara yang betul untuk digunakan sebagai alatan...itu samak....benda yang terkenal najis berat (Muhalazah; mana-mana bahagia/anggota binatang yang haram) orang Islam kerna Sertu... kalau Istilah pun tongang terbalik, kau kata wang kertas kena samak???? kau buat duit pakai kulit lembu, sampai kena samak???? (bodohnya~ Maaf mungkin ayat nie kasar...patut tulis Jahilnya~ ) geramnya Aku membaca... asasnya pun kau x pandai, tapi kau nak menidakkan kebersihan yang menjadi sebahagian dari Iman, orang Islam? Pengguna Islam ada hak. Kalau pelanggan yang EGO ini boleh beli daging Haram yang basah dah air yang keluar dari bungkusan itu mengalir pada kawasan kaunter bayaran...sebagai perlanggan Islam yang melihat dengan JELAS, adakah wajar retailer ini membiarkan atau sebagai Islam kamu diberi pilihan untuk meminta pekerja kaunter itu menyertu kawasan tersebut serta merta sebelum membuat bayaran? atau berlalu pergi?

Ini hak Pengguna Islam, kami berhak mendapakan kedai yang mesra pengguna Islam dan kami jugak berhak untuk meminta kedai-kedai yang beroperasi di Negara Islam untuk menghormati keperluan kami... jika tidak kami juga berhak untuk tidak membeli di kedai-kedai tersebut. Mudah...sebab Islam memberi manusia pilihan...untuk mengamalkan atau ambik mudah...sebab ganjarannya lain-lain, Pahala atau dosa....Syurga atau Neraka... tapi yang paling cepat kesannya adalah keberkatan hidup didunia nie.

Ada yang kata, kalau dalam troli penuh sampah kenapa nak cerita pasal kebersihan? Jadi kenapa nak cerita pasal halal dan haram? Islam itu memang mudah, itu konsepnya...asasnya hanya Solat, bila melakukanya maka akan ada perasaan sayang akan pahala yang dikumpul.(guna tenaga tau solat..bukan yang wajib aje nak buat...yang sunat..nak kumpul berjemaah..kena ke surau dll)..jika buat dosa..akan terhilang pahalanya...sedikit demi sedikit... maka jika dia adalah mukmin yang sejati, nercaya kebersihan itu adalah rutin kehidupannya...itu yang kita contohi, bukan manusia yang mengaku Islam tapi masih pengotor...dan paling memalukan bila ada orang yang mengaku Islam, merasakan pengotor itu adalah Islam? Itu sifat manusia, itu pilihan mereka. Jadi kenapa orang Islam lain dinafikan haknya hanya kerana sifat pengotor manusia?

Ingat, Allah swt memaafkan jika anda tidak mengetahui akan sesuatu yang diluar batasan kemampuan anda. Maka tak perlu risau wang/troli itu perlu di sertu atau tidak kerana anda tidak mengatuinya selain dari mana anda memperolehinya. Jangan jadi jahil..pergi belajar...luangkan masa mencari tok guru bukan dengan internet semata-mata. Dan kepada yang mengeluarkan kenyataan umpama Jahiliah ingat lah...   jauhkan diri anda dari 3 ciri manusia yang  Allah swt mungkar; munafik, fasikh dan kafir... dan tolonglah aku tak mampu nak taip bab-bab agama nak terangkan sifat2 3 kaum nie.... aku pun belajar dari tok guru dan bertanya... menyelidik...mengkaji...Al-Quran itu panduan maka gunakanya untuk kepentingan ke Syurga bukan Duniawi sahaja. 




Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat