Skip to main content

Bila di Jodohkan....

Bila dah menjejak umur 30'an nie banyak sangat soalan yang ditanya? tapi jarang orang ambik masa untuk mendengar luahan hati dan masalah.... Ah, manusia...lebih lagak bila anaknya lebih berjaya...

nak dijadikan cerita, salah seorang Prof. aku dengan bersehaja menjodohkan aku dengan anak buahnya. Gara-gara aku mengaku cemburu apabilah Lecture aku yang berstatus ibu tunggal dah nak masuk kali ke 4 nikahnya.... sangat laku Puan aku tue.... secara jujur aku menjawab... Ya, aku cemburu dengan dengan status mereka yang dah berkahwin dan lagi cemburu bila mereka bahagia, aku bukan cemburu sehingga tahap ingin merampas kebahagian mereka tapi aku cemburu kerana aku tak ada peluang merasainya...itu sahaja...mungkin Prof aku kesiankan anak buahnya yang kini bujang dan keseorangan menjaga ayah tanpa ibu yang telah meningal. Niatnya baik...mungkin... tapi masih ada ke lagi logiknya bila aku dijodohkan bukannya mencari dengan sendiri?

Pada mulanya aku ingat ceritanya pada aku hanya sekadar cerita-cerita kosong seperti mana aku selalu bercerita padanya... biasalah bukan senang nak jumpa orang Johor kat UiTM nie. Tapi bila Prof, sms aku dan bercerita tentang niatnya.. aku terdiam... kalau aku biarkan sahaja nanti dikata aku sombong/pembohong tapi jika aku balas rasanya macam aku pulak yang gatal.. seba salah...  tapi bila difikirkan secara logik dan bukannya perasaan.....so, aku balas...sebab kalau benar yang diberitahu Prof aku.... anak buah dia tak akan add aku pun.. mana mungkin PhD holder dengan kekayaan dan kerjaya yang jauhnya antara langit dengan bumi dengan aku nak add dalam FB jatuh maruah dia...inikan pulak bila makcik yang sibuk2 nak jodohkan... hahaha...aku tersenyum,,,, tapi sekurang-kurangnya bukan salah aku sebab x mencuba.... sebab aku dah menjawab soalan Prof. aku tue...mungkin kelak bila ditanya mama, soal jodoh.... mama tak boleh marah, cerita nie bagus sebagai bukti aku penah berusaha..... dipendek kan cerita, apa sebenarnya perasaan apabila anda dijodohkan?

Bagi aku....perasaan di Jodohkan selepas hidup lebih 30 Tahun:


1. MALU; malu sebab orang lain merasakan aku perlukan pertolongan....senang cerita EGO mengusai diri. Kenapa Aku? ramai lagi yang bujang terlajak... tapi secara jujurnya apabila difikir secara logik ianya bukan kesalahan dan kenapa perlu malu? Jika kelak anda dijodohkan...mula2 buang sikap Malu... jadi orang yang ingin tahu. Kerana orang yang anda kenal adalah dalam ruang lingkup kehidupan anda sahaja tapi bukan dari kumpulan lain.... mereka bukan rakan sekolah, rakan Univ mahupun rakan sekerja... it a new world.... it scary but their are probability it will be a romantic place...

2. TAK SUKA: bohonglah kalau dah cecah 30 tahun nie anda tak ada pengalaman bercinta... kalau tak ada sekali pun...mungkin ada perasaan mencintai (cinta bertepuk sebelah tangan)...kalau bukan dengan lelaki yang anda kenal pun mungkin dengan Artis kesukaan anda.... ooo... ianya pengalaman pertama ku...aku penah putus cinta bila abang angkat aku berpaling tadah....tapi kalau di ikutkan cerita cinta aku, mungkin kawan karib ku, Yut akan lebih hairan kalau aku tak jumpa lelaki yang di 'jodoh'kan oleh kawan-kawan/orang luar sebelum menolak cinta/salam persehabatan mereka sebab aku merasakan bukan satu kesalahan besar untuk berjumpa..kalau dia bukan berjodoh sebagai suamiku tapi dia mungkin berjodoh sebagai 'conection link' bila aku memerlukan bantuan/nasihat... tapi secara jujurnya aku TAK SUKA bila dipaksa rela dijodohkan sebab mana mungkin kawan-kawan kita cukup pasti pilihan mereka sesuai untuk kita? Aku dah cuba jodohkan kawan baik dengan ramai kawan lelaki aku tapi akhirnya semua temu jodoh dengan orang lain... dan kawan baik aku pun bakal kahwin dengan pilihannya sendiri... Aku tak pandai jodohkan orang mana mungkin orang boleh pilih untuk aku?...so TAK SUKA~ 

3. Pilih 1 dan kekal dengannya; IKUT AKAL ATAU EMOSI. Bila anda di'jodoh'kan oleh orang lain.... pilih salah satu pilihan ini dan kekal dengannya. Ini adalah kekuatan aku dalam mencari Jodoh dari Allah untuk mencari Imam ku yang halal. Aku akan pilih salah satu dan bila aku sering bertukar antara akal dan emosi maka aku tahu hubungan itu akan gagal. So, better gagal sekarang dari bercerai berai... better mencuba dan gagal dari tidak mencuba dan menyalahkan nasib. Kalau dari awal anda menggunakan logik akal...timbang tara...baik dan buruk...perasaan orang sekeliling..... ibu bapa anda dan dosa serta pahala... kekal dengan pilihan itu jangan tergerak menggunakan emosi apabila membuat pilihan kelak.

4. KEEP LIVE. Jika anda ditolak bulat-bulat macam aku nie.... better kita kekal positive and teruskan hidup... secara jujurnya aku bukan cari anak golongan bangsawan atau hartawan.... cukuplah sekufur denganku.... kalau dah ditakdirkan aku bujang hingga akhir nafasku mungkin itu adalah keputusan yang terbaik Allah swt berikan. Hohohoho~


Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat