Skip to main content

Lirik lagu yang buat aku terdiam dan ketawa kat diri sendiri.

First aku dengar lagu nie masa aku balik kerja kat Melaka dulu, dalam pukul 11.30 mlm (aku kerja 13jam sehari tau). Aku terdiam...lepas tue gelak sorang-sorang...per puitis sungguh ayat tue.. mmg kena dengan muka dan hati aku sekali... manusia.. and that why I thinks this guy is genius.....

kenapa? sebab tue lah aku nak tulis;

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
kalau manusia biasa, kita akan kata manusia yang cetek otaknya bak katak dalam tempurung, tapi kalau bodoh sesanggat? dalam tempurung yang terletak bawah kotak yang ditutup dek kopak yang letaknya di teratak yang jauh di hujung kampung... per..ini kes manusia bodoh yang dah tak mampu nak ditolong lagi... Jauh akalnya berada..(teringat kes aku kena buli ramai2 masa zaman Diploma kat YM; ada 10-15 org siap bawak kamera rakam perbuatan buli diorang kat aku dalam bilik; maki and hina aku...akhirnya 8 dari mereka dibuang pengajian... samalah tarafnya dengan katak kat lagu nie)
* masa nie aku gelak kat orang
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
okey sampai rangkap nie, aku mmg terus angkat tangan tanda tak faham, and mintak penjelasan kat Malik... tapi bila aku fikir balik baik2 ayat tue.. rasanya luahan dari seorang lelaki (atau suami) tentang hak dan suaranya; diminta lain tapi dilaksanakan lain sehingga terasa lebih baik ditanam hidup2... Per.. geram kan kalau ada manusia bodoh yang tak faham2... bila selesai 1 hujah akan keluar lagi hujah yang lain....lagi geram kalau hujah datang dari kejahilal mindanya....per~
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Nie mmg kata2 manis buat manusia yang ego dengan kebodohannya yang nyata.
Aku maafkan kamuTak perlu kita bertemuCukup kau tahuYang akuMaafkan kamuTolong teruskan hidupJangan sebut namaku
Rangkap nie buat aku gelak semula.. Nie aku jawap; Ya..Ya.. aku pun dah maafkan manusia2 yang bodoh tue, tak perlu risau tentang tue sebab aku nak tidur lena setiap malam...cuma aku harap x payah lah nak jumpa lagi..kalau jumpa pun tolong jangan tegur... aku malu kenal manusia macam tue...
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Terus aku terdiam bila aku dengar baik ayat nie... aku masih berdendam ke? walau aku dah niatkan dalam hati nak maafkan manusia2 yang jahil nie?

Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Ya, aku agguk kepala lagi... ini aku sokong...betul...dan aku harap sesanggat anak2 buah aku nanti bukan macam nie...nak kata anak sendiri sampai lah nie aku tak ada calon suami pun...so x payah letak harapan tinggi2..doa kan aje anak2 buah aku; cukup...biar mereka cukup kasih sayang dan penuh ilmu di dada sebelum bersuara mengaibkan orang lain.
Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
Masa nie aku mula 'terasa' sikit, orang yang ada ilmu seperti aku nie ada juga perlu nya bersuara... kadang2 aku merasakan berdiam dan berfikir lebih baik dari melawan mereka yang bijak berbicara tapi kosong isinya...menghafaz fakta dari menghayati pengalaman...per terdiam kejap... biarkan aje mereka nie.. sebagai manusia aku perlu membantu selagi boleh, tak perlu jadi sarjana jika aku duduk diam melihat orang lain mengotak katikkan diri aku... tapi sekarang aku hanya mampu tersenyum dan masih berdiri diam melihat kebodohan mereka tanpa melawan... sebab aku rasa ilmu aku masih cetek hingga kini.
Bagus lagu yang mengingatkan manusia seperti aku... mula2 menyindir, meluahkan perasaan, dan akhirnya ianya berbalik pada diri sendiri...
Sumber lirik:
http://myliriklagu.com/lirik-aku-maafkan-kamu-malique-jamal-abdillah.html#ixzz2VyBTOxkZ

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat