Generasi 1 hingga ke 2; handphone |
Okey, adik aku and kawan baik aku dah cukup duit nak beli handphone baru lagi...So, seperti biasa aku akan di bawa bersama dan diminta untuk memberi nasihat dan berborak bodoh dengan jurujual tue agar harga dapat kurang atau paling tak pun hadiah percuma yang kami dapat mesti lebih dari 5 jenis. Inilah gunanya pengalaman jadi Branch Manager kat Sengheng dulu digunakan dan ditunjukkan hasilnya...Ya,lah kalau aku kata aku jurujual yang dalam ketegori A, semua macam tak percaya (Monthly sale more than 120k individu)....cuba bayankan yang dapat A+??? huhuhuhu... tapi bukan itu tujuan aku tulis enteri nie tapi... aku tak boleh di pikul dan diarak oleh semua kawan2 kat luar tue; so, ikut pertua simple aku nie dan mungkin anda tak tertipu dengan jurujual handphone kat kedai tue...
PERHATIAN!! nasihat and tips nie bukan ditujukan kepada kaum Lelaki yang rasa dia lebih bijak dan mengetahui semua pasal teknologi handset nie tapi untuk kawan2 perempuan yang nak beli handset yang terbaik untuk mereka dan agar mereka tidak di tipu..atau lebih teruk selepas setahun dia beli tapi masih tak tahu applikasi tambahan yang ada kat handset dia
1. Aku cerita pasal Kedai Official Dealer bukan EP set;
Okey..sebab harga mmg boleh kurang dari RM500-RM700 dari harga original set di pasaran..and nak bezakannya pun mudah.. just buka isi belakang handset anda and lihat aje pelekat keselamatan nya.. HTC, Samsung, Nokia and etc... semua ada kat Website masing2 untuk semak.. and jangan takut kalau anda beli Samsung kod keselamatan dia tulis Made in China okey..sbb..Samsung pun dah buka kilang kat China..maka made in China kecuali 1st branch new model itu anda akan dapat"Made in Korea"(official dealer aje akan dapat...dulu sengheng pun dapat set nie tapi sekarang Syarikat Komunikasi seperti Maxis dan Celcom dapat dulu... kalau nak pergilah rebut masa Perlancaran handset baru..dalam seribu unit aje ada atau kurang bergantung pada model tersebut..masa zaman S2 dulu lebih dari 100ribu units Made in Korea sebelum Made in China masuk pasaran Malaysia)
2. Tujuan Utama dan sampingan kena tetap:
a) Features
b) Technical Specifications
c) Extra items (Warranty, After sales service, assessor)
Jangan bayar harga yang tinggi untuk applikasi yang tidak digunakan. |
macam mana nak tahu; apa yang anda nak? and apa yang anda perlukan? atau apa yang basic perlu ada kat handphone tue? tapi kebanyakkan yang datang beli handphone nie selalunya 80% sebab nak paling latest and paling mahal??? atau pendek kata nak ikut trend..sekarang trend handphone size besar 5'' ; 4G receiver and no1 jenama pujaan hati rakyat Malaysia adalah Samsung. Yang lain seperti HTC...Sony...Nokia..BB..Apple and etc. kurang dapat sambutan tapi kalau anda pengguna yang membeli ikut keperluan dan bukannya trend...anda akan tahu yang Samsung hanya gah atas nama dan banyak applikasi yang adalah ambik idea company lain dan di olah sikit...and mengakur dia punya.. sbb tue Apple suka saman Samsung...kalau HTC atau LG...Samsung dah awal2 bayar paten mereka..abis cerita~ (baca journal business bukan baca novel aje... huhuhuh)
Pembeli tegar atau pengikut jenama yang setia... Orang yang selalu tukar handphone macam aku nie (Setiap 3 bulan tukar..tapi tue dulu..sekarang aku tukar setahun 1 kali aje) selalunya kami mmg pilih ikut tujuan utama dan bukannya trend.
# Tips 1; Kat kedai tue pastikan anda ada ilmu sikit pasal nama model; and extra features dia... jangan tunjuk anda bodoh...apatah lagi..jakun ( ayat org Johor; x pernah nampak barang)...tanya soalan2 asas; seperti
Berakhir sudah hikayat Ericsson |
- Internal Memory; kalau 16GB ke 32GB hebatlah tue tapi selalunya 8GB aje.(Simpan Fakta nie untuk dapatkan free Memory Card nanti)
- Processor/OS; juga penting; sama ada anda dah biasa dengan Android and tak nak guna iOS atau sebaliknya..ingat belajar lah atau biasakan diri anda dengan nama versi Android seperti Ais cream Sandwich; Jelly bean etc atau tanya aje versi berapa nie? 4.1.2 ke??? ada handphone yang OS boleh di naik taraf tapi kalau rosak; void software warranty anda!!!! ingat tue~ (banyak handphone Samsung yang di pulangkan semula tanpa dibaiki ke kadai selepas dihantar untuk baik pulih sbb nie)
#Tips 2; Jangan tanya pasal harga seawal perbualan anda.
- tanya Promisi hari nie ada? itu di galakan tapi kalau terus letak harga... Jurujual tue akan tarik muka atau senyum kat anda (dalam otak dia; anda mesti tak ada duit and just nak servey aje..mulalah dia akan layan anda endah tak endah aje)
- ingat anda ada kuasa menentukan harga... melainkan anda beli secara ansuran..susah sikit..interest aje dah cecah 5%...belum extra warranty and assessor lagi; jurujual tue masukkan dlm bil anda!!!
#Tips 3; ini yang aku suka buat... You punya Tau-K mana?
- Kalau dia jawab ada, sana...aku akan terus pergi kat bos tue utk dia layan aku... tapi jika anda tak ada keyakinan tinggi; maka anda pusing2 kat kedai tue cari jurujual yang anda rasa senior kat kedai tue and dia mudah di bawa 'berbincang'... kalau aku pulak tak ada boss aku akan cari Jurujual yang paling terdesak nak buat sale... huhuhuhu...ini paling senang...lagi2 budak muda..macam lepasan SPM..tapi jangan haraplah mereka akan bantu anda untuk features2 yang cangih tue.. dia orang pun x tahu..tapi anda kena ingat nota ke-2; anda dah ada tujuan utama.. sekarang hanya nak dapat harga terbaik atau sebanyak mungkin free give... sebab Boss aje ada hak nak keluarkan free give and kasik harga staff kat customer biasa (Aku Boss aku tahulah..kadang2 aku pun kalau beli barang Samsung tapi aku request HTC punya earphone; jangan mintak free game..tapi mintak free 3D game yang berbayar tue free) atau boss akan beri hak istimewa kat jurujual2 baru nie supaya dia ada customer...
LG mempunyai teknologi screen yang canggih namun keupayaan dan kepercayaan rakyat Malaysia pada jenama nie amat menyedihkan. walaupun screem iPad di buat dari kilang LG sendiri. |
#Tips 4: selepas anda bincang dan setuju dengan harga (note 1 dah beritahu; harga barang original mmg tak jauh antara 1 sama lain; paling2 pun RM150-100; selalunya diskaun RM50 untuk promosi tertentu..kalau Apple lagilah jangan harap) so...kalau pujuk pun anda akan gagal sebab sebagai jurujual pun kami hanya ada margin sehingga 3% untuk tolak harga jualan....kesian budak2 tue nak makan apa? gaji basic RM900 aje tolak EPF and SOSCO; sewa motor and minyak nak makan apa gaji RM400 sebulan... maka janganlah jahat sangat nak diskaun tue ya.. Doa orang yang teraniaya di makburkan Allah... kita cuba dapatkan free give aje...jangan makan duit upah budak2 tue
- MESTI DAPATKAN SECARA PERCUMA;
1. Secreen Protector
2. Cased Phone
3. Memory Card
dan tambahan..(ini masanya anda guna semua ilmu dan kekurangan handphone yang anda beli tue dengan accessory tambahan) 4. Power Bank 5. Extra warranty 6. Earphone extra 7.Excutive Bag 8.Key-chan (yang mahal sikit..jgnlah harga RM2 aje) 9. Discount Coupon 10. Point Card (Fav. mama) 11. Apa sahaja yg anda nampak kat kedai tue yg harganya lebih murah dari handphone anda
#Tip5: Pastikan anda ada namecard jurujual tue.
-Setiap 50 unit jualan 3 handphone akan mengalami masalah sehari selepas jualan dan di pulangkan. Sebagai pengguna anda ada hak untuk memulangkan barang dalam 7 hari dengan berserta resit ( aku ada 2 kes makamah tribunal pengguna masa kerja dulu; and ke2-2nya Sengheng kalah and pengguna menang) Maka jangan yakin anda tak akan ada masalah walau pun anda beli kedai original... sentiasa waspada and kalau anda extra warranty mmg bagus... aku sendiri kena bila Sony aku tiba2 padam; aje...screen rosak..LED mana tahan jatuh so hantar service..Sony.ganti screen baru and FREE sbb dalam masa waranty. ^^
-Call and ganggu hidup dia sampai handphone anda yang rosak tue diganti baru kalau lambat sangat dibaiki....
tue aje...nak kongsi.. baca nota nie kalau nak maklumat tambahan.. aku ada nota siap dengan pro n contra setiap jenama and model tapi rasanya ada ektika sbg penjual yg perlu dijaga.. so nie aje di kongsi:
https://drive.google.com/file/d/0BwiB3d1-LH-TMlNSZVcwOVB4cmM/edit?usp=sharing
Comments