Anda mukin rasa benda nie kes remeh.. tapi disebabkan aku nie mewarisi darah dan penyakit alahan yang agak sensitive pada persekitaran dari babah; maka aku dilanda penyakit kulit yang agar teruk disebabkan oleh kutu kucingku yang semakin berluasan di dalam bilik aku yang kecik; gelap dan lembab tue.. Ya; aku ada 2 bilik lain yang boleh aku gunakan tapi aku nie lain sikit... orang duk tidur dalam bilik berhawa dingin; aku hanya tahan dengan kipas aje untuk tidur lena... besar??? aku tak berapa minat; lagi kecik lagi bagus.
Nak dijadikan cerita; kucing aku dah sebulan lahirkan anak kucing yang baru; masa kecik baby tak lah teruk sanggat... tapi bila dah sebulan nie; anak kucing aku dah ada kaki yang kuat untuk berjalan2 di sana sini..maka kutu mereka pun samalah berjalan kesana-sini..lagi parah Kucing aku nie; siap naik tingkat atas dan pilih bilik aku untuk dijadikan kawasan perumahan tetapnya.... bila aku star kena gigit dan luka berpuluh2 tempat dari tapak kaki; badan; tangan dan muka.. maka peperangan di istiharkan berlaku. Kepada anda yang sama2 kena; sedang atau bakal bergaduh dengan kutu kucing nie; ikut #tip-tip menangkap; membunuh dan menghapuskan mereka... Jangan beri muka pada mereka!!!!
# Tip 1: Kenali musuh anda
Nie Rupa kalau dibesarkan 100x dari saiz asal. |
Nie saiz sebenar: kecik aje tapi kalau kena gigit bukan calang2 |
So; bila masa sesuai untuk bunuh atau hapuskan mereka nie?
Setiap stage; cara yang bekersan adalah berbeza. |
#Tip 2: Cegah sebelum Parah
Free Vs Paid
Mama kata" Kau dah macam mak monyet lah pulak" |
Ya; aku duduk kat laman kutip sekor2 kutu kat badan si Neneng tue; tapi badan Cik susah sikit sebab bulu dia warna hitam; so mustahil dapat tangkap.. percayalah..kutunya sangat halus dan suka melompat.. bila dah lompat kat baju anda..maka jadi lah macam aku..comfirm kena gigit
Tiap2 minggu; kena sikat bulu dia... Sebab kalau Cik dia rajin jilat badan dia tapi Neneng permalas tahap gaban so sebagai tuan dia aku jadi 'kadam' sikat bulu dia |
Mandi kan dengan syampu kucing khas; dulu aku mandikan sebulan sekali aje tapi bila aku dan semakin parah.. seminggu sekali...bila geram..lepas mandi aku tak keringkan.. biar dia basah and halau ke luar rumah. |
Rumah nie ada 1 aje sangkar; dulu si Cik and Neneng boleh kongsi sekarang bila ada Yellow and Ugly mana muat; so aku lepaskan lah ke 4-4 nya berkeliaran dalam rumah. Kucing aku pondan; tak gerti bergaduh and mmg duduk umah 24/7... paling parah suara pun tak ada...tapi Cik gatal.. ge kerja kucing Jantan; so dia lah pembawa/penyebar kutu2 kat kucing2 lain.
# Tip 3: Dah Parah; Sedia untuk berperang!!!! Berperang!!!!
1. Pada kucing anda;
Kalau mandi pun dah tak jalan maka; bedak/racun serbuk pembantunya
Anda ada 2 pilihan; sama ada anda nak pergi jumpa Doktor haiwan atau anda pergi kedai racun and anda tanya kat apek tue racun untuk kutu kucing... kalau tak ada anda tanya racun hama... mesti ada punya paling parah dia kasik racun untuk Ayam; tapi lagi kuat lagi bagus.. tapi untuk anak kucing bahayalah..bapaknya tak per...
i. Aku bedak kan dulu;
Bedak Kutu Kucing: Apek tue balut dalam surat khabar berlapis2. Macam barang seludup pulak aku rasa. |
Masalah: kutu nie akan lari dalam keadaan pening2 lalat dari bulu kucing anda dan lompat ke luar... Luar mana? mungkin di lantai rumah, katil anda etc. so makin megamuklah bapak aku yang sama alahanya dengan aku nie sebab kutu kucing tue lompat kat area sejadah dia... Kucing anda tak ada kutu tapi rumah anda akan diserang kutu pulak...maka simpanlah kucing anda dalam sangka di luar rumah atau dalam bilik air dalam 30 minit atau sejam selepas anda bedak kan dia.
* mama marah aku namakan kucing Ugly... tapi nie kesah benar..perkataan yang keluar dari mulut aku yang pertama nampak dia adalah "hodonya???" and menguatkan aku panggil nama tue bila babah pun bila 1 st time jumpa dia "Ya Allah, Hodonya kau nie"; maka kekallah nama dia si Ugly... walau di bantah hebat oleh yang lain~
Tip nie; tak berjaya pada Cik sebab habit dia yang suka jilat badan a.k.a pembersih tue.. tapi 3 lagi berjaya... tapi aku pulak kena marah sebab penyebaran nya semakin sukar dibendung bila kucing2 degan hebatnya mengaru..
2. Bilik anda
Dalam masa beberapa jam sahaja; dalam mangkuk nie dah ada berpuluh2 ekor tue; rasa nak menangis aku.. rasanya mahu beratus yang hidup dalam bilik kecik aku sahaja |
ii) Bersihkan semua jenis kain dalam bilik tue.
Manusia tak ada bulu yang lebat dan liang roga yang kecik untuk kutu nie berpaut; maka kain lah tempat tinggal mereka selepas kucing anda di bersihkan; maka basuh semuanya sekali; jangan tinggal satu pun... letak peluntuh...letak pembersih kuman...serbuk racun dan sidai lebih dari sehari di tempat yang kena Matahari direct.
Tempat bukan kain pulak; di vakum atau/dan di mop kan sekali.
# Tip 4: Semburan Racun yang berjadual
Free Vs Paid
Ubat racun nie perlu ikut peraturanlah ya; Jangan sebab dendam dgn kutu nie semua anda semburkan. Berpada2 tapi konsistan. |
Kalau nak free; anda ada tanam pokok limau? atau yang lebih berada tue mungkin ada tanam pokok lemon berlakang rumah maka anda boleh pergi petik; perah anda bancuh dengan nisbah 4:1 ; lemon:air untuk dibancuh dan spray kat semua tempat dalam bilik anda tue (aku tak mampu nak tanam pokok lemon kat belakang rumah cuma ada pokok tembikai aje... tahap miskin gaklah)... yang penting kena iktiar, doa dan redhai... jangan spray sehari and harap kutu tue semua mati atau lepas seminggu semuanya dah tak ada anda dah tak sembuh racun lagi..jangan..selagi anda ada kucing and selagi kucing anda gatal macam kucing aku bernama Cik tue maka berperangan nie tak akan tamat sesingkat perang zaman Nabi; nie perang zaman moden macam Amerika tue.. dah berbalas tahun kat Afganistan sampai lah nie tak balik2 askar2 dia....
Tak perlu jadi kaya nak tanam pokok lemon belakang rumah. Cuma perlu ada tanah sikit sebab pokok lemon nie besar dan tak sesuai tanam dalam pasu. |
BTW: thanks kat bloger2 yang kongsi tip2 kat laman sesawang masa aku tengah sakit... and sebagai balas; aku pun letak tip2 tambahan bersama~ so boleh kongsi gak~
Comments