Aku baru sahaja menghadirkan diri untuk Masjlis Konvo Master...kat UPSI; bukan pengalaman yang manis kerana harga sekeping kertas nie sangat Mahal untuk dibayar dan dinilai oleh aku sendiri.
Langsung x ada perasaan gembira atau megah.... tapi hanya kesedihan.... sebab aku masih menganggur lagi dan rasanya walau aku gred dgn 3.6 dan kertas tue menuliskan bahawa aku pemengang biasiswa Kemeterian Pendidikan Malaysia sekali pun; aku masih gagal menjadi manusia di tanah air aku sendiri... semua orang akan kata yang salah tetap aku; besar kepala dan tetap dengan pendirian aku dan prinsip hidup aku sendiri tapi kalau aku mengaku salah pun adakah para majikan akan memaafkan aku? adakah mereka akan menerima aku bekerja dengan gaji yang setara? meletakkan harapan dan impian aku di tanggan orang lain membuat aku rasa terhina sedangkan hanya Allah yang berhak menilai aku dan hanya Allah yang tahu kisah benarnya; hanya kerana aku manusia tanpa pangkat maka masa depan ku dibuang bergitu sahaja.... diperkotak katikkan oleh manusia yang berkuasa.
Ya, aku dah maafkan mereka dan menilai kesilapan aku jua. Aku mmg silap dari awalnya lagi... aku dah sedar bahawa semakin tinggi risikonya semakin besar kerosakkan akibat kerugiannya dan pengalaman aku mendewasa kan aku di mana Mahalnya harga kertas dan pengiktirafan pihak Universiti nie tidak setara dengan penghinaan; kesedihan; kesempitan dan keraguan tentang kewibawaan aku. Ya, aku manusia biasa yang merasakan pengorbanan Mama yang mengelurkan duit dan berlapar untuk aku ke Universiti semakin tidak berbaloi...kadang2 terlintas difikiran ada baiknya jika aku yang meninggal dunia dan bukannya Abang.
Ya, Allah, berikanlah aku kekuatan agar aku dapat menempuh ujian mu ini Ya Allah dengan jayanya; semoga aku dapat membalas jasa mama; agar jika dia pergi meninggalkan dunia ini kelak; dia tidak akan merasa risau akan aku Ya Allah. Aku bukannya anak yang cacat fizikal dan mindanya sehingga aku perlu ditapung oleh kedua ibubapa ku dan ahli keluargaku sehingga aku bertemu mu Ya Allah. Berikanlah aku hidayah dan rahmat mu Ya Allah agar aku dapat membayar harga kertas nie sebelum nafasku berakhir. Amin.
Comments