Skip to main content

Another Tips: Beli atau Baiki Perkakas Elektrik di Dapur (Budget)



Seperti dijanjikan, berikut adalah info ringkas atau tip-tip yang perlu anda tahu sebelum membeli barangan elektrik. Ringkas dan Padat, tentang barangan secara amnya... bukan mengikut Jenama atau Model.. sebab saban bulan atau tahun; ianya akan terus bertukar.. jadi kita ketepikan faktor ini dan lihat pada faktor yang penting zaman gawat nie... Harga Barangan dan Kos baik Pulih.\

1. Peti Sejuk
 
Jangka Hayat: 6-12 Tahun
Purata Harga Penjagaan Tahunan: RM 120-RM 200
Kos dikenakan pada Kerosakan yang kerap Berlaku:
* Bahagian 'Ice Maker' RM270-RM400
* Kegagalan Papan kawalan Utama RM500+
*Plastik halangan mengeras RM100+
Beli atau Baiki:
Bergantung pada Jenama, lebih baik anda membeli Peti Sejuk baru jika kos baik pulih anda melebihi RM800.

Tip: Compressor memainkan peranan penting dalam Jangka Hayat sesebuah Peti Sejuk. maka. ambil kira umur Peti Sejuk anda dan Sejarah sakitnya. Jika berbunyi dan kegagalan pada kawalan suhu, maka ianya harus ditukar kerana baik pulihnya tidak wajar dipertimbangkan langsung.

Kos / Budget yang sesuai: RM900 hingga RM8,000.
Lebih dari julat harga nie... pastikan setiap fungsi kegunaanya berguna untuk anda dan keluarga  bukan hiasan untuk menunujuk pada saudara mara/sahabat pada Jamuan Hari Raya setahun sekali.






2. Oven/ Pembakar Elektrik
Jangka Hayat: 10-15 tahun
Purata Harga Jagaan Tahunan: Tiada kos untuk jagaan; pastikan anda rajin mengemas/membersih bahagian dalam oven selepas digunakan.
Kos dikenakan pada Kerosakan yang kerap Berlaku:
*Pembersihan atau kegagalan dalaman: RM170-RM200
*Kerosakan pada panel kawalan suhu: RM260+ (lebih mahal jika elektronik panel)
*Kerosakan pada panel pemanas: RM 160+
Beli atau Baiki:
Agar sukar... tapi saya sarankan baiki jika harga komponen barangan yang perlu dibaiki dalam julat RM400 hingga RM 800, atau separuh harga asal oven anda.


Tip: Terdapat beberapa model oven terkini yang dilengkapi dengan system lebih dari Oven seperti Grill Rotation, Steam Function etc  dimana harga boleh mencecah hingga RM7000-RM10,000. Melainkan anda adalah chef, maka fungsi ini tidak perlu ada pada sebuah oven. Biarkan fungsi Oven, dapur dan Microwave berasingan. Harga 3 unit ini lebih murah walau digabungkan.

Kos / Budget yang sesuai: RM650-RM2,000.






3.Mesin Pencuci Baju/ Washer Machine (Front Loading)
Jangka Hayat: 8-12 tahun
Purata Harga Penjagaan dalam setahun: RM50-RM80 untuk sambungan paip getah, namun ianya boleh dikawal jika anda rajin menjaganya (Jika menggunakan 2 suhu basuhan)
Kos dikenakan pada Kerosakan yang kerap Berlaku:
1. Getah pada pintu reput/longga RM 200-RM300
2. Papan kekunci Electronik Gagal berfungsi RM 150+
3. Kebocoran RM160+
Beli atau Baiki:
Jika harga baik pulih melebihi RM800 anda perlu pertimbangkan untuk membeli unit baru. Kerosakan besar, seperti pada Motor atau Transmission.... anda perlu jual.

Tip: Front loading lebih baik/sesuai untuk membasuh pelbagai jenis kain kerana mempunyai fungsi yang lebih baik dari top loader (seperti kawalan suhu dll) namun kos penjagaan dan baik pulih, Top loading jauh lebih murah dan mempunyai julat muatan maximum yang lebih besar.

Kos / Budget yang sesuai: RM 1,400-RM3,000 (Front Loading)
                                             RM 500- RM 2,000 (Top Loading)







4. Mesin Pengering/Dryer
Jangka Hayat: 8-12 Tahun
Purata Harga Penjagaan Tahunan: RM170-RM 200
Kos dikenakan pada Kerosakan yang kerap Berlaku:
1. Coils: RM 300
2. Thermostats: RM270+
3. Belts: RM 350+
Beli atau Baiki:Letak harga maksimum untuk baiki dalam anggaran RM1000. Jika lebih, baik anda beli baru.


Tip: Rakyat Malaysia jarang2 membeli Dryer kerana kita masih sanggup jemur baju di bawah matahari atau pergi sahaja ke kedai Dobi jika cuaca tidak mengizinkan... namun jika anda mempunyai keupayaan dalam kewangan, sila pertimbangkan membeli Dyer namun saya sarankan jangan sesekali beli washing machine+dryer dalam 1; kos penyelagaraan dan baiki jauh lebih mahal jika ianya 1 unit berbeza.

Kos / Budget yang sesuai: RM1200-RM2000






5. Dapur Gas (Ceramic)
Jangka Hayat: 5-7 tahun
Purata Harga Penjagaan Tahunan: RM 20-RM150 untuk bateri dan sprinkler.
Pastikan menjaga kebersihan pada penunun api supaya tidak tersumbat.
Kos dikenakan pada Kerosakan yang kerap Berlaku:
*Pembersihan atau kegagalan dalaman: RM170-RM200
*Kerosakan pada panel kawalan suhu: RM260+ (lebih mahal jika elektronik panel)
*Kerosakan pada panel pemanas: RM 160+
Beli atau Baiki:
Separuh dari Harga belian; Atau jika anda tolak tepi Jenama dan jumlah penunun api maka letak harga min kos baiki kepada RM500.

Tip: 
Mencegah lebih baik dari mengubati... jaga kebersihan dapur selepas memasak dan anda mampu memanjangkan jangka hayat dapur dan mengurangkan risiko ianya rosak.

Kos / Budget yang sesuai: RM600-RM1,500(Manual/Gas)
                                             RM800-RM3,000 (Electronic Panel/Electric heater)






Anggaran ini berdasarkan pada pengalaman saya; harga mungkin berubah mengikut masa, tempat, pembekal, kos upah dll.
Gambar hanya untuk hiasan semata-mata dan bukanya bertujuan untuk menujukkan sesuatu Jenama atau model tertentu, hakmilik gambar seperti ada pada gambar.


Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat