Skip to main content

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?


Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku....

Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli...


Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana yang bekerja menjual kereta... si gemuk, lemak berketul... aku dari sekolah rendah dah bersaiz besar.... aku tidak berganjak.... malah aku tidak melawan... jugak..... sehingga awal bulan lepas, apabila sindiran semakin mnguris hati... dan ianya tidak berhenti di cakap-cakap belakang tapi kini di group2 chat.... aku mampu bersabar.... ini kecil bagiku.... kemudian chat2 group yang terang mengunakan @namaku.... ini serangan secara berdepan..... BODOH.....PEREMPUAN.......SIAL.... seperti senonim dengan nama aku....seperti seekor kambing biri2 yang diserang oleh Serigala... aku berdepan dengan lelaki ini keseorang.... dibuli di alam siber... dan di dalam kedai....




Aku terdiam, ini semakin menjadi2... aku masih dibuli dengan manusia lain... dan kini aku ambik keputusan untuk melawan mereka.... dan apabila aku mengambil keputusan untuk melaporkan perbuatan MEMBULI pada majikan.... aku perlu sedar, aib aku akan dibuka sama... kerana mereka akan menunging jari mengatakan ini kesalahan aku, mereka berhak untuk marah pada aku.... 


Ya, jika aku adalah perempuan lain yang BODOH, maka aku akan diam dan terus menyalahkan takdir dan kesilapan aku sendiri... tapi itu ada mangsa dera yang lain... mereka diam... kerana orang sekeliling mereka akan meminta mereka diam dan menyalahkan diri kerana silap yang membolehkan si PEMBULI ini mendera emosi kita dengan kata2 cacian.... ingat tidak kira sebesar mana dosa seseorang dan kesalahan seseorang ........... kita sebagai manusia tidak ada hak dalam melabel dan menghukum mereka.... sehinggga ada asas yang kukuh.... biar Polis yang hukum penjenayah, ingat Nabi Muhammad juga tidak melebelkan seseorang hamba.... kerana Baginda tahu, Allah swt menilai setiap manusia dengan amalan mereka kepada Allah....

Suatu hari, aku menangis2 bersungguhnya.... aku bercakap dengan engkau pun tidak, tapi engkau membuli emosi dan mental aku hari demi hari... aku kasik mama baca semua yang ditulisnya... aku ceritakan pada babah semuanya... dari hari pertama aku berkerja sehingga hampir 2 tahun aku disana, aku dibuli... aku berdiam dan kini aku diserang berdepan.... Apabila mereka menekan aku untuk tarik balik semula laporan aku pada dia... aku katakan tidak, ini antara dia dan ibubapa aku.... kerana hinaan SIAL itu engkau labelkan pada kedua ibubapa aku yang melahirkan aku.... maka jawab lah engkau di sana.....

Mama pesan pada aku, Doa... sesungguhnya Doa itu adalah senjata orang yang dizalimi.... maka aku berdoa....berdoa agar Allah swt berikan aku berita gembira yang membuat aku rasa bersyukur dan lupakan keadaan aku ini..... biarkan hari yang berlalu... berlalu... aku dipanggil pelanggan untuk membantu dia membeli kereta baru...sambil bersembang dengannya, tiba2 aku menerima panggilan mengatakan aku menang hadiah kerana karanggan aku dipilih antara 100 permenang bertuah....ketika aku membeli kereta tahun lepas... Aku sujud syukur, Allah menghiburkan hati aku pada hari itu.... Aku tarik nafas, dan biarkan hinaan dan lamparan kata2 yang menggangu emosi aku... biarlah... aku hanya tunggu bukti percakapaan kau yang direkod sahaja.... itu sahaja bukti yang tinggal sebelum aku report kes ini ke Syarikat Induk.....

Tapi 2 minggu lepas rezeki dia mencurah2... beberapa tempahan kereta dan pelanggan yang mebuat temujanji..... aku terdiam, murahnya Rezeki dia.... siapa aku untuk persoalan rezeki manusia yang lain? Aku menangis lagi... tapi kali ini aku memangis meminta Allah berikan aku sesuatu yang boleh aku berpenggang, agar aku boleh terus berjalan dan berkerja.... tidak terguris hati yang Rezeki orang lain...... tiba2 mata aku bergerak pada rak buku ditepi katil aku... MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI 2 tulisan dari UTZ FATHURI SALEHUDDIN......



mungkin melalui tajuk, aku umpama nak kaya bersungguh.... tapi buku ini mengajar aku lebih dari mencari rezeki berbentuk harta semata2.... rezeki aku yang aku terlepas pandang.... rezeki yang aku lupa..... dan paling aku tersentuh adalah bab DOA....aku hanya berdoa sekali sahaja sedangkan aku dibuli hari2... sebab pada aku, aku malu berdoa pada Allah.... mintak yang remeh temeh, sedangkan aku boleh berusaha sendiri.... di sini silap aku yang besar, Rezeki aku adalah aku masuk dalam salah 1 golonggan ini.

"Doa diterima secara khusus dan tidak ada sebarang syak dalam penerimaan doa-doa ini, Doa seorang ayah (untuk anak-anaknya), seorang yang musafir dan seorang yang dizalimi." (HR: Abu Daud)

Buku ini jugak, membersihkan hati aku dengan sifat was-was dan malu untuk berdoa pada Allah.... Ini konsep Tawakal.... bukan berdoa semata2 tapi sentiasa berdoa.... ini yang aku salah, bila dibuli aku diam, menangis dan berdoa akan dosa si Pembuli diampunkan... dibuka hatinya ke arah kebaikan dll..... ini salah, doa ini doa untuk aku....sepatutnya... Dosa manusia perlu diminta ampun dari manusia, dosa dengan Allah diminta ampunya dari Allah.... mengapa aku mendoakan agar mengampunkan dosanya...sedangkan dia berdosa pada aku, manusia.... urusannya dengan Allah itu doa dia....berhenti....

Ini doa aku dengan Allah, Rezeki datang dari nikmat: ketenangan fikiran, keamanan di dalam rumah, kesihatan, pekerjaan dan hati yang sentiasa Puas dengan yang sedikit..... berhenti berdoa kepada Allah untuk orang yang Zalim, tapi doalah untuk diri sendiri.... Allah swt menguji dia dengan Rezeki yang melimpah ruah, atas doa orang lain... ... maka aku harus betulkan doa aku, buat sifat malu... berdoalah,

"Barangsiapa Bertakwa kepada Allah nescaya DIA akan membukakan jalan keluar baginya. Dan dia memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka"
Surah al-Talaq: Ayat2-3
Gunakan senjata DOA ini dengan bijak.

Kepada pembuli yang mengunakan perkataan dan tulisan untuk melabel seseorang, memanggil kami dengan nama nama yang kami tidak gemar, maka berubahlah..... kami mungkin BODOH dimata anda tapi kamu jugak tidak BIJAK..... hukuman Allah itu ada.... Dan kepada mangsa buli seperti saya jangan sesekali hilang semangat untuk melawan dan teruskan hidup.... dunia ini pinjaman, dan hanyalah ujian.... saya juga penah mengalah dan hampir putus asa.... dan ketika itu saya sedar, saya BODOH jika kalah dalam permainan mereka.... kerana jika ditanya mereka tidak akan ingat sebutir pun percakapan mereka yang menghina diri kita kerana itu adalah "guraun" ataupun "teguran" sahaja.....

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat