Skip to main content

Tip Petani Taman: Sepasu pokok Tomato dan Lemon

Tomato Cherry Purple nie orang selalu ingat pokok
blueberry. Kat dahan buah tue kan
 ada mahkota~
Aku rasa menarik gak jika aku dapat menukar tip2 pembelian barangan elektrik dengan tip petani taman... sesuatu yang aku mahir dan sesuatu yang aku suka....digabungkan dalam bentuk santai... Pada mulanya aku nak update tentang tip perkataan 2 teknikal yang perlu anda tahu ketika membeli barangan seperti handphone... TV.... mesin basuh... peti sejuk... mahupun barangan perkakas elektrik yang asas seperti periuk nasi... atau strika sekali pun...kebetulan selongkah kotak ajib warna oren tue.. memang banyak nota-nota yang aku simpan... tapi nak cari gambar yang malas...
maka kita mulakan dengan tip-tip Petani Taman dahulu lah.


Kali nie cara aku menanam pokok Tomato dan pokok Lemon menggunakan biji Benih.
(FB tak boleh kongsi link maka, upload dari camera sendiri)

Memang mahal kalau nak cari anak pokok Lemon sendiri; maka better beli buah lemon... lebih bagus kalau kualiti jenis A+.. yang banyak Jus, manis dan bersaiz besar. Import dari USA, selalunya dijual dalam harga sebiji bukan berat. Beli kat Pasar... tapi sambil jeling2lah kat label kotak yang dikeluarkan lemon tue..semak country of origin; yang jual 3biji RM5 pun dah bagus.

Ambik biji nya... 4-5 biji... kalau simpan dalam peti sejuk boleh? kalau dah guna separuh boleh? Jawapanya Boleh... itu urusan Allah swt, tak payah takut pokok tue bantut atau mati. selama nie tak ada masalah pun.

Begitu juga jika anda ingin tanam pokok Tomato; yang penting ambik biji dari hasil anak pokok Tomato yang sihat; tidak kira untuk gred Tomato Tempatan, Cherry mahupun Tomato Purple; yang penting biji dari buah yang berkualiti. Kalau x ada, asalkan buahnya besar dan tidak ada penyakit itu sudah baik.

Bahan Asas; tak perlukan Tanah... ini untuk memastikan yang layak hidup sahaja hidup. Bekas lutsina... kertas tisu...campuran baja...tak kira baja pepejal ke...serbuk ke..cecair campuran ke... atau sekadar air paip... yang penting jadikannya larut dalam bentuk cecair dan tisu direndam sepenuhnya. Pastikan tisu nie basah bukan air bertakung diatasnya. Pendek kata lembab ( Keadah air nie sama seperti kaedah tanam taugeh dari kacang hijau).

Kerana tujuannya hanya untuk mengawal bilangan biji benih dan permilihan anak pokok yang sihat. Bukan tujuan semaian atau tanaman kekal.

Apa yang aku guna? Pengalak bunga orkid (bentuk serbuk) beli masa MAHA 2014 (3 botol RM10; 1 sudu kecil : 1.5 Liter air).  Walaupun di khaskan untuk Orkid tapi kadar Potassium yang tinggi dalam baja nie sesuai digunakan untuk jadi pengalak biji benih.  Letak sahaja semua bahan2 tadi dalam bekas lutsina nie dan jemur pada matahari. Aku letak celah2 pokok, kerana anak benih x perlukan cahaya matahari yang penuh. Siram seperti biasa, pastikan kertas tisu lembab bukan ditengelami air!

Biji Lemon tue nak buang kulitnya atau tidak? terpulang, banyak blog pertanian yang ajar untuk buang selaput pada biji limau dan keluarganya jika ingin guna kaedah air seperti aku nie. Tapi aku ada sebabnya sendiri kenapa aku biarkan sahaja kulitnya. Kebarangkalian dapat anak pokok yang kembar adalah tinggi jika membiarkan biji benih kekal bersama.


Biarkan benih dari biji pokok ini dalam seminggu dua (biji benih tomato hanya memerlukan 2 hari untuk tumbuh akar) biarkan sehingga keluar batang utama dan 2 helai daun pertama sebelum dipindahkan ke tapak semaian. Pokok Tomato aku duduk dalam pasu besar yang dicampur dengan Tanah Gambut dan habuk Kulit Telur (untuk meneutralkan tanah dan mengelak serangan siput). Dan Pokok Lemon dalam Pasu-pasu kecik di sorok sebab sering dicuri orang yang lalu lalang (ya ker?)

Selepas sebulan atau batang utama mula keras, dan mempunyai duan yang lebat. Pindahkan ke dalam pasu.... plastik hitam juga boleh... tak perlu besar, cukup dengan saiz 10x10 atau 10x12. Kurangkan akar pokok ini serabut keluar dan akarnya mudah meresap air. Untuk pasu; gunakan campuran sabut dan tanah berbanding hanya tanah sahaja. Jimat Kos dan ringan untuk proses pemindahan.

Batang Pokok Tomato memerlukan bantuan seperti kayu, tetapi petani Taman tidak mempunyai kawasan yang luas untuk memagar pokok Tomato ini, kita hanya perlukan batang 1 batang buluh (masa raya beli lemang tue... simpanlah 1, boleh potong sampai 12 bahagian) dan Dawai atau tali yang panjang (dawai lebih elok kerana lebih tahan cuaca; namun jangan tersentuh pada batang pokok; dawai menyerap haba dan merosakkan pokok).  Baja dengan konsisten.... siram air sekurang2nya 2 kali sehari jika pokok terdedah dengan cahaya matahari yang terik.

Yang penting jangan takut pokok Tomato and togel (bak kata orang Johor..Botak... maknanya Tak ada banyak duan) biarkan. Jika diserang dengan ulat benang (daun/batang keputihan dan mati; daun merekut dan kering) terus potong hujung pangkal daun dan daun yang telah rosak perlu segera dibuang jauh dari pokok atau dibakar.  Bagaimana nak tahu Daun Pokok Tomato kita sakit? Senang... Pokok ini akan tumbuh dahan/daun baru pada dahan daun yang sakit. Jika anda nampak ada anak duan maknanya potong aja dahan lama dan biarkan dahan baru tumbuh. Berapa tinggi pokok tomato anda boleh pergi? setinggi yang anda biarkan... sebab itu petani Taman di Amerika membiarkan pokok ini ditanam terbalik. Tanah di atas dan pokoknya dibiar tumbuh ke bawah; agar mudah memetik buahnya.


Pokok Lemon lebih mudah dijaga; biarkan anak pokok di pasu semaian sehingga batang pokok bertukar warna ke cokelet tua; baru dipindahkan ke pasu besar. dalam 20 x 20. Yang penting baja dan racun pokok; terutama pada tunas pokok yang menjadi kegemaran serangan. Dan rajin2lah baja, jika tidak hasil buah lemonnya masam.

Done; nak kongsi gambar pokok Kobis Gergasi yang baru berusia 6-7 minggu. Nie separuh sahaja, tapi selamat jiran-jiran dah tempah; tak perlu lah aku kena abiskan 11 pokok serumah.




Yut kata dia x faham: maka aku ringkaskan kat sini:
1. Pilih biji benih dan rendam dalam tisu basah+ baja air (sihat ambik, rosak buang)
2. Semai 1 atau 2 anak pokok dalam bekas kecil atau pasu sehingga keluar daun dan batang utama pokok keras sedikit.
3. Pindahkan ke dalam pasu besar yang kekal; dijaga dan disiram.

Kenapa tak tanam terus pada tanah atau pasu? Ini bezanya petani Taman dengan petani komersial yang mempunyai tanah tanpa had. Petani taman hanya memerlukan 1 pokok 1 jenis sahaja, maka baka yang terbaik sahaja di pilih dan anak2 pokok jenis lain juga boleh ditanam serentak. Maka hasil tanaman adalah sentiasa ada, kami tak ada 20kg lada sehari; tapi kami ada segengam lada cili, sebiji timun, 5 buah bendi sehari. 

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat