Skip to main content

Berlawan dengan kutu kucing

Anda mukin rasa benda nie kes remeh.. tapi disebabkan aku nie mewarisi darah dan penyakit alahan yang agak sensitive pada persekitaran dari babah; maka aku dilanda penyakit kulit yang agar teruk disebabkan oleh kutu kucingku yang semakin berluasan di dalam bilik aku yang kecik; gelap dan lembab tue.. Ya; aku ada 2 bilik lain yang boleh aku gunakan tapi aku nie lain sikit... orang duk tidur dalam bilik berhawa dingin; aku hanya tahan dengan kipas aje untuk tidur lena... besar??? aku tak berapa minat; lagi kecik lagi bagus.

Nak dijadikan cerita; kucing aku dah sebulan lahirkan anak kucing yang baru; masa kecik baby tak lah teruk sanggat... tapi bila dah sebulan nie; anak kucing aku dah ada kaki yang kuat untuk berjalan2 di sana sini..maka kutu mereka pun samalah berjalan kesana-sini..lagi parah Kucing aku nie; siap naik tingkat atas dan pilih bilik aku untuk dijadikan kawasan perumahan tetapnya.... bila aku star kena gigit dan luka berpuluh2 tempat dari tapak kaki; badan; tangan dan muka.. maka peperangan di istiharkan berlaku. Kepada anda yang sama2 kena; sedang atau bakal bergaduh dengan kutu kucing nie; ikut #tip-tip menangkap; membunuh dan menghapuskan mereka... Jangan beri muka pada mereka!!!!

# Tip 1: Kenali musuh anda

Nie Rupa kalau dibesarkan 100x dari saiz asal.

Nie saiz sebenar: kecik aje tapi kalau kena gigit bukan calang2 

So; bila masa sesuai untuk bunuh atau hapuskan mereka nie?


Setiap stage; cara yang bekersan adalah berbeza.


#Tip 2: Cegah sebelum Parah
Free Vs Paid


Mama kata" Kau dah macam mak monyet lah pulak" 

Ya; aku duduk kat laman kutip sekor2 kutu kat badan si Neneng tue; tapi badan Cik susah sikit sebab bulu dia warna hitam; so mustahil dapat tangkap.. percayalah..kutunya sangat halus dan suka melompat.. bila dah lompat kat baju anda..maka jadi lah macam aku..comfirm kena gigit


Tiap2 minggu; kena sikat bulu dia... Sebab kalau Cik dia rajin jilat badan dia
tapi Neneng permalas tahap gaban so sebagai tuan dia aku jadi 'kadam' sikat bulu dia

Mandi kan dengan syampu kucing khas; dulu aku mandikan sebulan sekali aje
tapi bila aku dan semakin parah.. seminggu sekali...bila geram..lepas mandi aku tak keringkan..
biar dia basah and halau ke luar rumah.


Rumah nie ada 1 aje sangkar; dulu si Cik and Neneng boleh kongsi sekarang bila ada Yellow and Ugly mana muat; so aku lepaskan lah ke 4-4 nya berkeliaran dalam rumah. Kucing aku pondan; tak gerti bergaduh and mmg duduk umah 24/7... paling parah suara pun tak ada...tapi Cik gatal.. ge kerja kucing Jantan; so dia lah pembawa/penyebar kutu2 kat kucing2 lain.

# Tip 3: Dah Parah; Sedia untuk berperang!!!! Berperang!!!!

1. Pada kucing anda;

Kalau mandi pun dah tak jalan maka; bedak/racun serbuk pembantunya

Anda ada 2 pilihan; sama ada anda nak pergi jumpa Doktor haiwan atau anda pergi kedai racun and anda tanya kat apek tue racun untuk kutu kucing... kalau tak ada anda tanya racun hama... mesti ada punya paling parah dia kasik racun untuk Ayam; tapi lagi kuat lagi bagus.. tapi untuk anak kucing bahayalah..bapaknya tak per...


i. Aku bedak kan dulu;

Bedak Kutu Kucing: Apek tue balut
dalam surat khabar berlapis2. Macam
barang seludup pulak aku rasa.
Kucing akan jilat badan dia balik.. so, beli lah banyak sikit.. Kalau kat Klinik Haiwan rasanya harga dalam RM5 ringgit sebotol kecik tapi kat kedai racun RM2 ringgit sahaja; itu harga kat Batu Pahat nie; kalau kat area KL.. jangan tanya mahu cecah RM15-20 sebotol. So; tiap2 hari aku bedak kan 4-4 ekor nie..

 Masalah: kutu nie akan lari dalam keadaan pening2 lalat dari bulu kucing anda dan lompat ke luar... Luar mana? mungkin di lantai rumah, katil anda etc. so makin megamuklah bapak aku yang sama alahanya dengan aku nie sebab kutu kucing tue lompat kat area sejadah dia... Kucing anda tak ada kutu tapi rumah anda akan diserang kutu pulak...maka simpanlah kucing anda dalam sangka di luar rumah atau dalam bilik air dalam 30 minit atau sejam selepas anda bedak kan dia.

4 sekeluarga yang merayu nak keluar lepas di kurung
dalam bilik mandi.
Yang Tak ada kepala tue; Neneng
Yang kitam-kekuningan tue: Cik
Anak kucing warna kuning tue: Yellow
and yang nampak telinga aje tue: Ugly

 * mama marah aku namakan kucing Ugly... tapi nie kesah benar..perkataan yang keluar dari mulut aku yang pertama nampak dia adalah "hodonya???" and menguatkan aku panggil nama tue bila babah pun bila 1 st time jumpa dia "Ya Allah, Hodonya kau nie"; maka kekallah nama dia si Ugly... walau di bantah hebat oleh yang lain~



Tip nie; tak berjaya pada Cik sebab habit dia yang suka jilat badan a.k.a pembersih tue.. tapi 3 lagi berjaya... tapi aku pulak kena marah sebab penyebaran nya semakin sukar dibendung bila kucing2 degan hebatnya mengaru..


2. Bilik anda

Dalam masa beberapa jam sahaja; dalam mangkuk nie
dah ada berpuluh2 ekor tue; rasa nak menangis aku..
 rasanya mahu beratus
yang hidup dalam bilik kecik aku sahaja
i) Aku baca dalam blog seseorang tentang pertua nie; Kutu kucing suka pada tempat terang.. sebab tue aku selalu jumpa kutu kucing nie melompat kat tanggan aku yang sedang menaip papan kekunci dalam bilik yang gelap... so; dia sarankan agar letak lilin dalam mangkuk air. Tapi aku olah sikit; sebab kutu yang semakin educated nie; setakat air dia boleh lompat keluar balik.. maka anda kena letakkan selapis minyak atas permukaan air tue supaya dia melekat dan tak boleh lompat keluar balik.... lagi bagus kalau bekas air tue rendah ke tanah sebab kutu nie kecik aje; dia lompat tak adalah sampai semeter jauhnya.... dan ianya sangat berkesan.










ii) Bersihkan semua jenis kain dalam bilik tue.

Manusia tak ada bulu yang lebat dan liang roga yang kecik untuk kutu nie berpaut; maka kain lah tempat tinggal mereka selepas kucing anda di bersihkan; maka basuh semuanya sekali; jangan tinggal satu pun... letak peluntuh...letak pembersih kuman...serbuk racun dan sidai lebih dari sehari di tempat yang kena Matahari direct.

Tempat bukan kain pulak; di vakum atau/dan di mop kan sekali.








# Tip 4: Semburan Racun yang berjadual

Free Vs Paid

Ubat racun nie perlu ikut peraturanlah ya;
Jangan sebab dendam dgn kutu nie semua
anda semburkan. Berpada2 tapi konsistan.
Kalau anda dah alah macam aku and kena sapu ubat serta makan ubat sebab kutu kucing nie sahaja maka aku yakin anda akan berperang tanpa kira wang ringgit lagi... maka aku sarankan pergi kedai racun dan pergi beli racun paling berkesan dan ikut pertua aku ingat yang mahal tak semestinya bagus tapi tahap peratusan racun tue yang penting (ugut Apek tue sekali kalau boleh). kadang2 racun yang boleh bunuh banyak sangat jenis ungas sekali gus nie lagi bagus. Mahal tak per asal berbaloi.
 Kalau nak free; anda ada tanam pokok limau? atau yang lebih berada tue mungkin ada tanam pokok lemon berlakang rumah maka anda boleh pergi petik; perah anda bancuh dengan nisbah 4:1 ; lemon:air untuk dibancuh dan spray kat semua tempat dalam bilik anda tue (aku tak mampu nak tanam pokok lemon kat belakang rumah cuma ada pokok tembikai aje... tahap miskin gaklah)... yang penting kena iktiar, doa dan redhai... jangan spray sehari and harap kutu tue semua mati atau lepas seminggu semuanya dah tak ada anda dah tak sembuh racun lagi..jangan..selagi anda ada kucing and selagi kucing anda gatal macam kucing aku bernama Cik tue maka berperangan nie tak akan tamat sesingkat perang zaman Nabi; nie perang zaman moden macam Amerika tue.. dah berbalas tahun kat Afganistan sampai lah nie tak balik2 askar2 dia....

Tak perlu jadi kaya nak tanam pokok lemon belakang rumah.
Cuma perlu ada tanah sikit sebab pokok lemon nie besar dan tak sesuai
tanam dalam pasu.


BTW: thanks kat bloger2 yang kongsi tip2 kat laman sesawang masa aku tengah sakit... and sebagai balas; aku pun letak tip2 tambahan bersama~ so boleh kongsi gak~





Comments

Unknown said…
menarik gak tips ini
tapi selagi ada kucing, akan sentiasa ada kutunya yang melompat keluar.. so, kena rajin2 buat semua tip2 nie bila lapang.

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan