Skip to main content
Cuti sekolah dan Musim Kahwin

Dah hampir seminggu cuti persekolahan bermula.. Pada mulanya rasa agak takut juga sebab aku sekarang nie tengah berkawan dengan budak sekolah yang hampir 3 tahun lebih muda dari aku. Bila cuti, mulalah tak ader alasan untuk mengelak nanti bila kena jumpa. Selamat dia ada rombongan sekolah jadi selamat buat seketika.

Cerita pasal musim kahwin pulak, adatlah bila cuti sekolah aje ramai yang buat kenduri kahwin dan kenduri lain yang seangkatan dengannya. Minggu pertama yang lepas, adik ipar Along nikah, tapi masa tue tengah ber'asap' dengan abang iparku sendiri maka tak lah kena paksa tolong, just datang makan dan balik aje.

Minggu nie sepupu aku pulak nak tunang, masa remaja dulu kita orang rapat sangat tapi bila dia mula ambik diploma, aku terus lose contact dengan dia. Berubah habis, dulu lepak tengok konsert, karnival dan macam-macam agenda remaja yang happy giler tapi sekarang dia dah pakai tudung labur, tak pernah call aku pun...macam hilang saudara..last kali jumpa masa raya hari tue, hampir bergaduh aku dibuatnya..sekurang-kurangnya dia bahagia dengan dunia dia.

Aku pulak akan teruskan hidup nie macam dulu dan akan mengikut arus yang lebih baik untuk diri aku dan keluarga. Mungkin aku akan teruskan pengajian atau separuh jalan dan mula masuk ke alam pekerjaan. Semua dalam takdir diri yang ditetapkan Allah dan aku akan terus berusaha..

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkat...

Mangsa Buli.. sampai bila kami harus dibuli?

Dah masuk 2 hari aku asyik bermimpi benda yang sama... isu yang menjadi hangat dan disiarkan secara langsung dalam Berita Utama di stesen TV tempatan, pelajar dibuli... perbagai hujah dan bukti kajian dibincangkan tapi sayang ianya dihujah oleh pakar2 dan ahli Terapi dan bukannya mangsa buli? kerana pada pandangan aku, pengulas yang baik dalam isu ini adalah mangsa buli yang mampu melupakan sejarah hitamnya sendiri.Aku berjanji pada diri aku sendiri bahawa aku akan lupakan sisih hitam kehidupan aku...namun subuh hari ini aku tekad meluahkan semuanya dan aku ingin buktikan jika anda mangsa buli bukannya mudah anda ingin melepaskan diri dari Pembuli. Sekolah Rendah Aku budak kampung, bersekolah disekolah kampung dimana peratusan lulus UPSR serendah 70%. Dan aku dibuli oleh para Guru dan Rakan bermula dari darjah 3 lagi berusia 9 Tahun. Apa yang budak sekecil ini tahu tentang Buli? kami tidak tahu; apa-apa "Dia bodohlah, Cikgu!!! Kenapa nak tukarkan dia kelas Baid...