Skip to main content
Diari atau Blog?

Yang mana satu menjadi pilihan dan mengapa? Jawapannya mudah sahaja kalau orang yang mempunyai perangai macam aku nie, tiada bezanya antara diari atau blogger. Kenapa?

Sebab pertama adalah tiada rahsia antara aku dan orang yang ader kat sekitar aku, selagi aku berjanji aku akan berahsiah maka aku tak akan tulis kat kedua-duanya. Tapi kalau aku tak berjanji antara sesiapa maka aku akan tulis kat antara salah satunya. Antara hobi aku memang menulis diari sebab kat diari ini bukan kita perlu catit apa yang kita buat sepanjang hari tapi semua benda dari perasaan kita kat seseorang, luahan hati, impian, cerita lawak dan paling penting kat diarilah tempat aku nak bermotivasikan diri sendiri.
Semua nie gara-gara cikgu aku masa sekolah rendah yang paksa aku menulis sebab kata dia aku nie eja apa yang aku sebut bukan aper yang patut aku tulis (kira tulisan rojaklah). Kesanya walaupun aku ketua kumpulan bahas sekolah sampai peringkat negeri tapi Bahasa Malaysia aku hanya B3… memang teruk!!

Tapi sayangnya, diari aku tue hak milik bersama dengan semua ahli keluarga, roomate termaksud kawan roomate aku dan kawan baik aku sendiri suka baca…aku pulak jenis yang kalau orang lain dah buat benda tue buat apa nak marah, maafkan dan buat tak tahu ajelah.

Keduanya, kita tengok pulak aspek lain, kat blog nie memang orang akan baca juga tapi aku tak perlu tahu siapa yang baca dan apa pendapat dia kat apa yang aku tulis sebab aku tak kenal pun… sebabnya tak ader siapa yang tahu aku ader blog dan aku catatkan perasaan aku semenjak bulan nie… tapi sayangnya kalau aku sibuk dan tak ader masa nak on laptop aku tak buat pun… selalu simpan tak punblis pun..

Susah juga nak bezakan kebaikan dan keburukan menulis diari dan blogr nie sebab kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza kat diri setiap individu, sama juga macam soalan bercinta atau berlajar? Ader sesetenggah orang kedua-duanya boleh tapi sesetengah orang pulak hanya satu pilihan boleh dibuat atau tak pilih langsung. Hidup ini Allah SWT cipta tak konpleks tapi manusia yang jadikan ianya konflik sangat. Tutup mata dan impikan apa yang anda inginkan serta diselitkan dengan usaha… mimpi tue kadang-kadang boleh jadi jawapan untuk persoalan yang dicari.

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Selepas Diploma\Digree; what next... kemasukkan ke Program Professional

What next... apa yang diperlukan oleh anda selepas ambik Diploma\Digree; banyak pilihan dan semuanya ada Pro and Contra. Cuba buka minda anda dan pilih khursus yang semakin hari semakin tinggi keperluannya dalam bidang berkanun atau swasta kini; Khursus Profesional yang di tauliahkan oleh Intitusi antarabangsa ataupun Malaysia. Kebanyakkan bidang ini dimonopoli oleh bidang perakaunan dan pengamal Undang-Undang; bahkan tangga gaji mereka juga adalah lebih tinggi dari pelajar yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian atau dengan pengalaman untuk diserap dalam sektor awam.  Post ini khas untuk para pelajar lepasan Diploma atau Sarjana Muda; yang ingin melihat pilihan yang lain dari menyambung pengajian mereka ke peringkat Sarjana Muda atau Sarjana. Khursus Profesional ini mempunyai beratus jenis sijil yang di keluarkan dan ianya bersifat sebagai penambahbaikkan ( aku gelarnya 'booster') pada kelulusan yang dikeluarkan agar Sarjana Muda yang dikeluarkan mempunyai ...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...