Skip to main content

Luahan Hati Dari Dairi ke Blog;

Tahun ini genap 9 tahun aku menulis di Blog peribadi ini; ianya peribadi kerana semua cerita adalah cerita aku tidak ada siapa yang diwakili; ilham, pendapat dan luahan hati peribadi untuk dikongsi oleh manusia yang tidak mengenali aku secara dekat atau peribadi. Kelakar..kerana tujuan asalnya kerana aku dah bosan bila diari aku dibaca oleh Mama dan adik beradikku lalu aku jadikannya tatapan umum.... kerana aku tahu mama, along serta ayun tak minat dengan blog aku sendiri tapi membaca diari aku mereka minat pulak...  mungkin boleh diletak sebagai hobi dimasa lapang.. membaca diari Ayang dirumah.

Tapi kebelakangan ini aku kembali kepada diari semula... walau aku tahu kesanya...mungkin jika aku inginkan kesan atau feedback yang segera kaedah ini lebih cepat dari menulis blog... ada beberapa perkara yang bermain di minda aku namun sukar untuk diluahkan dalam perbincangan jadi pernulisan diari dan kemudianya dibaca oleh mama atau yang lain, maka aku akan Nampak perubahannya dan jawapannya pada perbuatan. Mereka akan berubah namun mereka sekeras2nya menafikan mereka baca diari aku. Tapi sekarang semua orang tahu... dan kaedah ini telah dicuba oleh along untuk mengetahui kisah Hajar (anak buah aku) pulak.

My 1st diari; dimana kah ianya berada? Pada mama... se awal darjah 3 aku dah mula berjinak dalam penulisan, aku ada tulis carpen cerita hantu dan cerita persahabatan 3 sekawan... setiap hari ada aje peminat2 aku yang tunggu cerita rekaan aku tue untuk dibaca masa rehat; tulis kat belakang buku latihan... diari pulak ditulis dekat ‘Plan Book’ yang saiz kecik, boleh masuk dalam kocek baju sekolah. Tapi semua berubah bila kematian abang... semuanya kelam dan mula meninggalkan alam penulisan... Lupa pulak nak cerita, orang yang mengajar aku untuk menulis dairi adalah Babah sebab Babah jugak seorang penulis diari yang tegar dan kosisten. 

 My secondary school... sebagai pembaca blogku, rasanya semua orang tahu bahawa aku adalah pelajar yang dibuli secara fizikal dan emosi di sekolah... maka semuanya ditulis dan diluahkan di dairi... ini dairi terawal yang disimpan oleh aku; baca mukasurat pertama sahaja dah tahu aku memang x suka orang baca dairi orang lain sebab? Ianya melangar etika sebagai manusia. Diari kucing ini agak panjang perjalanan hidupnya sehingga aku tamat diploma; disebabkan aku meninggalkannya dalam bilik asrama... pergaduhan tercetus...dan aku rasa jika roommate anda tak amanah dan membaca diari anda maka tak ada gunanya nak menegakkan benang yang basah, maka pergaduhan memang tidak dapat dielakkan. So change roommate and change the method too; ini menjadi titik tolak pertukaran dari diari bertulis ke blog... perubahan jenis tulisan jugak ketara dalam diari ini.. dan kebanyakkanya tertulis puisi??? Yap, aku ada menang pernulisan puisi jugak zaman sekolah... kisah benarnya hanya Ain dan Aku aje yang tahu...huhuhuhu~


 My Cow’s Diary; degree and Jusco live... KAMDAR...UEM...CIMB and other jobs that I have in those years... it short but give me another degree in life survival lesson.  Dalam nie banyak lagu yang liriknya memberikan semangat dan positive advice. Kat dalam diari ini jugak aku ada selitkan ciri2 suami yang aku cari dan kenapa aku mengatakan TIDAK kepada yang pernah melamarku secara terang2an atau secara tersiratnya. So bila terjumpa Ex2 yang dah khawin dan ada anak membuatkan aku teringat tulisan aku nie.

“Tuelah kau, dulu aku nak kau, jual mahal. Kan sekarang tak khawin lagi. Kalau dengan aku dah ada 2 orang anak agaknya.” Ayat nie memang aku benci gila nak dengar, sebab memang jodoh kau dengan aku tak ada and memang jodoh Allah untuk kau adalah isteri kau tue... so tak payah nak sindir aku bagai~ hahaha.. marah aku, selamat masa tue kat Balai Polis kalau tak mahu aku baling helmet motor aku kat kau... Sorry, ter emosi pulak teringat kisah lalu... tue bestnya diairi ni, ia buat anda tak lupa pada benda yang anda memang sepatutnya tak boleh lupa.


My Master and ShengHeng Live start in here... most the idea from this blog come from this diary. Diari ini penulisannya lebih kepada idea, luahan secara tersusun dan idea2 best yang aku dapat semasa berjumpa dengan orang2 yang aku rasa kaya dengan ‘kepandaian Jalanan’ aka ‘Street Smart’ dan tulisan aku dalam diari nie gak, agak cantik dan kemas so aku memang kadang2 akan balek diari ini cari idea untuk tulis kalau aku dah lama tinggalkan blog nie... nak menulis tapi tak ada idea.






CIM Class till now, this diari dah jadi buku sticker bagi aku... my emosi semuanya diganti dengan gambar2 sticker2 comel yang dibeli di bookstore; isinya pulak dah jadi rojak serojaknya.... disebabkan ianya Nampak ‘smart’ dari luar maka orang tak tahu bertapa aku mencatatkan segala2nya dalam nie... secara jujurnya diari ini paling bahaya jika dibaca dan dicuri oleh orang lain... sebab aku nie semakin permalas atau perlupa maka aku jadikan hidup ini mudah dengan adanya diari nie maka penulisan dalam blog aku jugak semakin kurang kerana ceritanya dah tertulis dalam buku nie buat apa aku nak tulis dalam blog lagi? Hahaha... aku yang permalas dah datang semula menguasai diri... tapi aku akan cuba paling malas 1 post untuk 2 minggu tak nak lah sebulan 1... tue mmg dah malas gila.
           

Selain Diari dan blog; kini aku mengikut jejak pakar motivasi aku... dia yang sarankan agar kita buat ‘DREAM BOARD’ aka ‘Papan Impian’ dimana semua cita2 dan impian yang ingin dilakukan di tampal dalam bentuk gambar dan ianya sebagai motivasi pada diri setiap hari selepas bangun tidur.... kalau orang buat setahun demi setahun; tapi aku buat 10 tahun sekali... sebab cita2 aku tidak akan tercapai dalam masa yang sangat singkat tapi perlukan komitment tahap mega dan panjang. Harap yang baca blog nie; cuba2lah buat ya~ ini 3 yang pertama; yang mana akan tercapai dulu tue aku tak tahu, yang pasti aku akan berusaha untuk jadikan ke3-3 nie tercapai; ada banyak sebenarnya tapi biarkan yang lain tue hanya aku aje tahu. 

Kedai Kopi/Novel Addict;
impian kami 3 beradik, konsep dan menu semua dah siap
hanya tinggal keberanian untuk keluarkan duit dlm bank
untuk rialisasikannya pada alam nyata. 

Berjaya dengan pengajian PhD dan Kedoktoratnya;
berkhidmat mendidik anak bangsa di Malaysia

menjelajah dunia; belajar erti sebenar hamba kepada
Allah swt






p/s: Sambil belek2 diari lama; terjumpa tiket2 hoki, konsert, surat cinta, gambar artis???? dan bukti kegilaan masa remaja dulu.

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat