Skip to main content

Thinking; Nak ambik khursus/program and univerisiti mana nak sambung belajar lepas SPM?



Okey, mungkin agak terlambat tapi ini hanyalah tanggungjawab seorang senior bila dimintak pendapat dan idea terbaik untuk budak2 junior yang baru dapat result exam SPM, STPM atau STAM. Hanya tip2 mudah yang boleh diambik kira... mungkin ada logiknya tapi keputusan penuh tetap ditangan anda.

Tip nie khas untuk anda yang dapat result sedang2 sahaja. Bukan yang score straight A atau sebaliknya tapi yang cukup2 makan; tak pandai sangat tapi nak sangat masuk Universiti. Tip nie untuk anda; sebab secara jujurnya aku pun tergolong dalam kumpulan nie kalau ikutkan result SPM tapi permilihan Universiti dan Khursus yang bersesuai membuat aku ke tahap nie. 

Ingat mungkin ada yang nasihatkan SPM penting untuk arah tuju anda kelak, tapi Diploma and Ijazah yang sesuai akan membawa anda kepada kehidupan kerjaya yang lebih baik, sama ada anda layak mendapat gaji permulaan RM1200 atau RM2000 untuk pekerjaan pertama anda. Mencari perkerjaan terbaik selepas bergraduat jugak harus menjadi syarat permilihan khursus dan universiti terbaik mengikut khursus.  Okey, baca dan gunakanlah tip nie kalau anda betul2 terdesak dan tak mampu nak fikir nak pilih pilihan yang selamat; (Selamat kat sini bermaksud jaminan anda 100% pasti akan masuk universiti)

  • Pemilihan program berdasarkan minat calon.
    Rasanya cikgu kat sekolah dan ibubapa yang memahami akan gunakkan nasihat nie pada anda; pilih khursus yang anda suka. Tapi disini saya hanya boleh berikan 70% sokong dengan kenyataan nie tapi 30% lagi menolak kenyataan nie. Pilih program yang memberi pulangan yang lumayan dengan kebolehan anda.
    Contoh terbaik aku: 
    Minat: Kejuruteraan Am
    Kekuatan: Komunikasi

    Kesimpulan: Dipendek kan cerita aku dapat tawaran ke Politeknik dalam bidang kejuruteraan polimer dan UiTM dalam bidang Perniagaan. Adalah minat cukup menjadikan anda perlajar terbaik? adakah minat cukup untuk membolehkan anda mendapat Biasiswa untuk menyambung bidang pengajian pada peringkat seterusnya? Dalam perniagaan anda fasafah yang menyatakan "Anda hanya dapat hasil yang lumayan dengan risiko yang tinggi" Jika 5 tahun dalam hidup anda adalah sesuatu yang boleh dipertaruhkan maka ikutlah minat anda. Tapi jika anda merasakan 5 tahun adalah tempoh yang sangat lama untuk sesuatu yang anda tidak mampu memberi jaminan 100% atas hasilnya maka jangan. Ingat anda adalah golongan sederhana resultnya di sekolah, anda mampu menjadi golongan teratas jika anda berlawan dengan mereka dalam program yang memerlukan anda membaca buku 24/7; paling teruk pun 3.00 CGPA. anda mungkin kata kalau dah nasib 2.00 CGPA pun boleh gaji besar... persoalanya anda ada bakat genius? sbb genius people don't be judged by pointer, stupid people does.
 
  • Jangan memohon program yang tidak memenuhi syarat kelayakan. Permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan masuk secara automatik  akan ditolak oleh sistem, hal ini akan merugikan pemohon.
    Rasanya nie adalah nasihat paling baik yang perlu semua pelajar2 lepasan SPM dan STPM tahu... lagi2 lepasan Matrikulasi KPM.
    Jangan sesekali ikut nasihat, "Kau cubalah mana tahu nasib kau baik, kau dapat". Jangan!!! kalau dia kata anda perlu 5 kredit dengan kepujian dalam Add Math, Fizik dan Bahasa Inggeris. Ada nak juga try, percayalah jika sistem komputer tak menolak permohonan anda, anda akan ditolak mentah2 masa interview kelak.(ketika tue, anda dah membazir masa dan duit datang interview). Pengalaman di UPSI membantu Dekan membuat aku faham dan ada pengalaman dengan sistem permilihan pelajar dan sistem interview. (Aku yang buat rangka Program Diploma Pengurusan Perniagaan di UPSI 2012 maka percayalah, jangan buang masa, duit dengan memberi harapan palsu pada diri sendiri).
  • Pemilihan juga perlu melihat kepada persaingan program tersebut.
    Ini kenyataan yang paling pahit perlu ditelan oleh Bangsa Melayu... Dalam sistem pendidikan Malaysia golongan yang monopoli kedudukan sederhana adalah Bangsa Melayu. (Ingat, aku bukan cerita pasal orang bijak pandai tapi golongan sedang2) dimana anda perlu bersaing sengit dengan Bangsa yang memonopoli kedudukan tertinggi untuk mendapat tempat di program2 kesukaan ramai di Univeriti kesukaan ramai.

    Jadi nasihat aku, jika anda nak jugak masuk ke program yang anda suka, pilih Universiti yang akan memilih anda. (Fakta; univ perlu minum kouta untuk sesuatu program jadi sesetengah Univ mmg terdesak nak student. Itu yg terjadi pada program Professional kat Falkulti Business UiTM... mereka tak ada pilihan selain ambik aku sebab hanya 2 orang aje yg mohon pun, jika tak berkuburlah program tue and dana akan diambik semula. BTW; semak setatus QM setiap program anda pilih)

    Contoh: Nak masuk Program Accountant a.k.a nak jadi  Accountan atau kat UiTM kita org panggil budak2 ACC. Maka apa yang perlu anda buat adalah susun tahap keboleh tembusan anda di Univ tersebut; Pilihan ketara anda adalah:
    1. UiTM; diamana itu hak sebagai Bumiputra; harga Yuran pun 90-80% lebih murah dari Univ lain maka anda akan ada extra duit PTPTN nanti.. UIAM atau USIM jugak tergolong dalam pilihan selamat...
    2. UUM; agak sengit tapi kebanyankan akan cuba hindari dari ke Sintuk kerana Univ nie agak kedalam dan kurang keseronakan diluar kampus;unpopular Univ... maka ini perluang anda and kalau anda berani apa kata ke UNIMAS atau UMS... ke Borneo; balik time raya aje nanti guna FireFly kalau anda ke Semenanjung...
     
    3.UMP; universiti baru...new one/unknown .... try "google" and buat research sikit ttg univ2 baru yg umurnya kurang 5-10 thn ingat baru tue bukanlah maksudnya baru buka tapi jumlah graduannya masih sedikit. Lebih bagus jika anda yang terdesak dan ingin mengunakan kaedah nie, pilih Kolej Univ yang akan atau sedang dinilai untuk dinak taraf ke Univ... sebagai contoh Kolej Univ Poly-Tech Mara, syarat permilihanya kurang/tidak ketat dari Univ tapi selepas 5 thn anda akan bergraduan sebagai pelajar Univ.
  • Membuat pemilihan program yang tepat berdasarkan faktor seperti di atas.
    Kalau kat atas aku cerita pasal nak program yang anda nak tapi tak kesah Univ mana; tapi sekarang aku cerita lak kalau anda nak Univ tue aje tapi tak kesah nak belajar apa... paling senang...
    sebagai contoh: Sepupuh aku nak join UiTM tapi result ke laut

    Peringatan pada bangsa Melayu; tak kiralah anda duduk kat mana pun tapi kalau anda nak jugak masuk Univ depan rumah anda maka anda kena usaha lebih dari orang lain.. melainkan mak and suku-sakat anda kaya dan berpengaruh, maka tidak ada sesiapa akan merampas tempat/slot anda (pengalaman interview aku sendiri di Mara; Prof Dr H... tanya aku, Awak ada kenalan kat UiTM nie? tak ada cabel sekarang nie mmg susah). Tapi ingat Cabel Allah SWT lagi power, yang penting keberkatan nnya nnt.

    Okey, sambung... ingat UiTM ada berbelas Kampus dan berbelas lagi Program Usahasama... maknanya ada berpuluh2 cara untuk anda bergraduat sebagai pelajar UiTM. Sebagai Contoh ada berbelas program di dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan sahaja; nak cari Major nie akan memainkan peranan dimana anda akan ditempatkan... Ingat Kejuruteraan Awam anda boleh di tempatkan di Shah Alam, Perak dan juga Terengganu tapi anda sama sekali tidak akan berada di Johor atau Melaka. Maka jangan ingat semua Kampus ada semua program... dan ingat juga jika anda adalah golongan sedang2 anda akan berada didalam kampus sedang2 jugak.

    Maka, dengan bijak:
    1. Pilihlah program yang ada kampusnya kat depan rumah anda
    2. Program yang paling sikit daya penariknya

    * Aku penah jumpa Graduan Program Ijazah Sains Permakanan (Dietission) UKM tapi disebabkan Malaysia tak perlukan beratus Dietission maka dia guna SPM kerja kerani Am kat sekolah sbb Kementerian Kesihatan pun ada keluarkan sendiri graduan Diploma/Sijil utk Dietission itu pun 1 Hospita/Klinik nak 1 aje. Tapi bila tanya, dia kata "Asal aku masuk Univ Yang. Itupun UKM yang offer, tak ada 1 pun pilihan aku dapat dari 8 program yang dimohon masa UPU dulu" maka ianya mmg ada tapi jangan lah anda didlm golongan nie, bukan menghina tapi mulut manusia yg menyebabkan anda terseksa; bila kawan2 masuk Univ, berhijrah ke bandar anda rasa bende nie kemestian dan perkara yang menjadi aib keluarga... tapi kesan siapa yang tanggung???
  • Mendapatkan khidmat nasihat dan penerangan dari Fakulti yang berkenaan, kaunselor / kampus cawangan yang berhampiran dengan tempat calon.
    Yang berhati keras dan masih berpegang pada nasihat diatas (nak Univ tue jugak); maka ini tindakan anda selanjutnya. Buat macam aku; ge jumpa Prof, Dr, Lecture mahupun Kerani Am kat Fakulti tue, biar dia tahu kewujudan anda dan kalau boleh biar mereka nie nampak kesungguhan anda untuk mohon ke Univ atau Kampus tersebut. Ini bertujuan untuk memberi anda peluang tambahan ke dalam slot pelajar masa sesi interview nanti. Letakkan semangat nie dan pemikiran ini didalam hati anda "Dia pun manusia jugak" maka buatlah sesuatu yang menyenangkan manusia lain dan bukan sebaliknya barulah manusia lain akan membantu anda jugak.
  • Calon perlu memilih program yang sesuai dengan kelayakan untuk mengelak dari  bersaing dengan pemohon yang mempunyai kelayakan yang lebih baik.
    Kalau Kail sejengkal jangan memancing ikan di lautan. Ingat nasihat aku nie.... masa depan anda pilihan anda...tapi umur tak akan berkurang, masa tak akan berhenti dan nilai wang ringgit haruslah dihargai. Tak kisah pun kalau tak dapat masuk Universiti, Kolej pun ada, Politeknik pun ada, Kolej Kemahiran, Komuniti dan STPM pun boleh diletak sebagai cabang pilihan untuk anda. Biar perlahan dan tak bernama dari masuk Univ dan semester 1-2 dah kena tendang/dibuang kerana pointer rendah dan Fail paper wajib... Hutang PTPTN yang berpuluh hingga mencecah ratusan ribu yang perlu dibayar... ingat biar menyesal sekarang dari menyesal kemudia hari.
  • Bersedia bersaing bagi memilih program pengajian yang kompetitif kerana bilangan tempat
    yang disediakan adalah terhad.  Markah merit bagi program kompetitif juga adalah tinggi.
  • Berbincang (parent, sibling and friends)


 Nama pun nasihat maka terima atau tidak itu mmg kehidupan anda.



Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat