Skip to main content

3rd Series: Another Tips... Nak beli DSC (Digital Still Camera) Part 1 (Asas ilmu)

This Ain; Sejarah camera Ayun

Laju lak pulak; bila post2 aku nie cecah 100hits so, aku naikkan ke 200hits sebelum aku menulis entry seterusnya. Maka bermula ianya menjadi seminggu sekali untuk suka2 dan 2minggu sekali untuk entry yang serius gila. Next tips; adalah untuk mencari kamera yang sesuai untuk Adik aku a.k.a Ayun selepas Compact Cameranya meninggal dunia dibaling ke tanah oleh Uyun (Anak buah sendiri, mmg tak mampu nak marah. Lagi2 bila sendiri kasik maka x boleh claim kat kakak sendiri mintak ganti ).



Sekarang Application dlm Kamera dah cukup untuk
hasilkan gambar yang kelihatan Professional.
DSC susah sikit nak kasik tip; kerana ianya agak komplex. Secara jujur aku suka jual kat orang yang ada pengetahuan asas kamera lagi2 DSLR sebab memang mahal and lagi2 kalau yang x pandai guna rasa marah meruap2 kat dalam hati (pedulik apa ada duit). Ianya umpama memberi kereta Ferari kepada budak 17tahun; pandai bergaya tapi tak pandai menjaga. Habis kau rogol kamera tue; tapi tak mampu memberi hasil yang boleh dianggap seni. Tapi sebagai orang yang ada ilmu apa salahnya aku berikan info sikit (Part 1) so tip2 (sambungan di Part 2 nanti) yang berguna untuk mencari kamera yang sesuai untuk anda... Jangan beli Ferari kalau nak cari butang "Lock" pun ambik masa 10 minit; pakai MyVi macam aku aje (^^) walau tak sampai 260km/j aku bahagia dengan 140km/j.

Tanya and Jawab soalan nie dulu
1. Apa anda ingin lakukan pada gambar yang anda telah ambik?
- ianya mempengaruhi jenis dan tahap perbelanjaan anda (on the spot; anda boleh tetapkan budget)
- mampu menjimatkan masa dan duit
2. Berminat untuk mengemailkan picture anda?
3. Gunakan online photo albums? (Kakak aku pengguna tegar online photo album*)
4. Letak gambar di dalam blog?
5. Print 4x6 atau 5x7" photo?
6. kadang2 anda nak guna 8x10" photo print?
7. Mengharapkan gambar berkualiti seperti professional? 

kenapa perlu menjawab soalan nie? sebab tanpa sedar anda mampu mencapai semua keinginan atau permintaan anda tanpa berbelanja lebih pun. Ingat semua jenis DSC ada pro and Conts.

Info 1: MEGAPIXELS... it all based on the pixels
benda nie aku ada sentuh sikit kat Tip beli TV; tapi untuk DSC ianya paling penting sebab fokusnya warna pada gambar. Apa yg perlu tahu: 
* Digital Picture=a lots of dots
* lagi banyak pixels lagi tajam/jelas sesuatu gambar
* 1 million pixels = 1 megapixels
* kadang2 ianya  di rujuk dengan cara lurus dan tinggi (kalau johor; tegak dan tinggi); 1600x1200

Basic jumlah pixels yang anda perlukan untuk jawapan dlm info 1.

Info 2: ZOOM~

* bantu untuk wide and close up shot (Lebar dan Dekat)
* Kebanyakkan DSC dilengkapi dengan optical zoom dan digital zoom
* Berhati2!!! Digital Zoom boleh merosakkan kualiti gambar anda kerana ianya mengurangkan resolution dalam gambar
* basic perlu ada sekurang2nya 3x optical zoom dan paling besar 10x



Info 3: Memory
* Basic untuk tahu ada 2 jenis memory iaitu Internal Memory and Removable memory (memory cards)
* Sekarang Majority DSC guna removable memory tapi bergantung pada tahap kecanggihan dan Jenama kamera anda RM juga terbahagi kepada beberapa jenis.
1. Secure Digital
2. Compact Flash
3. Memory Stick

(sangat penting untuk kena jenis nie sebab kadang2 anda beria beli tapi rupanya silap.... lagi bagus kalau anda nak up Memory just ingat model camera anda; sekurang2nya kedai kamera tue tahu jenis memory yang anda guna)
* ada 1 buku untuk belajar Memory card aje; so aku tak mampu nak buat summary kat sini.


Info 4: Viewfinder
* tujuannya tunjukkan gambar yang bakal anda ambil.
* sekarang semuany ada LCD skrin kat kamera; ianya membantu anda yang armature (baru nak belajar) untuk melihat gambar yang bakal diambil; teknologi nya sama dengan Flat screen display tau !!! tapi bagi yang berpengalaman nya menganggur tumpuan/fokus gambar dan menyukarkan menstabilkan kedudukan kamera yang dipergang dan paling utama ianya makan beteri paling banyak~ 

Info 5: Power
*Apabila mengunankan Viewfinder maka jangka hayat bateri kamera anda juga akan habis sederas air terjun walaupun jumlah gambar yang diambil berbeza2.
* Ingat bateri jugak diperlukan jika anda menggunakan internal memory untuk dimuat naik gambar ke komputer.
*3 jenis bateri yang biasa digunakan jika anda menggunakan rechargeable power:


Sekarang lebih kepada kecil tapi tahan lama


1. Lithium ion: long lasting power; small and recharge paling cepat tapi paling mahal
2. Nickel Hydride: murah and common size (AA)
3. Nickel Cadmium; lose power overtime and hold less battery life after every charge

Info 6: Camera Size

* Ada tiga jenis yang ketara:
1. Small compact camera a.k.a Pocket/ Bag Camera
2. Standart size digital Camera a.k.a Compact Camera
3. Proffessional Camera a.k.a DSLR 

Kerajinan aku hilang separuh jalan maka scan book mood activate~
Besarkan size picture; anda akan dapat info ringkas
 ttg pro and conts both types of camera.

Sekarang ramai minat DSLR sebab boleh cari sub income

After 2 weeks; I will post 2nd Part ttg tip2 nak beli DSLR camera. Sekarang nie kumpul ilmu dulu, dah tahu serba sedikit ttg camera and asas yang perlu ada dan tujuannya. Anda mungkin dah ada gambaran nak pilih yang mana 1 ikut kemampuankan~ 

Bye, see you again in next post.
Credit Picture as attach


 

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat