Skip to main content

Pegawai Takbir dan Diplomatik; Soalan2 Interview seingat yang mampu (M41)


okey; last week aku dah siap separuh tip2 untuk menghadapi peperiksaan tapi entah kenapa dengan tangan aku yang menekan tiba2 yang tinggal hanya huruf "n"; nak recover balik.. itu adalah auto save nya jugak.. so...terdiam... maka, minggu nie aku buat benda lain pulak. Disebabkan aku terpilih sekali lagi untuk pergi interview PTD (untuk kali ke 2; selepas 3 tahun) maka untuk persiapkan diri aku, kita ulang kaji bersama2 dengan mereka yang memerlukannya atau yang kebetulan baca blog aku nie (^^)


Introduction;
kalau macam tue senang aku tak adalah jadi penganggur kat sini~

Soalan2 Asas;
1. Apa itu Pegawai Tadbir dan Diplomat?
Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan awam terawal dan ‘premier’ yang telah bermula sejak zaman penjajahan British lagi iaitu pada 1904. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa asal usul perkhidmatan ini adalah lanjutan dari Malayan Civil Services sebelum ditukar kepada Malaysian Home and Foreign Services (MHFS) pada 1966. Pada 1971, nama Malayan Home and Foreign Services (MHFS) ini telah ditukarkan sekali lagi kepada Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PTD) sehinggalah ke hari ini.


Perkhidmatan ini mempunyai bidang pengkhususannya yang tersendiri, iaitu Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri, Keselamatan dan Pertahanan Negara, Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Tanah / Daerah / Tempatan, Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur, Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi, Pengurusan Sumber Ekonomi, dan Pengurusan Sumber Kewangan. Kesemua bidang pengkhususan ini membolehkan penjawat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ditempatkan di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Tempatan dan terdapat juga yang ditempat dan dipinjamkan ke badan-badan berkanun dan badan-badan antarabangsa.

Perkhidmatan ini memegang kepimpinan utama di semua kementerian dan di pelbagai jabatan persekutuan serta sebahagian pentadbiran negeri sebagai Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Duta, dan juga Pegawai Daerah.


2. Senaraikan pengkhususan PTD yang anda tahu?/ Bidang tugas seorang PTD?
  • Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri, 
  • Keselamatan dan Pertahanan Negara, 
  • Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, 
  • Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Tanah / Daerah / Tempatan, 
  • Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur, 
  • Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi, 
  • Pengurusan Sumber Ekonomi, dan 
  • Pengurusan Sumber Kewangan.
3. Jika diberi peluang; anda berminat untuk menyertai bidang apa? Perkhususan diminati; Ekonomi? Kewangan? atau Pentadbiran? Mengapa?

Aku tak mampu nak tulis apa jawapan aku; sebab kalau Along atau Ayun baca blog nie; aku kemungkinan besar akan ditendang keluar rumah.


* Percayalah jawapan anda dalam soalan asas nie akan membawa kepada soalan2 seterusnya. Sebab tue setiap calon soalannya berbeza.

Soalan-soalan Pengkhususan; Bidang Pengurusan 
(panel tue sendiri pilihkan sebab jawapan aku buat dia terdiam)

4. Pendapat atas perubahan Dasar terbaru Kerajaan Malaysia? Bincangkan?

# Tip 1; jangan keliru dengan perkataan Dasar dan Akta; bezakannya dan anda baru boleh menjawab sebab takut anda terkeliru dan jawapanya juga akan menjadi keliru.

So; Dasar adalah Satu pengistiharan (hasrat dan ideologi kerajaan) dibuat dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan atau mendapatkan atau mencapai objektif. Maknanya ianya berubah mengikut hasrat dan impian kerajaan Malaysia pada sesuatu masa tertentu; Pada umumnya dasar yang dibentuk oleh kerajaan mempunyai objektif, strategi pelaksanaan dan penilaian terhadap keberkesanannya. Manakalah Akta; adalah undang2 yang telah diwarta di Parlimen dan Berkuatkuasa perlaksanaan di Malaysia

#Tip 2;  anda berada di zaman Dato Sri Najib; jangan cerita zaman PM yang dulu. . 

# Tip 3; Asas untuk Rakyat Malaysia untuk mengetahui; adalah 
1) Dasar Wawasan 2020 
2) Dasar Pembangunan Nasional 
3) Dasar Kebudayaan Kebangsaan
4) Dasar Pengsyarikatan Malaysia
5) Dasar Pertanian Malaysia
6) Dasar Penswastaan
7) Dasar Pendidikan Negara (dulu PTD tidak dilantik ke Kementerian Pendidikan; namun sekarang PTD juga dipinjamkan ke Kementerian ini; maka anda boleh mengunakkan dasar Pendidikan sebagai rujukan juga- satu2nya dasar yang aku tahu dan faham)
8) Dasar Ekonomi Baru

Note:

p/s; Aku cemburu pada sesiapa yang penah hadiri kem Modul Kenegaraan; anda dah belajar semua nie. Kalau aku penah pergi aku mesti boleh ingat dengan senang... sbb ada orang nak ditanya dan bercakap. Kalau study sendiri mmg susah sikit~


Maka; kita ulangkaji tentang dasar yang dikeluarkan oleh PM kita yang terkini; 

A. Dasar Transformasi Nasional;

1. Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2010
- menyasarkan untuk mentransformasikan perkhidmatan awam Malaysia menjadi sebuah pentadbiran  yang dinamik, inovatif dan berfokuskan rakyat menerusi 7 Bidang Keberhasilan Utama Negara  (NKRA)*

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
1. Menangani Kos Sara Hidup Rakyat, 
2. Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah, 
3. Mempertingkatkan Infrastruktur Luar Bandar, 
4. Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar, 
5. Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar, 
6. Merujuk Inisiatif Membanteras Rasuah dan 
7. Mengurangkan Kadar Jenayah


2. Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011
bergerak memacu pembangunan 12 sektor ekonomi (NKEA) seiring dengan 6 inisiatif pembaharuan   strategik (SRI) dalam negara.
*Strategic Reform Initiatives, atau SRI

Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi atau “National Key Economic Area” (NKEA) 
* Dibawah; TERAJU

Keenam-enam SRI telah dikelompokkan berdasarkan 37 dasar polisi dan sekarang merupakan komponen kedua yang kritikal bagi Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme, atau ETP). Ini melengkapkan fokus yang telah diberikan oleh 12 lagi Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas, atau NKEA) yang dijangka akan dapat meningkatkan daya saing Negara dan membolehkan pertumbuhan yang berkekalan. Ianya adalah:
*Dibawah; PEMANDU 

3. Program Transformasi Politik 
Ordinan Darurat telah berakhir, undang-undang era penjajah iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan tahanan tanpa dibicara dimansuhkan, lesen kawalan penerbitan akhbar telah dihapuskan, larangan kepada pelajar menyertai parti politik telah ditarik balik dan PM juga berjanji untuk mengkaji semula Akta Hasutan.

4. Program Transformasi Sosial (Paling Hot)
-melibatkan usaha mengubah sikap masyarakat
-urut membabitkan peranan kerajaan mengukuhkan kedudukan ekonomi negara kerana      transformasi sosial sukar dilaksanakan sekiranya faktor kewangan menjadi halangan

B. Model Baru Ekonomi (MBE);

 Berpendapatan tinggi – sasaran AS$15,000 – 20,000 perkapita pada 2020. 
 Membolehkan semua komuniti menikmati kekayaan negara sepenuhnya. 
 Memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang 

KOMPONEN UTAMA MBE;  
1. BERPENDAPATAN TINGGI 
-Pendapatan perkapita RM54,000 pada 2020 
-Tingkat pelaburan 
-Mendorong produktiviti dan kecekapan buruh 

2. KETERANGKUMAN 
-Pertumbuhan ekonomi yang menyokong golongan miskin 
-Memastikan bahawa tiada kumpulan yang dipinggirkan dan keperluan asas rakyat dipenuhi 
-Mensasarkan bantuan dan mengukuhkan keupayaan kepada isi rumah dalam kumpulan 40 peratus terendah (77.2 peratus = bumiputera) 

3. KEMAMPANAN 
-Memastikan semua kaedah dilaksanakan mampan dari segi ekonomi dan alam sekitar 

4. PERANAN UNIT MODEL BARU EKONOMI KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (KKLW) 
- Menyediakan pelan dan perancangan strategic peringkat KKLW untuk tempoh RM Ke-10 dan 11. 
-Merancang dan menyelaras program semua agensi di bawah KKLW untuk mencapai matlamat MBE luar bandar. 

5. PENDEKATAN MBE LUAR BANDAR 
-Mengusahawankan warga luar bandar 
-Memperkasakan usahawan jaya 
-Membina rantaian nilai perniagaan 
-Mengintegrasi dan memperkukuhkan mekanisma perlaksanaan program sedia ada 
-Membangunkan modal insan

5. Isu-Isu Semasa. Boleh terangkan pendapat anda ttg isu2 semasa yang melibatkan Nagara; dalam bidang kuasa PTD? 

#Tip 4; Disebabkan aku dari bidang Pendidikan; masa temuduga aku ada cerita pasal Biasiswa/Pakej Bajet Mini yang diberikan untuk meningkat jumlah siswazah Sarjana dan PhD dikalangan warga Malaysia. Tapi Ketua panel aku tue; galing kepala and tanya soalan yang lebih kearah PTD. So, am out.
Maka mengetahui asas bidang kuasa tue amat penting; dan ikut dari situ untuk dapatkan informasi terkini. Jangan main hentam aje~

Contoh;
Soalan2 Tambahan;
Soalan tambahan biasanya ditambah semasa kita sedang menjawab soalan Asas; mungkin maklumat yang kita beri tue ada kesilapan; atau dia memang nak uji kita (pada aku dah memang nasiblah) nak tengok sebagai PTD kita ada tak ciri2 atau sifat2 yang mereka cari.

Sebagai Contoh;
1. Apakah peranan PTD di Parlimen Malaysia?
2. PTD sebagai pengubal Akta, boleh anda terangkan secara ringkas bagaimana sesebuah Akta itu boleh di gubal? (Soalan trik; PTD boleh gubal Akta ke?)
3. Apa perbezaan antara Dewan Rakyar dan Dewan Negeri (Parlimen)?
4. Apa yang anda faham tentang Perlembagaan Perseketuan?
5. Apa perbezaan antara bidang kuasa Kerajaan Persektuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan?
 dan macam2 soalan ajaib yang boleh disoal.

# Tip 5; Jawab dengan jujur dan jika tak tahu  pastikan anda akan berusaha untuk belajar dan melakukan kajian ttg isu tersebut. 


Okey, selamat maju jaya untuk diriku jua~

"What the mind can conceive and believe; it can be achieve"
"When you shoot for the moon and you come up short, you still end up among the star"
"Don't ask; What your Country give you?; but ask yourself ;What you has give to your Country?"  

@@Ada Form n Size tulisan kat post nie macam bercampur2... rojak... tapi bila edit normal aje... so. sorry it just as what you see@@

14/11: Aku interview di SPA Melaka; soalan berkesah pada latarbelakang pendidikan aku and soalan2 skop PTD adalah DASAR PERTANIAN NEGARA; Projek, kegagalan dan kejayaan serta penilaian aku sebagai seorang PTD.


Credit; goes to: 
jendelasejarahku.blogspot.com


Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat