Skip to main content

Nak pasang Pelita...tapi Babah tak kasik..per~

Lagi seminggu nak Raya, apa salahnya kalau nak meriahkan kawasan perumahan nie???... kat kawasan rumah aku dalam lingkungan 10 umah atas, bawah, kiri dan kanan mmg gelap gelita..memang tak meriah..dulu babah rajin gaklah beli lampu nion yang beratus2 ringgit tue di pasang kat garaj rumah..kira kalau berjalan kat jalan tue umah aku yang paling terang siap kelip2 macam iCity kata Hajar tapi sejak pencen nie babah lebih suka mengaji alQuran dan ke Surau dari aktiviti bab membazir duit nie katanya. 

# Agaknya Tahun nie Babah akan pasang bendera Malaysia and Johor tak masa merdeka nanti? Tiap2 tahun pasang termasuk tahun lepas, Ya beraya dengan bendera kat depan pintu pagar rumah

Tapi aku diam2 dah beli minyak tanah and tgh cari pelita aje...Lampu nion yang lama tue aku nak pasang kat beranda belakang rumah..huhuhuhu...kalau berjaya misi aku kali nie, aku upload kat sini nanti...

# nie kawasan kejiranan aku, Ya mmg gelap gelita... kenapa? jangan tanya aku pun tak tahu...sbb tue lah agent alarm mmg suka kat kawasan nie...


Nie kawasan belakang rumah; dari Surau
20 kanan and 20 kiri mmg gelap. umah aku yg titik putih tue
*Yg terang tue rumah Bos Ayun; Branch Manager Watsons
Kawasan Depan pulak; lampu Jalan aje ada;
mungkin korang rasa jln nie rumah org susah; jawapanya Terbalik.
*Yg terang tue owner biskut Hwa Tai punya rumah;
* Rumah Doktor sebelah aku pun langsung x buka lampu 


so, apa aku nak letak kat entry nie?
gambar and video ttg hukum pasang pelita.



p/s: Aku mmg tak suka cara MC dalam youtube nie atas sebab2 peribadi; tapi ilmu yang disampaikan oleh ustad yang nak dikongsi maka jangan nak samakan aku dengan fahaman dan cara permikiran mereka. Yang baik di ikuti dan yang buruk di jadikan taladan.


and kongsi pengalaman tgk orang pasang pelita... 





aku suka lalu kawasan kampung setiap kali nak raya, selalunya area Muar-Batu Pahatlah tapi paling menarik area Pagoh-Bukit Kepong-Gementah, aku lalu situ zaman belajar dulu kat Segamat siap bunyi Meriam buluh lagi, kalau layan lagu Sudirman "Balik Kampung" per terus buka tingkap, nyanyi kuat2 dalam kereta, tangkap feel. Sekarang, makin kurang, kat kawasan nie mmg tak ada lagi meriam buluh tapi bunga api yang besar dan berpuluh2 dos tue adalah.. dah tak ada beza antara Tahun Baru atau Hari Raya. 



Tapi saranan aku kat sini, kalau bukan kita yang meneruskan tradisi, tak ada siapa lagi. Hulukan sedikit kesenangan untuk melihat anak2 kecil tersenyum riang, anda dah merasainya kenapa mereka di halang hanknya~

So, Jom pasang pelita kalau tak ada tanah ge pasang lampu nion yang berkelip2 tue...lagi best kalau yang siap dengan lagu raya...Kad Raya dah hantar ke???? bab nie aku malas sikit...huhuhuh..nak menulis tue...

# cerita pasal pelita ada 2 lagi yang menyebabkan aku nak cerita; 1. Kegemaran Mama 2. dulu dia anak kesayangan Raja Gopal sekarang anak tiri. (^^)


Kuih Pelita


Safee Sali dan Pelita Jaya

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkat...

Mangsa Buli.. sampai bila kami harus dibuli?

Dah masuk 2 hari aku asyik bermimpi benda yang sama... isu yang menjadi hangat dan disiarkan secara langsung dalam Berita Utama di stesen TV tempatan, pelajar dibuli... perbagai hujah dan bukti kajian dibincangkan tapi sayang ianya dihujah oleh pakar2 dan ahli Terapi dan bukannya mangsa buli? kerana pada pandangan aku, pengulas yang baik dalam isu ini adalah mangsa buli yang mampu melupakan sejarah hitamnya sendiri.Aku berjanji pada diri aku sendiri bahawa aku akan lupakan sisih hitam kehidupan aku...namun subuh hari ini aku tekad meluahkan semuanya dan aku ingin buktikan jika anda mangsa buli bukannya mudah anda ingin melepaskan diri dari Pembuli. Sekolah Rendah Aku budak kampung, bersekolah disekolah kampung dimana peratusan lulus UPSR serendah 70%. Dan aku dibuli oleh para Guru dan Rakan bermula dari darjah 3 lagi berusia 9 Tahun. Apa yang budak sekecil ini tahu tentang Buli? kami tidak tahu; apa-apa "Dia bodohlah, Cikgu!!! Kenapa nak tukarkan dia kelas Baid...