Skip to main content
Membara rindu di hati…
Menulis Blog dan tiada Komitmen

Agak lama tak buat apa2 kat blog nie… sebab ada banyak benda yang menggangu, tapi aku masih ada diari yang makin hari makin padat dengan rungutan dan tak kepuasan hati. Tapi itu semua dah hampir aku selesaikan. Mungkin aku nie bukan jenis manusia yang sukakan komitmen, bila ada komitmen hidup aku bercelaru dan tak tersusun. Terbalik kan? Tapi itu adalah rialiti kehidupan aku.

Bila aku dah tak ader komitmen aku rasa senang dan lebih teratur, tergelak dan berjaya dalam pepeiksaan aku satu per satu. Hidup nie ringkas, pada aku cukuplah komitmen sebagai anak, adik, kakak dan pelajar dan juga kawan baik kepada kawan aku si Duyut tue. Tak nak yang lain, semak.

Aku akan mula tertekan dan tidak rasional bila ada komitmen yang berkaitan dengan perhubungan tak kiralah dengan lelaki atau pun perempuan. Aku amat rindukan diri aku yang tak ada komitmen tue. Hidup aku hanya ada keluarga dan kerjaya. Dan sekarang bile aku ambik keputusan menerima hakikat aku dah tak perlu setia pada ‘kawan sekuliah’ aku lagi, aku terdiam, dan tersenyum. Akhirnya, rindu yang membara dalam hati telah hilang kerana aku tak perlu menanggung komitmen lagi.

Jika dari dulu lagi aku sedar hakikat nie, tak perlulah aku x lulus paper Marcom tue. Tak ada makna kesetian apabila dibalas dengan cacian dan penghinaan. Hidup aku mula hebat, mana taknya apabila kewujudan aku disedari dan dihormati seperti dulu. Tak seperti 3 bulan yang lepas, hidup nie macam dipukul ombak di tangah lautan, tak bertepian.

So, enjoy hidup nie, dan aku akan berusaha untuk teruskan keadaan sekarang dan jangan pandai-pandai nak tanggung komitmen lagi dengan orang lain. Menyusahkan aje.

p/s kalaulah blog nie dibaca oleh lecture Model 2 aku tue. Mau dia belasah aku cukup2. penat dia mengajar agar menerima komitmen dalam kehidupan, aku pulak tak nak komitmen.. Hidup En. Yamen!!

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkat...

Mangsa Buli.. sampai bila kami harus dibuli?

Dah masuk 2 hari aku asyik bermimpi benda yang sama... isu yang menjadi hangat dan disiarkan secara langsung dalam Berita Utama di stesen TV tempatan, pelajar dibuli... perbagai hujah dan bukti kajian dibincangkan tapi sayang ianya dihujah oleh pakar2 dan ahli Terapi dan bukannya mangsa buli? kerana pada pandangan aku, pengulas yang baik dalam isu ini adalah mangsa buli yang mampu melupakan sejarah hitamnya sendiri.Aku berjanji pada diri aku sendiri bahawa aku akan lupakan sisih hitam kehidupan aku...namun subuh hari ini aku tekad meluahkan semuanya dan aku ingin buktikan jika anda mangsa buli bukannya mudah anda ingin melepaskan diri dari Pembuli. Sekolah Rendah Aku budak kampung, bersekolah disekolah kampung dimana peratusan lulus UPSR serendah 70%. Dan aku dibuli oleh para Guru dan Rakan bermula dari darjah 3 lagi berusia 9 Tahun. Apa yang budak sekecil ini tahu tentang Buli? kami tidak tahu; apa-apa "Dia bodohlah, Cikgu!!! Kenapa nak tukarkan dia kelas Baid...