Skip to main content
Cerita Lama2

Malunya…Malunya…
Apa aku dah buat nie?

Minggu nie rasa macam teruja sebab akan ader presentation yang pertama sepanjang semester nie. So, dengan berkobarnya aku pun presentlah. Agak biasa tapi tetap ader pujian tentang kepadatan dan berbekesanan nota yang disediakan...rasa bangga juga sebab nota tue aku yang buat setelah 2 minggu mengedit dan menaip. Rabu depan pulak ader test yang pertama, agak teruja tapi otak aku hanya fikir nak balas demdam masa final nanti so tak banyak fikir sanggat markah untuk test nanti.

Disebabkan persembahan yang baik masa presentation tue, aku ditawarkan jadi pengacara untuk majlis diner untuk budak-budak marketing kat Melaka 25hb nanti… aku mintak masa fikirkan dulu, sebab aku lebih berminat jadi MC untuk paper ISSU part 5… tapi sampai sekarang abg. Shafiq tak jumpa aku lagi (malas nak berharap sekarang). Mula-mula tue rasa macam nak aje terima tawaran Arsad tue tapi bila aku tanya siapa yang akan bergandingan dengan aku… aku terus tersenyum dan terus tersenyum….

Ader ke dia nak gadingkan aku dengan Maknyah tue….. gelinya….memanglah akan jadi gamat suasana majlis tue sebab mulut leser aku jumpa dengan mulut laser maknyah tue, tapi aku takut aku tak boleh kawal keadaan dan majlis penuh dengan sindir menyidir, macam Najib Ali dengan Sarimah Ibrahim masa Anuggera Muzik-Muzik. Dua orang yang berlain pendekatan dan saling benci membenci digandingkan bersama berkongsi mikrofon dan podium... mimpi ngeri tau.. tak nak aku.

Selain dari tue, aku dah boleh bersembang dengan Herman yang merajuk tak sudah tue, gara-gara Amalina yang memalukan aku depan Abg. roti tue...malu giler! aku tanya pasal tin kacang yang kecik tiba-tiba aje dia jumpa Abg. roti tue mintak roti kecik untuk aku...Herman yang ader kat situ pun naik hairan sebab aku tiba-tibe jadi permalu nak tanya pasal roti, siap kena tegur lagi. Aku yang dah malu giler, sebab tak faham aper yang berlaku...nak tak nak teruslah ambik roti tue, dan bayar. Sampai sekarang aku tak makan pun roti tue...sebab aku nak makan kacang bukan roti!!

And satu lagi perkara yang memalukan aku minggu nie, tiba-tiba aku jadi mengatal kat Lecture aku yang dah kahwin tue...siap kena sindir lagi. Pandang dia macam nak goda aje.... malunya!!!malu giler, aku gelak besar bila Amalina tegur aku masa dalam bilik tue. Patutnya yang main peranan mengatal tue patutnya Amalina tapi tiba-tiba aku yang mengatal!! Kenapalah aku buat semua nie.... tolonglah... bila fikir balik memang kelakar dan kelakar. Aku terus menaip kat blog nie sebab takut lupa... antara minggu yang giler untuk aku..

For others, Happy Holiday and Happy Chines New Year!!!

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat