Skip to main content
Cerita Lama2

Usaha, Doa dan Tawakal…tapi jangan putus asa

Hari result keluar dah hampir tiba. Kalau tak di ungkit oleh ayun tentu aku tak nak ingat langsung cerita nie. Untuk pelajar-pelajar UiTM ada dua pilihan, sama ada nak tengok secara on-line atau tunggu kat depan pintu sampai abang Posman hantarkan. Teringat aku kisah pasukan Hoki Malaysia, mereka kuat berusaha untuk tidak kalah, berdoa agar Jepun atau Pakistan kalah dan akhirnya bertawakal pada hari pertandingan. Kesudahannya mereka tewas kerana nasib tak menyebelahi mereka.

Nasib ? Aku bergitu takut untuk mengetahui keputusan paper Bahasa Arab 3 tapi orang lain anggap macam biasa saja. Kalau Ayun pulak kena pastikan dia lulus untuk paper Akaun yang dah kali ke 2 dia ambik, terpaksa gadai jawatan komander Kesatria dia jika gagal. Aku? Kalau gagal aku akan menanggung akibatnya dalam jangka masa panjang.

Aku penah dapat C- untuk paper Matematik, Komputer dan Akaun. Orang lain kata aku patut bersyukur sebab ada orang lain kena repeat paper tapi aku tak.. tapi kesannya sampai aku nak pilih Univesiti terbaik untuk sambung digree pun tak boleh sebab CCPA sekadar 2.46 untuk semester 1 tue lah walaupun aku dapat 3.92 pada semester lainya aku sekadar ada CGPA 3.17 sahaja. Itu ada lagi 5 semester untuk tarik pointer, degree nie hanya ada 4 semester tolak 1 untuk prektikal tinggal 3 semester sahaja. Untuk menjadikan lebih parah, setiap semester ada 7 paper kena ambik. 39 kredit hours untuk setiap semester, nak sambung belajar atau kerja, tetap tak ader pilihan aku perlu dapat Anuggera Dekan; CCPA 3.5 ke atas untuk setiap semester.

Usaha...Aku rasa dah berusaha walaupun aku tak berusaha seperti dulu aku tahu aku dah cuba. Aku rasa aku tahu kenapa aku tak belajar segigih dulu.. semua nya gara-gara tawaran aku di tolak dan aku dah patah hati bila UiTM tawarkan tawaran kat aku. Masa tue aku memang dah tak ader niat nak belajar tapi aku berusaha dengan gigih untuk yakinkan hati, minda dan jiwa aku bahawa ini ketentuan Allah yang ada khimahnya. Teruskan usaha untuk belajar kerana aku tahu di hujung sudut hati kecik aku ada semangat yang tak kan lutuh.

Aku memang bersyukur kerana semangat tue, aku 2 kali mengalah untuk tidak meneruskan pengajian ini dah hampir lima kali aku nak tukar couse dan tempat pengajian. Tapi aku masih kekal disini. Hebat.. menangis memang banyak kali kalau bukan mama, along, ayun dan kak naz nasihat kan aku. Aku mungkin dah berhanti belajar

Doa...Setiap hari aku berdoa lepas solat tapi aku tak tahu semenjak nie, aku mula hilang semangat tapi aku masih ada motivasi untuk tidak mengalah. Aku patut berpenggang pada perinsip aku. Sebab selama nie, Allah s.w.t tak pernah tak tunaikan doa aku. Aku kena kuat berusaha dan tak mengalah, kan Dunia nie Allah yang cipta tentu Dia tahu apa yang terbaik untuk aku..

Tawakal...inilah yang paling susah sekali, tak boleh yakin diri tapi tak boleh juga merendah diri. Berserah kepada Allah, stage nie lah ramai manusia lemah. Keimanan dan ketakwaan diukur di sini. Mungkin nazar ku tak sehebat mana tapi aku tahu jika aku bernazar benda lain aku tak mampu tunaikannya. Nazar tue janji dengan Allah sampai kiamat masih dihitung lagi. Takut tapi berserah

Untuk diri aku selamat berjaya. Yakinlah anda mampu merialisasikanya, ingat janji dan sematkan semagat tidak mengalah. Kepada yang lain, selamat berjaya!

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat