Skip to main content

Mask Muka ... Penjagaan Kulit Muka untuk si Pemalas macam Aku


Start balik perlahan untuk rajinkan diri update kat blog nie... and kali nie, nak kasik  TIP untuk kecantikan paling simple dan mudah... sesuai untuk perempuan yang agak malas dan nak kesan yang cepat... Macam Aku... As salesman paling basic muka mesti x ada jerawat, parut dan kusam... nak lawa macam artis or hipsters yang buat tutorial markup or tudung tue... kenalah belajar markup bukan penjagaan kulit, lain tau....



Paling simple, kenali mask dulu... konsep dia sama macam pakai krim jenis cecair dengan kuantiti yang banyak dan biarkan pada muka... banyak dia, banyak mana? Banyak macam kalau pakai krim harian tue, 2 kali sehari ini pakai 6kali sekali pakai.. Jumlah yang banyak bermakna anda tak perlu kerap menggunakannya, cukup sekali setiap 3 hari.... kalau pakai setiap hari dalam TV tue, per... kesan dia lebih cepat tapi agak bahaya untuk kulit anda...



Mask Muka terbahagi kepada 6 jenis utama 1. Tanah liat (Clay) 2. Peel-off (boleh tanggal) 3. Krim 4. Minyak Suam (warm-oil) 5. Wap (Thermal) 6. Semulajadi (Neutral)...


and my favourite Peel-off Mask...dimana selalunya terbahagi kepada 6 fungsi utama 1. Refreshing (Menyegarkan) 2. Brightening (Mencerahkan) 3. Rejuvenating ( Memudakan) 4. Moisturizing (Melembabkan) 5. Delicate ( Melembutkan).... atau kombinasi salah satu nya.... Namun ramai yang pakai x guna cara yang betul dan menyebabkan kesan tak seperti yang di inginkan... Dulu harga mask yang dibeli dalam lingkungan RM1-RM5 paling mahal untuk sekeping tapi sekarang harganya mencecah RM7-RM20 ringgit sekeping... hampir 4kali ganda mahal... Maka untuk pengemar Mask Peel-off macam aku, in house brand jadi pilihan...

 In house Brand seperti Wetson Brand dan Guardian jauh lebih murah dan mempunyai pilihan bentuk dan asas bahan yang berbeza. Ramai kawan2 yang aku berikan secara percuma Mask yang ada, sebab terbeli banyak jenis yang sama, namun mereka macam tak suka... sebab kasik benda murah sebagai hadiah... aku rasa macam sedih pun ada gak.... sebab sebagai pengguna Mask... aku rasa nak nangis.... dengan harga yang ada sekarang berbanding dulu... untuk pembeli secara pukal atau kotak, ianya lebih murah berbanding dengan 1 unit...ada kebaikannya jugak beli 1 jenis... tapi pada aku, fungsi mask perlu berbeza mengikut keadaan kulit semasa...

sama ada kering, kusam atau berminyak serta berjerawat.... seminggu 2-3 kali, dan asas yang biasa aku akan pilih whitening (Memutihkan)/Brightening.... namun bila dah terdedah pada suhu sejuk aircond maka aku akan tukar ke Moisturizing atau Refreshing....  dan bila muka berjerawat sebab nak datang bulan maka aku bertukar ke Delicate atau apa2 mask yang ada Aleo Leaf Juice  atau orang Melayu kata; Lendir Daun Lidah Buaya..... namun jika ada yang suka hanya 1 jenis sahaja, mereka nie akan pakai cream muka dan Mask sebagai sebahagian rutin kecantikan sahaja.... bagi permalas mcam aku memang ini sahaja yang aku pakai, maka penggunaannya berubah2...

Tips Penggunaan Mask jenis ini amat mudah:
1. Basuh muka dan keringkan muka anda....
Jangan ada kesan alat solek dan muka yang baru dibersihkan membuka ruang2 roma kulit... maka banyak zat2 larut boleh diserap dengan lebih baik.

2. Buka dan pasangkan Mask pada muka anda
Jangan risau x ada istilah terbalik dalam mask Peel-off, buka plastik dan letak pada muka anda...
Nak baring ke, duduk ke atau berdiri sekali pun x jadi masalah.... pastikan mata anda tidak terkena cecair krim pada mask...

*Penah beli Mask dari Korea dimana saiz muka, bukaan pada mata dan mulut jauh berbeza dengan saiz Asia... Mask nya mata sepet dan mulutnya kecik... so baca info dibelakang...

3. Lebihan Cecair pada beg Mask
Jangan buang... simpan dalam peti sejuk, dan gunakannya sebagai cream muka pada waktu pagi... ianya berkesan, menjimatkan dan lebih mudah... rasa sejuk tue amat membahagiakan...

4. Ikut waktu yang ditetapkan
10-15 minit sahaja.... jika bilik anda bersuhu tinggi maka Mask cepat tersejat dan tempoh yang diperlukan pendek... jika suhu sejuk, maka masa diambik agak panjang..... Jangan biarkan mask kering pada muka... sesetengah bahan boleh bertukar menjadi glue/gam pada kertas Mask dan kulit anda..... menyebabkan alahan... dan melekat pada kulit.

5. Jangan basuh muka, Sapu/urut dan biarkan sahaja.
Bila masa yang ditetapkan sampai.... anda boleh simpan jika Mask yang masih lembab atau buang terus jika ianya hampir kering... x perlu berjimat sangat... dan urut muka anda agar lebihan cecair meresap masuk ke muka...

6. Amalkan secara consistent selama sebulan
Jika anda baru nak bertukar ke cara Mask ini, cuba secara konsistent dahulu selama sebulan..3kali seminggu..... sebab ianya bukan rutin harian kesannya mungkin lambat... tapi jika pakai sehari2... selepas seminggu dah nampak kesannya....

* Bukan semua Mask dari Korea bagus... sebab cuaca dia x sama dengan Malaysia... tapi sebab kita obses dengan kecantikan orang Korea, maka berlambak Mask dari Korea... baca bahan dia so x ada yang haram.. and berdoalah saiz mask dia ikut starndart manusia kat muka bumi nie...


Selamat mencuba!!!!!



Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat