Skip to main content

Shopping di LAZADA MALAYSIA..... lebih berbaloi dan menarik... atau pengalaman ngeri?



Komputer mahal aku nie sakit... 3 bulan kat HP Center... semua aduan dalam email dan transaksi dalam Dollar Amerika... Pay first and than we handle your complain... Okey, memang salah aku... ramai dah nasihat aku jangan beli HP... tapi aku berkeras jugak dan aku memang dah malas nak fikir pasal harga... asalkan aku dapat apa yang aku nak, aku akan usaha... dan beli.... tapi kesan jangka panjang dan kadar kerosakannya aku tak fikir panjang...  Dan ujian ini datang serentak dengan keadaan aku dimana aku tak dapat pun close sale untuk sebulan dan hanya separuh untuk 2 bulan berikutnya....

Diuji dengan teruk dan bulan nie pun aku dimulakan dengan customer aku di curi dalam kedai tue sendiri... So, aku rasa... kena buat benda baik2... bulan nie... kembali membantu orang lain agar berfikir panjang sebelum beli barang dan jadi pengguna yang sedikit berilmu... basic skill beli di LAZADA dan tip yang saya amalkan... 

Persoalan yang sering ditanya oleh kawan2 aku pada hantu beli barang online seperti aku dan Alex, Apa yang kau orang beli online?


Persoalan nie agak berbeza antara aku dan Alex.... Aku Malaysia Online Shopper... Alex China/Taiwan Online Shopper... kami kongsi info, compare harga barang..... join kenalan online... group buyer dll.... aku baca English dan Alex baca Mandarin... Dia nak barang Malaysia aku carikan... Aku nak barang dari China, dia carikan... percayalah harga nya jauh berbeza jika anda beli barangan buatan China secara online menggunakan laman sesawang Malaysia... biar lambat tapi berbaloi...

So, aku jawab soalan basic nie dulu.... aku beli apa sahaja yang aku perlukan tapi dimana keadaan barangan itu berpihak pada aku...

(1) Pilihan Variasa
(2) Jurang Harga + Penghantaran berbanding kedai 

(3) Ketulinan Jenama dan Jaminan Kualiti
(4) Khidmat selepas Jualan dan tuntuan Gantian

Aku tak nak cerita benda yang aku beli dan jual semula.... tapi aku nak cerita dan fokus pada laman web LAZADA sahaja, yang mana banyak membantu aku mencari dan membeli barangan murah..

1. Pilihan Variasi
Aku duduk kat kawasan sub Bandar.... bukan senang nak cari barangan yang edisi terhad.... setakat barang2 dari Jenama biasa memang ada... tapi kalau anda mencari Jenama yang sukar, LAZADA boleh digunakan untuk jadi based Harga.... ingat LAZADA bukan pengeluar, tapi mereka mempunyai hubungan sebagai Agent Jualan dimana mereka membeli secara pukat dan menjual dengan harga yang juah lebih murah oleh peruncit...

cari harga, dan mula google ke laman web lain... LAZADA juga bertindak seperti Google dimana ramai pekedai kecil memasarkan barangan2 mereka yang sukar dicari di kedai2 sebenar... Aku guna Tip ini mencari Kamera Plaroid edisi Khas (^^)


2. Jurang Harga + Penghantaran
Menghapuskan bayaran pada Sales Advisor/Sales Agent etc.. Ini aku susah nak cakap.... Aku beli barang untuk mengahapuskan bayaran tambahan pada Salesman... Jika anda perlukan perkhidmatan Jualan, cari lah kedai tapi anda rasa anda boleh operasi barangan tersebut tanpa menyusahkan salesman atau pegawai perkhidmatan Jualan mereka maka gunakan Tip ini.... Saya gunakan utuk beli kerusi Urut, Jenama Gen***..... anda akan diberikan pada harga tanpa bayaran khidmatan Sales Man dimana anda mampu jimat dari RM300-RM1500..... barangan yang bersifat exclusive ini jurang harganya tinggi bukan setakat 10-20 ringgit. Jangan cari harga rendah tapi masih ingin menggunakan perkhidmatan jurujual... itu tak ada ADAP namanya.... Aku kerja sebagai Salesman jugak, kalau dah buang komision kami, nak kami kerja amal untuk anda? kami bukan sukarelawan... ambik harga murah, buat sendiri sampai barangan tue berfungsi seperti biasa....


3. Ketulinan Jenama dan Jaminan Kualiti
Soalan ini sering ditanya oleh kakak senior aku yang kaki beli Handbag.... Ori ke? Kualiti AAA aje... bukan tulin...???? ori, kalau sanggup bayar in Dollar America mmg dapat... itu pun kena dapatkan pastian dari laman web  rasmi mereka, no siri bag dll..... tapi kalau anda beli harga bawah RM100.... faham2 ajelah kualiti beg anda.... Bonia Malaysia buat Sale harga dalam RM5** sahaja, bagus? bagus lah tue.. jawapannya .... itu bag 2-3 tahun lepas, ada yang lebih teruk ada yang dah 5 tahun dari pasaran... Ori? guna kan tip2 untuk kesan bag ori atau tidak... percaya beg yang dijual di gedung besar2an tue ada yang dicampur dengan product AAA..... kalau jenis aku yang pakai bag seminggu tukar2... beli yang harga RM20.... 2 in 1 aje.... hohohohoo...Bak kata boss aku, Jangan jadi Bodoh... beli barang bukan ori tapi bayar Mahal... kalau bukan ori... beli pada harga paling rendah....


4. Khidmat selepas Jualan dan tuntuan Gantian
Aku kongsi TIP aku beli SONY mini Speaker.... pergi ke kedai Sony.... ambik katelog dia.... ambik and tulis semua harga dia dengan diskaun dan GST... kira dan tulis... balik rumah, online... research time at Home using LAZADA laman web.... cari range harga... dan complain customer lain.... 

aku pernah kerja kat kedai Electric, benda paling biasa berlaku... Jual barangan Display... bungkus semula.... hantar.... kalau salesman yang pandai macam aku,, kau memang tak akan tahu kau dapat barang display... sebab aku dari awal2 lagi akan keluarkan barang tanpa koyakkan security sticker dia... macam mana? aku pun belajar dari pakar.... hohohohoo.... masalahnya nanti jangka hayat barangan kau dah pendek... macam nota pada blog aku ttg TV... umur dia ikut masa dia dipasang, kalau dah display 3-4 minggu, umur dia dah hilang sebulan jugak...

Benda nie memang nasib, bila kau rasa nak beli di Lazada sebab murah, buat research tambahan pada kedai yang menghantar.... stock dari LAZADA, SONY atau Kedai branch.... semua nya ada risiko, tapi paling kurang kalau dari SONY sendiri... dia tak display barang kat gudang dan dia tak ada 2-3 department sebelum hantar barang online (more hand more time for in store thief) ..... 

tapi pada kes aku, aku pilih untuk ke Sony Store Center.... dari 5 barang yang aku pilih dari variasi mini speaker.... hanya 1 yang Sony Store tawarakan paling murah dari LAZADA.... dan ianya pada mini speaker yang paling Mahal.... pada harga yang aku mampu milik iaitu range harga Average jualan pada LAZADA....... 

Selalu orang kata, kalau beli benda mahal... beli kat kedai, yang murah kat Online.... Pada aku kenyataan ini salah.... Benda yang mudah rosak, beli kat kedai.... benda yang susah nak rosak masa dalam warantty dia beli, Online.. Jimat dan kau pasti kalau rosak complain dalam masa sehari-2 dia dah hantar ke kedai dia semula untuk repair... bukan seminggu untuk dia datang ambik, seminggu lagi baru nak hantar 2minggu nak repair.... sebulan tunggu.... lepas tue kau kena bayar lagi, sebab barang yang rosak bukan dalam rangka warranty barang...

Next tips next week macam biasa setiap hari khamis aku free nak taip.... Jumaat uploadkan

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat