Skip to main content

Penyakit Emosi.... Aku perlu mengubati diri sendiri.....

Masih bujang di usia 30'an..... aku kini tanpa sedar, telah terjebat dalam penyakit emosi....dan semakin parah bila mana dengan sedar, aku masih teruskan jugak....


Pada mulanya ianya hanya, sekadar...gincu bibir... ke compax powder, dan kini aku tanpa henti membeli dan terus membeli tanpa henti.... Gila penyakit nie, paling kronik sebab aku tak pun gunakan setiap hari.... perasan gembira bila dapat penuhkan set penjagaan muka Pink dari PURE BEUTY.... yap...mula2, ianya sekadar RM25 seunit tapi itu paling basic....  Pudding Cream, Lotion hinggakan Essence Water yang mencecah RM80 sebotol.... keseluruhan harga untuk set ini sahaja hampir mencecah RM300 hinggit... 



Aku terdiam, masa aku masih belajar, aku hanya gunakan product Maybelline sahaja, 1 gincu, 1 powder and 1 eye shadow..... bila jadi Pegawai... aku ke in2it, paling murah range harga.... cukup asalkan muka aku ada tanda aku berusaha bermekup ketika hadir ke mesyuarat bulanan di HQ.... itu aje.... bila aku berhenti kerja dan duduk dirumah belajar, aku menumpang kasih dengan ayun yang bekerja di kedai rangkaian penjagaan diri...  aku mula guna jenama yang 'high in' atau pendek kata 1 unit barangan memerlukan anda mengeluarkan paling sedikit 1 keping duit 50 hinggit... tapi disebabkan aku tak membayar, aku hanya mengumpul...dan menggunakan untuk pergi interview.... 
maka aku pada mulanya rasa kekok dengan mask, day cream dll.... bertukar menjadi rutin.


Boleh dikatakan ayun jugak punca aku terjebak dan dijangkiti penyakit ini.....  dari 1 gincu bibir... ke 5 warna dari 3-4 kategori yang berbeza... bekas gincu yang berharga RM100 hinggi... aku kini semakin obses... aku menulis sebab aku hairan kenapa aku biarkan diri aku berpenyakit?.... Do i used it? Do i need 6 different colour of blusher? dulu aku tak boleh bezakan warna pink pun... kini aku tahu 7 jenis Pink??? penyakit nie perlu berhenti dan aku perlu sedar yang aku sekarang sakit. Yap, sakit... dimana aku meluahkan perasaan aku melalui pembelian barangan yang menunjukkan aku kini mampu makan, minum, beli beg, handphone, barangan kosmetik hingga aku berbelanja tanpa henti.... Ya, aku meluahkan rasa keseorangan, stress, kecewa dan sedih aku melalui pembelian yang tak sepatutnya.



Tidak menjadi salah jika seorang yang berkemampuan untuk memilih untuk membelai dirinya sendiri... ya tapi ianya menjadi penyakit emosi dan jiwa bila mana pilihan barangan bukan pada tujuannya tapi lebih kepada kehendak. Ambik contoh mask muka, dari membeli sekeping RM1 mengapa memilih sekeping RM25? seminggu min 2 keping sebulan 8-10 keping.... RM250 berbanding RM10.... itu tanda awal aku mula gagal kawal emosi. Jika dulu, aku memilih untuk tidur dan membaca buku.... kini aku salurkan pada pembelian yang tak sepatutnya dan memilih untuk memiliki benda yang aku tak gunakan...



Ianya perlu berhenti... dan aku berusaha untuk berhenti... aku perlu untuk kembali kepada diri aku yang lama. Yap, yang lama.... yang boleh mengawal emosi tanpa menunjuk tentang kemapuan aku untuk membeli benda yang mahal tapi tidak digunakan... kembali kepada penulis blog yang berkongsi pengalaman hidup agar orang lain dapat iktibar dan ilmu. Jika anda perempuan, dan anda mengalami gejala yang saya ada sekarang.... ini adalah penyakit... ianya perlu di ubati dan dirawat, kuatkan iman dan ilmu... kuatkan hati... anda tak perlu barangan ini untuk menjadi diri anda yang terbaik... bekerja dengan semangat untuk menjadi insan yang lebih baik bukan menjadi manusia yang terbaik.. sebab anda tak pernah layak menjadi terbaik dimata manusia lain.

P/S: I will stop buying this kinds of things again... tapi anda perlu ingat setiap barang kosmatik ada tarikh luput...jangan simpan lama2... tukar bila perlu sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat