Skip to main content

Filem Preview: Munafik bukan cerita Hantu

From; Skop Production
 Kawan baik ku, Yut, belanja tengok wayang sempena Birthday aku semalam. Dari belanja aku makan better belanja aku tengok filem... cerita?... Munafik...si Pembohong/Pengkianat/Pendusta... 
Manusia yang lidahnya mengaku Islam namun menyekutukan Allah swt... Sebabnya ringkas... aku tak pernah tertinggal kalau layan cerita Syamsul Yusof; cerita seram mahupun bertemakan dunia gelap... tapi kali nie lain.. aku tak pernah tengok preview Filem ini walaupun sekali... 

Ya, aku bukan orang yang tengok TV melainkan untuk menonton Berita... tue pun bahagian Berita Dunia dan Sukan sahaja sekarang (x sanggup sekonkong dalam berita tempatan) dan siaran kegemaran aku "Kalau Dah Jodoh bersama Dato' UKE". Siaran lain memang kurang.. so without preview aku tonton cerita nie.

Secara bahasa, kata Munafik berasal dari kata Nafaqa (نَفَقَ), Nifaqon (نِفَاقًا) yang mengandung erti Mengadakan, mengambil bahagian dalam, membicarakan sesuatu yang dalam pandangan keagamaan. Pengakuannya dari satu orang berbeza-beza dengan yang lainnya. Adapun dalam pengertian syarak’, Munafik adalah orang yang zahirnya beriman padahal hatinya kufur.
http://artikelkuislami.blogspot.my/2011/10/pengertian-munafik.html


Perkara pertama yang aku perasan adalah senarai pelakon nya... ohh... cerita kawan2...semua pelakon nya adalah pelakon yang pernah berlakon dalam filem Syamsul, another Filem with my friends types (buat aku teringat pada Aflin dan Hans). Watak mereka juga seiras dengan watak yang mereka pernah bawak selama nie. Melainkan watak Syamsul sendiri sebagai Ustaz yang agak kurang sesuai... tapi aku sarankan lapangkan fikiran anda.... ini experiment dan kenyataan; memang ada banyak Ustaz muda-muda zaman sekarang... Pada mula aku agak sinis melihat peranan yang dimainkan oleh Syamsul pada filem ini... semua jawatan penting digalas beliau, "Kalau menang anugerah, dia sorang aje sapu untuk Filem nie" tapi aku rasa kagum dengan suntingan dan keberkesanan olahan muzik mungkin sebagai pengarah, beliau tahu apa yang diinginkan. 

Disebabkan aku tidak menonton mana-mana preview; maka persoalan pertama yang memain difikiran aku adalah apa yang aku perlu cari; hantu? unsur mistik? ilmu hitam? atau kegilaan seorang suami yang tidak redha kematian isterinya? maka unsur seram itu memang ada dari awal... dan lakonan Nabila Huda,... sekadar memuaskan... mungkin disebabkan Nabila dikenali sebagai pelakon yang kental Jiwanya... aku merasakan kurang seram sedikit... mungkin jika Syamsul memilih artis yang lemah lembut..muka putih ala-ala Kpop...mungkin keseraman itu lebih dirasai... cuba bayangkan jika artis yang rasa cantik/comel itu di lambung dan di kotak katikkan.. memang seram...baru kau tahu, pura-pura Alim tue tak menjaminkan apa-apa.... pakai tudung sebab nak jadi jutawan/jual Tudung tue boleh jadi Munafik jugak... hohoho...contoh~


آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ اِذَاحَدَثَ كَذَبَ وَاِذَا وَعَدَ اَحْلَفَ وَاِذَااؤْتُمِنَ خَانَ
Ertinya :
“Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, iaitu bila berbicara ia berbohong, bila berjanji ia ingkar dan bila dipercaya ia khianat”. (HR. Bukhori)


Antara pelakon lain yang aku rasakan kurang berjaya adalah Pekin Ibrahim... sayang watak beliau hilang tergantung... adakah beliau sememangnya orang yang percaya pada ilmu hitam? apa hubungan beliau dengan Sabrina Ali...(aku confused disini, watak Pekin adalah bos/kekasih watak Nabila namun dia sering kali menggunakan istilah 'Sis'? Bakal mak mertua kau kot, duk 'sis''sis' tak berhabis)... dan adakah beliau bertaubat atau kekal sama? tak ada jawapan di situ... bila Ustaz Adam menjawab panggilan Telepon...bila dengan orang lain dia beri salam... dengan Maria di jawab "Hello, Maria" aku confuse? kalau makwe kau pun tetep kena beri salam kot~

Memang diakui beberapa ayat al-Quran yang digunakan adalah ayat-ayat pendinding dan ayat-ayat amalan yang diguna pakai untuk perubatan Islam, namun 'lip sync' dalam beberapa babak memang menyakitkan mata... kesan nya anda boleh lihat pada babak akhir; bila watak Syamsul berlawan dengan watak 'Jahat' atau 'si Munafik' bila Syamsul membaca sendiri ayat-ayat perbualan antara Syaitan/Jin ... ianya lebih berkesan..seram..dan bersungguh.. Jauh lebih baik ketika watak Syamsul dan Fizz Faruz mengubati watak Nabila buat kali pertama... ianya dah jadi cerita lawak~ secara jujurnya... aku hilang rasa seram selepas babak Ustaz Adam mengubati Maria buat kali pertama... dan mulai saat itu, aku dapat melihat perjalanan Filem ini adalah gabungan Filem-Filem seram Syamsul... Khurafat...paling ketara.. mencari siapa sebenarnya watak 'Jahat'...hint nya telah diberi dari awal (1) Siapa yang melanggar kereta Ustaz Adam (2) Siapa yang menghantar 'gangguan' pada Maria

Mungkin mimpi Ustaz Adam adalah paling extrem pada sesetengah penonton, namun jika anda adalah peminat Filem terbitan Syamsul; ini adalah trademark beliau... sama...cliche... mungkin ramai yang menjerit bila watak Syamsul paksa anaknya mencium dan memeluk jasad 'Zulaika' (watak Zarina; isteri pada ustaz Adam) yang mulai mereput, tapi pada aku ini mengingatkan aku pada hari babah memanggilku untuk cium dan peluk tubuh kaku arwah abang. Maka dari seram, ianya jadi babak yang menyedihkan pulak. Pendek Kata, jika anda mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang gangguan jin/saka atau kaedah rawatan Islam maka anda akan merasakan Filem ini adalah biasa-biasa sahaja. Namun, jika anda tidak pernah merasakannya; maka Filem ini agak menyeramkan.

Secara ringkasnya; cerita ini mengingatkan aku pada cerita tentang Iman di Baitul Maqdis dimana, imam ini telah mengimamkan solat berjemaah di salah satu Masjid disana selama hampir 30 tahun. Namun pada akhir hayatnya, Imam ini mengaku bahawa beliau bukan Islam; malah seorang yang Munafik yang dari awal lagi berniat untuk memesongkan aqidah orang Islam di sana. Munafik bukan cerita Hantu tapi reality dunia Islam dimana-mana sahaja.  Ianya boleh jadi sesiapa sahaja... yang paling Alim, yang paling kaya, yang paling lemah lembut... sesiapa sahaja... mungkin jugak kita; maka sentiasalah berzikir..mengucap..,dah berdoa...pada aku paling penting tambahkan ilmu Agama... ianya tak penah cukup hingga kita mati.




Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat