Skip to main content

Petani Taman... Penggangur tak semestinya tanam Anggur aje... tanah sekaki tapi hasil sayuran yang banyak

Luahan Hati sekejab:

Aku kuatkan iman supaya tak melenting mengamuk kat kedai si Wan tadi sebab dia sindir aku sebagai penganggur.. okey... kalau 200 ribu penggangur di Malaysia ini memilih untuk jadi penggangur maka kau betul tapi jika ada di antara kami ini berusaha, berdoa dan kekal positive berusaha maka kau tanggunglah dosa fitnah kami sampai kau mohon maaf dan bertaubat. BTW, kau untunglah bapak kau kaya boleh buka kan kau kedai untuk berniaga... aku nie anak biasa-biasa. Belajar pun pakai biasiswa, jadi mana tahu erti berhutang nak kaya macam kau~ okey, marah-marah nie... aku sebenarnya kebetulan tengah cuti semester dan hanya akan menyambung pengajian pada bulan April nanti. Maka sepatutnya aku tak kecik hati dengan mulut puaka Jantan tue, tapi nak buat macam mana perempuan nie dia tak boleh marah2 depan orang ramai... asyik menangis kat sejadah aje... kadang2 aku nak juga tulis...nak juga cerita... (Ingat senang nak cerita kat semua orang apa kau buat... nanti dituduh menipu..riak...etc... better diam)

                        -.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.



The Real Topic:


Kali nie aku nak cerita ttg hobi aku yang memasuki tahap baru selepas aku mengenali laman sesawang Pint It; https://www.pinterest.com yang banyak memberikan info-info ringkas dan menarik ttg apa sahaja yang ingin dikongsi oleh manusia seluruh dunia melalui laman2 web mereka. Kira ini seperti ringkasan ttg web2 mereka...dimana gambar dan link disediakan.


Menjadi Petani Taman

Disebabkan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, ramai yang ambik alternative berbeza nak cari duit extra.. pada mula aku nak buka online store untuk door gift tetapi disebabkan keadaan yang kurang baik maka aku buat secara perlahan2 sesangat dan beralih kepada Pertanian.

Pendek kata...umah keluarga aku nie rumah teres, mana ada tanah nak bercucuk tanam.... kalau ada pun sekaki kat depan dan sekaki kat dapur... mula tanam pokok-pokok kecik dalam pasu seperti cili dan Kacang Bendi serta membiarkan pokok Petola memanjat pagar dapur tahun lepas, kini pokok sayuran aku semakin bertambah jumlah dan jenisnya. Semua sayuran yang ditanam adalah didalam pasu melainkan Pokok Kunyit dan Pokok Serai yang ditanam menggunakan kaedah Kotak kayu.

1. Tomato
Mula-mula takut nak tanam bila orang kata Tomato perlukan suhu yang sejuk dan air yang banyak. Tapi bila baca info-info di Pinterest, cuba beranikan diri untuk tanam dengan kaedah dalam pasu yang betul. Maka, dari Tomato tempatan..kini dah ada Tomato Cherry dan terbaru Tomato Purple/Hitam. Tipsnya, Baja Air. Sebenarnya Tomato x perlukan air yang banyak namun pokok ini perlukan matahari selama 4jam sahaja berlebihan akan membantutkan pokok, dan pokok ini perlukan kayu penyokong yang tinggi jika anda inginkan buah/hasil yang banyak... kat rumah, pokok tomato ini ketinggian lebih dari dua kaki pada pasu bersaiz 10x10 sahaja. tidak menggunakan kayu sebaliknya menggunakan dawai yang digantung dari aras ampaian pada dahan2 yang berpucuk. 



2. Cili
Ini paling banyak ditanam gara-gara Project Jabatan Pertanian Johor. Konsep 2 Pasu bertengik pasu sabut dengan pasu baja air, (maaf, tak ingat nama Project Cili Padi nie) setiap rumah yang terpilih diberi Pasu lengkap dengan semua isinya serta baja air dan racun. Maka, bermula minat mama untuk join menjadi petani Taman bersama-sama. Buahnya memang sangat lebat dan banyak, hanya perlu rajin tengok air dan racunkan pokok seminggu sekali. Nak dijadikan cerita, cili merah Along, yang dicampak di laman rumah Along di Shah Alam pun menjadi dan menghasilkan kira-kira 15 anak pokok, bawak balik ke Batu Pahat 3 Pasu. Walau berusia 3-4 minggu, pokok Cili Merah ini jugak dah berbunga dan berbuah kerana Mama menggunakan baja air untuk disiram. Tipnya, pastikan Pasu Pokok Cili mesti hanya ada pokok Cili dikiri kananya, kalau tidak pokok sayuran yang lain  mandul (entahlah, betul atau kebetulan, mmg x boleh ada pokok jenis lain rapat-rapat). Sekarang, ada jugak benih pokok Cili Hiasan, cilinya berwarna-warni tapi baru 2 minggu tanam ada dalam 4 pasu rasanya.





3. Bendi
Ini tanama paling rajin ditanam, sebab senang tumbuh, cepat keluarkan hasil dan ada bunga yang cantik. Ada berapa jenis? hanya ada 1 sahaja. Mama tak kasik beli benih bendi merah... Jangan tanya kenapa. Adalah tue pantang nya. Tipnya, rajinkan mencatas dahan utama bendi ini agar dia bercabang-cabang dalam pasu. Maka setiap pokok akan mengeluarkan 2-3 buah Bendi serentak berbanding sebatang hanya 1 buah. Maka seminggu kadang-kadang boleh dapat 7-10 batang bendi, maka tak perlu tunggu lama-lama untuk masak Sayur bendi atau Kari.

4. Terung
Makanan kegemaran monyet, hanya dapat makan 3 buahnya sahaja sepanjang tanam pokok nie. Tapi mengikut petua dari jiran tertangga yang ada hasil berkoyang-koyang buah terung nie, maka barulah kami dapat melihat hasilnya dari dimakan monyet. Tipnya, sapukan minyak sapi pada batang pokok atau buahnya. Bau busuk minyak sapi menyebabkan monyet tak usik langsung buah yang sedang membesar.

5. Kobis Gegasi
Ini gara-gara melihat Urban Farmer kat KBS World, maka tanamlah sayur kobis gergasi ini. Mula-mula ingat, Sayur ini hanya boleh hidup di kawasan tanah luas, namun laman web Pinterest, menindakkan fakta tersebut, pasu kecik/plastik hitam sesuai untuk menanam Kobis Gergasi ini. Maka sekarang ada 12 Plastik/Pasu Hitam (saiz 12x12), Ya...aku tidak belajar dari kesilapan racangan tersebut. (Apabila sayur ini matang selapas 3 Bulan, maka akan ada 12 buah/bunga Kobis untuk dimakan.... siapa yang makan 12buah kobis dalam sehari? atau seminggu?) Tipnya: Jika anak pokok/sayur apabila tumbuh 3 daun pertama, maka boleh dipindahkan dari tapak semaian tetapi pokok Kobis ini perlu dibiarkan sehingga tumbuh 5-7 lapis daun atau 3-4 minggu sebelum dipindahkan. Tulang/batang Utamanya rapuh dan mudah patah. 



6. Keluarga Limau/Citrus Family
Kenapa keluarga, sebab ada Bapak, mak dan anak Limau. Ceritanya, mama tanam pokok Limau Purut untuk digunakna untuk memasak Tom yam... dan aku pulak menaman pokok limau nipis/kasturi untuk dijadikan minuman... namun Pokok Mama mandul hingga kini, pokok limau nipis pulak beranak tak ke sudah... maka wujudlah ayah..dan emak... Sekarang, disebabkan laman web tersebut jugak, telah menyebabkan aku memberanikan diri menanam pokok Lemon dari biji. Hasilnya, sekarang dah ada 2 anak pokok lemon.. yang dijaga bagai minyak yang penuh... ditatang setiap hari... keluarga pokok limau, nie mempunyai nasib yang sangat berbeza.




7. Pokok Delima
Antara pokok bersaiz besar yang boleh dijaga dan ditanam dalam pasu. Ya, pokok ini boleh ditanam didalam pasu dan berbungga dengan lebat walaupun di dalam pasu. Tipnya: Kayu penyokong dan rajin cantas. Berhenti mencantas pada musim bunga. Pokok nie hidup dia relax aje, tanam dan letak dia kat tepi/penjuru kawasan rumah anda. Selalunya buah hasil pertama, agak masam... jangan buang tapi gunakan sebagai Jem/Jus. Nisbah 1:1 dengan gula dimasak hingga sebati... buang bijinya sebelum masukkan dalam bekas untuk didinginkan.







8. Serai
Senang untuk ditanam, jika ada serai lebihan yang dibeli tapi tidak dimasak... cucukan akarnya pada pasu kosong... buangkan sebahagian besar daun hijau yang berada dibahagian batangnya.. dan tunggu pokok ini beranak dengan sendiri.. tapi rajin-rajinlah jirus dengan air..jangan sampai mati kering. Btw, kalau dalam pasu lebih senang pokok serai ini hidup sendiri. Trust me, as my sister punya pokok Serai boleh hidup than it means everyone mmg boleh tanam.

9. Pokok Kunyit
Pokok kunyit juga antara jenis tanaman yang tak perlu berkerja keras untuk dia hidup subuh, tapi agar susah nak hidup membesar jika ditanam dalam pasu kerana hasilnya mungkin kecil jika dibandingkan ditanam ditanah yang tiada had. Jangan risau jika daun pokok koyak ditiup angin atau akibat siraman air, pokok nie kuat walaupun daun dia macam Pondan.

10. Pokok Durian Belanda /Soursop
Ini juga antara pokok bersaiz besar selepas 5 tahun, maka mama kata.. kita biarkan dia sehingga dia 5 tahun baru fikir nak buat apa dengan pokok nie. Ada 2 pasu, dan buat masa sekarang hanya guna daun dan lada hitam sebagai bancuhan untuk halau tikus. baru setahun... x besar mana pun sekarang.

11. Pokok Persimmon Korea
Antara pokok terbaru yang ditanam dan paling extrem nak dicuba.... ditanam melalui BIJI, tidak dibeli pokoknya atau benihnya. Tumbuh dengan hanya suka-suka ambik bijinya...rendam dalam baja dalam sesaat dua lalu tanam. Seminggu kemudian dah tumbuh akar...kemudian... batang... dan daun. Kini dia duduk diam-diam kat kawasan pokok semaian, kerana secara jujur aku tak tahu nak jaga dia macam mana, namun dalam web Pinterest, pokok nie boleh ditanam dalam pasu juga. Maka biarlah duduk disitu sehingga aku jumpa pasu yang sesuai. Bak kata mama, biarkan masa menentukkanya.






12. Pokok Pudina
Mencari jugak pokok-pokok herba Iklim sejuk yang boleh ditanam dalam pasu... tapi yang paling susah nak cari benih atau anak pokok untuk ditanam kat Batu Pahat nie, kalau ada pun harga nya mencecah RM25 untuk anak pokok sahaja. Nak cari dari Benih lebih susah, tapi bila dah terjumpa yang harga hanya RM10-12 sepasu memang beli. Pokok nie diguna untuk buat minum jugak, ambik pucuk dan biak kan melalui batang pokok, matahari kena kuat tapi tak boleh Panas terus... Sejuk berair boleh... tapi tak boleh sentiasa lembab... Tipnya: Guna sabut Kelapa sebagai ganti tanah... letak tanah hanya segengam sahaja yang lebihnya sabut. 



13. Pokok Sup/Saderi
gambar dari : www.tanamsendiri.com
Pokok Herba Malaysia, pokok Sup... ini antara pokok dari benih yang diperolehi melalui Persatuan Pekebun Taman... Bila menyemai pokok dari benih memang akan perolehi anak pokok yang banyak namun, untuk mengatasi persaingan, maka pokok-pokok yang kecil atau tidak sihat akan dibuang. Namun makcik-makcik nie, ramai yang tak sampai hati untuk membuang anak pokok masing-masing, maka bagi-bagilah kat jiran tertangga... diam tak diam aku dah ada 7-8 batang pokok sup nie yang datangnya dari 2 orang jiran tertangga mama. Pokok nie perlukan tempat redup dan tanah lembab, maka kebetulan ada jiran yang belanja pasu/bekas plastik..maka disitulah pokok ini ditanam dan disimpan dibawah kawasan rumah.



14. Pokok Bawang
Pokok Bawang dan aku bukan sahabat baik, memang agak susah untuk aku menanam pokok ini dengan menggunakan perbagai cara... cucuk terus, semai dan macam-macam lah... terakhir sekali, aku guna kaedah hidropolik.... hidup pulak... dah besar pindah ke bekas plastik tanpa aliran air keluar... dan nisbah 1:3 tanah merah dan gambut... sentuh pun aku tak berani... biarlah dia hidup berdua dalam pasu tue dengan aman.


15. Pegaga Air
i-malaysiakini.com
Ini antara cubaan yang dilakukan apabila melihat gambar kat wall FB kawan-kawan, tentang pasu gantung yang dibuat sendiri. Maka percubaan pertama, carilah pokok yang kecil dan ringgan... Ya, takut pasu yang dibuat dari botol 1.5L tue jatuh... maka kebetulan babah ada makan ulam-ulaman maka, ambik akar yang dibuang tue dan ditanam terus. Tipnya: jangan lubangkan botol air tersebut, pokok nie sentiasa memerlukan air.






16. Timun
Sebut pasal Ulam baru teringat ada 1 lagi pokok yang ditanam untuk babah. Pokok Timun, menggunakan tali dan buluh kecik yang di ikat pada tiang air-con (outdoor unit) pokok timun nie dibiarkan melilit sehingga 2 meter sahaja sebelum dibantu untuk membelok ke arah lain. Ini pun ditanam dalam pasu sebab babah tak izinkan tanam pokok menjalar pada pagar umah lagi. Semak katanya. Dulu suka tanam 3-4 batang pokok pada pasu yang panjang, tapi sekarang hanya 1 pokok ditanam pada 1 masa sahaja.


17. Nenas
Hohoho... hampir lupa aku ada tanam nenas dalam pasu, 1 jenis Josepan dan 1 lagi nenas Johor. 2-2 jenis nenas nie bersaiz kecil dan manis. Mama and ayun suka maka, so ambik tompok nenas tue and tanam kat kawasan semaian... bila daun dia mula bertukar dan membesar... maka pindah pada pasu. Pokok nenas mempunyai akar serabut, jadi tak perlu cari pasu besar, sedang dah cukup and ini antara buah yang menjadi kegeraman jiran tertangga. Bila dah ada buah and nak dekat masak, pokok ini duduk dalam kawasan berpagar siap kunci. Itu untungnya kalau dalam pasu... mudah untuk pindah randah, sorok menyorok.






18. Kesum
Ini jugak pokok herba, tapi syaratnya mudah mesti berair..tanahnya lembub berair. Tipnya: tanam dalam bekas plastik/pasu tanpa lubang. dan juga ada petua yang diamalkan, perempuan yang sedang haid tak boleh patahkan dahan/daunnya, nanti pokok mati. No comment, aku tak tahu pulak pokok nie tahu perempuan tue haid ke tidak tapi dah terkena sekali (kebetulan atau tidak hanya Allah swt yang tahu).

19. Selasih
Pokok herba nie tak perlukan air yang banyak seperti pokok kesum tapi, rajin-rajin buang bunga pada dahannya dan kalau lebih rajin, potong dahan pada bahagian cantuman daun dan tanam semula. Pokok akan rimbun dan segar bugar.

20. Kari
Antara pokok paling lama ditanam, rasanya dia antara paling tua kat dapur tue selain pokok-pokok bunga babah. Paling susah nak di semai melainkan dia beranak sendiri. Selain dari tue, dia memang antara pokok yang paling senang dijaga.

21. Pandan
Pokok ini ditanam oleh babah dan di kotak katik kan oleh aku. Penah terlihat/terbaca tentang tanaman mengunakan Polystyrene Putih/ Kotak Ice? nie antara pokok ujian aku, babah tanam dalam pasu.... aku pindahkan dia dalam kotak itu... Tipnya: Jangan lupa buat lubang pada kiri-dan kanan sisi bawah kotak tersebut dalam 10x5cm aje. Rajin mencantas jika tidak pokok ini jadi kawasan ternakan nyamuk.

22. Kangkung
Ini jugak kerana pengaruh FB kawan-kawan, tanam guna bekas air. Tapi x jadi, maka aku perlu mencampak kan benih yang banyak ini ke satu kawasan yang luas... tapi rumah teres nie mana ada tanah... Yap, aku dapat idea, gunakan bahagian penutup kotak Ice tue yang aku potong menjadi dua bahagian dan campak bijik benih sayur kangkung tue. Hasil pertama, memang x boleh makan langsung... kurus melidi macam tauge... Tipnya: Potong sebahagian dahan dan daunya sahaja. Biarkan akar pokok Kangkung itu kekal, semaian ke 2 dan seterusnya, sayur kangkung dah kembali sihat, besar, dan rasa macam sayur kangkung. 


Tak kiralah dari mana idea dan cara tanaman Pasu untuk penduduk Taman bercucuk tanam ditanah sekakang kera ini diperolehi. Tapi pastikan anda cuba dan lakukan. Jika Mama rasa seronok dengan mengutip hasil sayur-sayuran untuk disedekahkan pada petani-petani taman yang lain. Aku pulak berasa seronok bila berjaya selamatkan pokok yang hampir mati dan hidup segar. Dan sekarang aku rasa lebih gembira bila dapat memberi Petani-Petani Taman nie dengan Jenis Sayuran dan Pokok tanaman yang lain dari yang lain. Rupanya ada banyak cara nak bersedekah walaupun tak ada duit dan pekerjaan.


Kebanyakkan soalan yang ditanya pada aku oleh Petani Taman adalah jenis tanah dan nisbah bancuhan tanah dan baja... secara jujurnya setiap pokok ada tanah yang sesuai dan ada yang tidak. Kalau dalam rujukan x ada, tanah campuran dari Jepun yang harganya RM15 sebungkus tue, aku selalu guna... semua ada, tercampur dan mencampur... tapi sebagai tanah semaian lah.., tanah pasu kekal.. memang try and error aje. Sebab tue kena tanam beberapa batang dan bukannya 1 batang setiap jenis.  Aku rajin baca laman web Jabatan Pertanian Perak, Johor dan beberapa pensyarah lama UPM yang aktif menulis blog, mereka ini otai dan aku juga gemar datang melihat pameran pertanian jika dilangsungkan berdekatan dan acara wajib lepak adalah MAHA di Maeps, Serdang tapi sayang 2 tahun sekali aje.


Gambar owner as attach if not it from the website (pinterest), ada banyak gambar sendiri tapi x tahu kenapa Blogger nie tak boleh connect dengan picture dari FB lagi. So, no original picture. 





Comments

Bila beritahu mama kita ada 22 jenis pokok sayuran dan buah-buahan, tanpa membezakan jenis dalam 1 keluarga yang sama.. mama jawab "Mana ada, Tak lah"... kemudia dia mengira dengan jari... "Patutlah Babah dah marah, kita".. Itu baru pokok sayuran dan buah kalau kira koleksi Orkid mama dan bunga yang ditanam aku ( ada 3 jenis aje) serta bunga babah... digantung atas, atas para, digantung bawah para, atas alas kayu dan pasu tanpa alas.. rasanya walau pun kami ada tanah sekakang aje, pasu nya dah hampir 100 buah???
Unknown said…
Tq info..bnyk..seronok baca..terlebih ada istilah yang mencuti hati..rasa mcm dengar tuan empunya bercakap dengan saya..info berguna

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat