Skip to main content

Hutang Puasa Tak bayar hingga ke Ramadhan Tahun seterusnya?... Fidyah hukumanya

KEWAJIPAN MEMBAYAR FIDYAH
► Assammualaikum semua; disebabkan tak ada kesempatan menulis...disini shared sahaja Post dari Jabatan Agama Negeri Sembilan bahagian zakat mengenai kewajipan membayar fidyah.
APAKAH FIDYAH ?
► Fidyah berkait rapat dengan ibadah puasa di mana ada beberapa sebab dalam puasa wajib yang jika ditinggalkan akan dikenakan fidyah iaitu meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh.
Wanita hamil dan yang menyusukan anak terpaksa meninggalkan puasa serta menangguhkan qada puasa sehingga tiba Ramadan berikutnya.
► Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan Syarak.
► Firman Allah S.W.T. bermaksud: “…Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 184)
► Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: “Barang siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan yang belum diqadanya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan bagi pihaknya.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi)
► Terdapat beberapa keadaan di mana seseorang itu dikenakan fidyah apabila meninggalkan puasa atau sebaliknya :-
- Seseorang yang meninggalkan puasa kerana bermusafir atau sakit, maka wajib ke atasnya mengqada puasa sebelum datangnya Ramadan tahun berikutnya dan jika dilaksanakan dalam keadaan sedemikian maka tiada dikenakan fidyah.
- Seseorang yang menangguhkan qada puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya kerana cuai atau tidak mengambil berat, maka dia dikira berdosa dan diwajibkan membayar fidyah berserta qada puasa mengikut bilangan hari ditinggalkan.
- Seseorang sakit berterusan hingga masuk Ramadan yang lain, dia wajib mengqada puasanya saja tanpa dikenakan fidyah.
- Sekiranya seseorang itu mati sebelum berkemampuan atau berkesempatan mengqada puasanya bukan disebabkan cuai atau sebagainya, maka dia tidak berdosa dan tidak perlu meminta orang lain mengqada bagi pihaknya serta tidak diwajibkan membayar fidyah bagi puasa ditinggalkannya.
- Sesiapa yang mati selepas mampu mengqada puasanya, maka walinya (bapa, datuk atau ahli keluarganya) disunatkan mengqada hari-hari ditinggalkan bagi pihaknya.
- Orang lain yang berpuasa bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan salah seorang ahli keluarga terdekatnya. Jika dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan wasiat daripada si mati, maka puasa ganti itu tidak sah.
- Jika tiada seorang pun berpuasa bagi pihak si mati, maka hendaklah dikeluarkan satu cupak makanan bagi setiap hari ditinggalkannya. Makanan itu wajib dikeluarkan daripada harta pusaka ditinggalkannya, sama seperti hutang. Sekiranya dia tidak memiliki harta, maka orang lain boleh mengeluarkan bagi pihaknya dan terlepaslah dosanya.
- Seseorang meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sekiranya dengan berpuasa akan membawa kesulitan kepadanya, maka wajib membayar fidyah saja berdasarkan kesepakatan ulama.
- Seseorang yang tidak berkemampuan untuk berpuasa, sekiranya dia tidak berkemampuan juga untuk membayar fidyah maka tiada apa-apa dikenakan ke atasnya.
- Seseorang yang mengalami sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh, maka wajib membayar fidyah dengan kesepakatan ulama, kerana puasa tidak lagi diwajibkan ke atasnya.
- Wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak, jika meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan anaknya, maka wajib membayar fidyah berserta dengan qada puasa mengikut jumhur ulama.
KADAR BAYARAN FIDYAH
► Kadar bayaran fidyah adalah berdasarkan harga secupak makanan asasi penduduk setempat. Kadar tersebut berubah bergantung kepada kadar harga fitrah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan setiap tahun.
► Kadar Bayaran Zakat Fitrah Negeri Sembilan adalah sebanyak 1 gantang bersamaan 2.751kg. Oleh yang demikian, kadar fidyah adalah bersamaan ¼ gantang iaitu sebanyak 688 gram.
Kadar fidyah yang diguna pakai oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan ialah sebanyak ¼ daripada harga fitrah yang telah diwartakan
Kiraan Fidyah :
► Puan Fatimah telah meninggalkan puasa sebanyak 5 hari pada bulan Ramadhan 1435H (2014), namun dia melambat-lambatkan qadhanya sehingga datang bulan Ramadhan 1436H ( 2015) , maka wajib bagi Puan Fatimah membayar fidyah di samping mengqadha puasanya yang tertinggal. Untuk mengetahui jumlah fidyah dalam bentuk sukatan atau timbangan adalah seperti berikut:
- Jumlah qadha puasa adalah kekal sebanyak 5 hari
- 1 hari puasa yang ditinggalkan dikenakan 1 cupak atau 688 gram.
- 5 hari puasa dikenakan 5 cupak (688 gram x 5 = 3,438 gram iaitu sebanyak 3 kg 438g).
- Sekiranya kadar fitrah pada 1436H adalah RM6.50, maka ¼ harga fitrah adalah RM1.625
- Oleh yang demikian, kadar fidyah bagi 5 hari yang ditinggalkan adalah sebanyak RM 1.625 x 5 = RM 8.125
Nota : Bagi yang masih berkesempatan dan sihat adalah lebih baik menggantikan puasa terlebih dahulu kerana masih ada masa menjelang Ramadhan akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat