Skip to main content

Bila dahi di cop Jin... Request dari Duyut.. Jodoh datang lambat..


Entry nie ditujukan khas untuk kawan baik ku, Duyut yang meminta nya dari aku. Kisahnya bermula begini;
Mama: Ayang, tahu tak antara sebab khawin lambat?
Aku: Tak ada Jodoh
Mama: Ustazah tadi kat Surau kata, salah 1nya sebab bila mandi, kamu bogel tanpa seurat benang    
            pun. Lalu Jin\Syaitan yang dapat melihat jatuh hati dan 'Cop kat Dahi' kamu," ini aku punya".
            Jadi bila lelaki lain melihat kamu, ianya jadi tak tertarik sebab kamu milik 'seseorang'.
Aku: (Sambil gelak) Sebab tue orang pangil Ayang Puan ke? bukanlah sebab ayang gemuk?
Mama: (Buat muka bengang, and terus layan cerita Korea dia semula)
Aku: Tak adalah macam tue, Ayang baca doa masuk tandas setiap kali masuk sebab Ayang ingat
         masa sekolah dulu Ustad kata kalau Bogel, Malaikat akan lari kalau x baca doa.

Seminggu lepas kejadian, aku pun mendaftarkan diri kat UiTM dengan kawan baik aku si Duyut; Ceritanya sama cuma kali nie (Aku jadi mama and Duyut jadi Aku; cuma Duyut tak cakap ayat terakhir aku tue) tapi diganti dan disambung dengan permintaan Duyut selepas kejadian di Kaunter PTPTN;

Yut: Yang, aku rasa aku dah kena 'Cop'lah.
        Carikan aku Doa untuk hilangkan 'Cop'kat dahi aku nie Yang.
        Dia (Pegawai Lelaki ) sampai mendugak nak bercakap dengan
        kau sedangkan aku kat depan dia aje.
Aku: Okey aku akan tanya mak aku.

Tapi disebabkan mak aku yang tersanggat sibuk dengan aktiviti berzanji dan kuliah Agama kat Surau. Maka sehingga kini dia masih tak carikan aku doanya. Maka, ini iktiar aku untuk bantu duyut dan juga yang lain kalau dah ada masalah yang sama.

Sebelum Kena Cop:
1. Pastikan semasa masuk ke tandas; mulakan kaki kiri dan bacalah ayat dibawah;
    Paling kurang maksudnya sahaja.

اَللَّÙ‡ُـمَّ اِÙ†ِّÙ‰ اَعُÙˆْذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†َ الْØ®ُبُØ«ِ ÙˆَالْØ®َبَـاءِØ«ْ
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari gangguan syaitan jantan dan syaitan betina”.

 2. Jangan mandi bogel atau bertelanjang. Kita disarankan untuk menutup badan kita ketika mandi walaupun bersendirian kerana kita semua tidak akan lepas daripada pandangan dan pengetahuan Allah SWT. 

Lagipun mandi tanpa memakai Seurat benang ini jatuh hukumnya makruh. Berdasarkan Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : 

“Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang tidak berpisah denganmu kecuali ketika membuang air (kecik atau besar) dan ketika seorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya”.
3. Ingat mencegah lebih baik, bukan setakat mandi aje jangan bogel tapi kalau boleh buang Air besar atau kecik, rajin2lah alas kan kepala kita dengan kain\tuala sekurang2nya. Bila kita lama sangat kat rumah orang lain (Tandas=Rumah Syaitan; ge baca hadis tentang soal jawab Syaitan dan Nabi SWA) maka tak mustahil kita kena kecing dan berak sekali oleh dek Syaitan tue.

Selepas kena Cop.
(okey, sini macam bunyi macam mustahil tapi percayalah jika anda menjaga Solat; anda sendiri akan dapat rasa yang Syaitan atau Jin nie sedang\ penah mendampingi anda)(Makin kuat anda beribadat demi Allah makin besar kedudukan Syaitan yang cuba menghasut anda). Lagilah kalau baru nak cari buku 'Marilah Sembahyang' sebab dah lama tak ingat sejadah... Cuba Bayangkan berapa besarnya 'Cop' moho Syaitan tue kat muka anda maka kita cuba jauhkan dari Jin\Syaitan nie)

1. Amalkan Surah Ar-Rum, Ayat 21. Pendek kata ini adalah doa percepatkan Jodoh.
Kadang2 ada segelintir manusia yang meletakkan surah nie pada kad Khawin mereka. Motifnya???? Aku pun tak tahu sebab Ayat ini digunakan agar Jodoh di percepatkan... kan bahaya kalau orang lain bacakan doa agar Jodohnya Cepat bukanya Jodohnya Panjang.


2. Kalau doa Specific untuk kaum hawa a.k.a Duyut; rasanya doa nie kena amalkan paling bagus. Aku pun kena baca gak nie; mahu tak khawin sampai 30 thn kan~ lagi2 kalau aku bersungguh nak sambung PhD pada 2015\2016 nnt.


3. Baik amalkan balik doa2 dan perlakuan yang aku tulis kat bahagia 'sebelum dicop' tue. Maka sama2 kita dihindari oleh jadi hak milik jin\syaitan tetapi milik suami yang soleh kelak agar menjadi teman kita ke syurga nanti.

Bye.... my wish as picture attach;



another doa from mama;

https://drive.google.com/file/d/0BwiB3d1-LH-TWEVSSGJwa1BDUGc/edit?usp=sharing


Thanks on several idea and picture; credit to this blogger and as attach:
http://wwwnursyahadah-iman.blogspot.com/2011/03/adab-ketika-di-bilik-air.html
http://imanamalsoleh.wordpress.com/2009/10/20/adab-mandi/
http://annieyss.blogspot.com/2011/06/doa-cari-jodoh-doakan-untuk-aku-juga.html

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkat...

Mangsa Buli.. sampai bila kami harus dibuli?

Dah masuk 2 hari aku asyik bermimpi benda yang sama... isu yang menjadi hangat dan disiarkan secara langsung dalam Berita Utama di stesen TV tempatan, pelajar dibuli... perbagai hujah dan bukti kajian dibincangkan tapi sayang ianya dihujah oleh pakar2 dan ahli Terapi dan bukannya mangsa buli? kerana pada pandangan aku, pengulas yang baik dalam isu ini adalah mangsa buli yang mampu melupakan sejarah hitamnya sendiri.Aku berjanji pada diri aku sendiri bahawa aku akan lupakan sisih hitam kehidupan aku...namun subuh hari ini aku tekad meluahkan semuanya dan aku ingin buktikan jika anda mangsa buli bukannya mudah anda ingin melepaskan diri dari Pembuli. Sekolah Rendah Aku budak kampung, bersekolah disekolah kampung dimana peratusan lulus UPSR serendah 70%. Dan aku dibuli oleh para Guru dan Rakan bermula dari darjah 3 lagi berusia 9 Tahun. Apa yang budak sekecil ini tahu tentang Buli? kami tidak tahu; apa-apa "Dia bodohlah, Cikgu!!! Kenapa nak tukarkan dia kelas Baid...