Skip to main content

Drama TV 2013 ; My Favorite Drama (From US,HK, JAPAN and KOREA) Part 1

Okey, tiba2 aku dapat idea nak kongsi and cerita gak kat semua... cerita Drama yang aku layan sekarang; kenapa bukan Movie? aku mmg kaki layan Movie lama2.. tapi ianya tersangatlah pribadi sampai tahap aku x nak kongsi.. bukan sebab aku layan cerita 18X atau R; cuma aku tak minat nak kongsi tapi kalau Drama yang aku layan, aku mmg akan post kat FB, LINE atau borak kat Forum drama tue... kalau aku duduk tunggu Interview pun aku akan cerita Drama tue kat calon yang lain; ada orang kata aku peramah tapi aku lebih suka benda yang seronok dari berborak membangga diri kat orang yang kita tak kenal. huhuhuhu... mungkin kenalan2 aku tue yang baca blog nie; sebab aku ada gak cerita pasal blog nie.... gila...

p/s Aku dapat panggilan taliphone dari ex-customer aku pasal blog nie... dia tanya kenapa update half2... aku rasa malu gila~ semua orang tahu aku nie penggangur~ hahahah... tak perlu update kalau dia ada no. phone aku; so.. aku pun berborak dengan dia... maka..half2 lah tip Leasing tue sebab kalau dah call buat apa nak update kan??? 

berbalik kepada Drama yang aku sarankan kepada orang lain; bermula dengan drama dari 


1. US;Drama series
Season 3 Poster; ~
'Girls... your are bad'

Drama nie aku layan dari season 1 lagi; mula2  hanya berkesah kepada isteri seorang Ketua Hakim yang Suaminya ada hubungan sulit; tapi Alicia Florrick tetap kekal setia bersama suaminya dan kembali sebagai Peguam untuk berkerja menyara keluarga. The Plot start bila dia berkerja dalam Firm bekas kekasih zaman Universiti dulu dan Will masih bujang... best sebab cerita berkesahkan Firma Perguaman, kes-kes benar kat Mahkamah, Para Peguam dan Hubungan Sulit... Kira 2 orang utama; 1. Alicia sebagai peguam, hubungan cinta terlarang dengan Will dan para pelanggan dan cara kotor nak menang kes dan 2. Suaminya Peter Florrick yang berkepen untuk jadi Perwakilan\ Datuk Bandar.. dimana Alicia kena berlakon watak 'The Good Wife' yang sentiasa menyokong suami dan memaafkannya... tapi hakikatnya, isteri mana yang boleh lupakan dan maafkan suami yang curang bila si isteri korbankan segalannya? sekarang dah masuk season 5(Alicia nak lari and buka Firm sendiri); setiap Ahad akan ditanyangkan kat US tapi kat Malaysia season 3-4 asyik di ulang tayangkan... geram... selamat ada link dari US (^^) love Monday~


p/s; entah kenapa akhir2 nie server untuk thedarewall selalu out; so kat sini aku share juga second link untuk watch/tonton online TV dari US; http://watchseries.lt/ so; enjoy the darama as I enjoy it


okey, ini atas pengaruh Ayun; aku layan semula season 9 Grey's Anatomy; ada best and tak best cerita nie..tapi watak kegemaran aku adalah Dr Christina Yang (Sandra Oh) and Dr Callie Torres (Sara Ramirez) sahaja... mungkin sebab ada Doktor Perlatih yang baru masa season 8;  Dr. Parker lakonan Stevent Culp rasa macam Dr Yang masa mula2 dulu.... bijak and sanggup 'membunuh' untuk jadi doktor yang terbaik... rasanya dia akan pilih Dr Yang dari Dr Derek (brain surgical)..yes~ (main reason aku layan cerita nie balik) maka; aku rasa okey lepas pembunuhan beramai2 para Doktor kat drama nie; pendek kata siapa gaduh antara 1 sama lain.. atau gaduh dengan Pengarah; you are out!! so kelam kabut sikit cerita nie... banyak mengajar aku untuk Google istilah atau penyakit2 yang unik; aku baca journal perubatan untuk pastikan cerita nie berkesah realiti atau fantasi... tapi percayalah ianya fantasi.. mungkin sebab dah lama sangat addicted dengan drama ER aku perlukan drama perubatan yang buat aku berfikir~ (Ya, aku pelajar Perniagaan dan x minat belajar Biologi pun masa sekolah dulu... tapi I love to know..)







McGarrett? Why? I don't know... CSI; Miami atau nigahiga (http://www.youtube.com/user/nigahiga?feature=g-high-c) maybe. Besar sanggat ke Hawaii tue sampai perlu 1 team khas untuk lindungi keselamatan dan kepentingan kerajaan Hawaii? aku pun tak tahu tapi aku tetap layan.. sambil mengomel mana logiknya cerita nie. Rasanya dah ada 4-5 pelakon utama Lost ada dalam drama nie... sebab Dae Kim ada kot~ Season 4 dah start kat Amerika; Malaysia..ulang semula season 1 tue... per..sakit~ and mama perminat Original McGarrett dari kesah anak dia nie; so mula kalau aku duk tengok and mama pun ada akan mula compare yang mana lagi realiti; paling aku tak tahan cerita perang Korea; Korea Utara macam buat pengambaran kat belakang rumah aje.. geram aku di buatnya...tapi open your mind and enjoy hand by hand combat; short distant combat... jarang guna pistol tapi kalau dah start kes tembak mmg keluar semua jenislah... kisah cinta? biasa2 aje.. lagi suka aksi kerja mengejar dengan kereta... 



sebabkan cerita nie aku rasa cerita terbaru "the blacklist" macam sampah atau '24' hanya rekaan semata2. and ada 2 kes bunuh yang mengikut teori dalam criminal minds nie... kira penonton cerita nie ikut cara pembunuhan rekaan si Pengarah dari The Mark Gordon Company and bunuh orang kat US; tahun nie budak sekolah menengah bunuh bapak dia sendiri (Dia ikut kes2 yang Polis lepaskan penjenayah)... gila penangan Dr Spencer Reid lakonan Metthew Gray and Penelope Garcia... kata2 nasihat atau phrase yang digunakan pada setiap pengakhiran cerita pun best gak~ Ayun layan koleksi CM dari season 1; beli DVD and bila seasons baru tamat aje dia akan beli; and layan kat TV sampai habis... dalam 1-3 hari habis semua 24 episode... so orang lain tak akan dapat tengok TV 2nd... kena guna 1st TV atau TV dalam bilik sendiri aje. 

++ cerita fov. 






next;
2. Hong Kong Drama series


okey... nie bukan drama tapi aku layan tiap2 minggu kat Youtube; kira rancangan bersiri gak lah. Sebab apa aku minat... sebab suara diorang lebih berbakat dari The Voice???? maybe.. how know? setiap orang ada tahap penilaian mereka sendiri. Tapi juri dia kot buat aku duk setia; yang pasti tak ada subtitle tapi aku boleh gelak and nangis sama2 wahai Mandarin aku bukannya bagus mana pun... dia orang cakap Kartonis lagi tue~ 1. Wang Feng 2. Na Ying 3. Harlem Yu 4. A-Mei

Tak ada version DVD tapi CD ada.
Season 1 till 3; tapi aku tak ada koleksi nie
Lupa ada 1 drama HK yang buat aku kena sebat dengan babah tapi aku tetap tengok sehingga aku masuk kat YPM sambung Diploma dari season 1 sehingga season 3; Burning Flame; mengesahkan perjuangan dan kisah hidup anggota Bomba dan Penyelamat di Hong Kong lakonan Wong He and adik dia lakonan Jade Leung.  Jangan cerita lah berapa banyak air mata yang keluar masa tengok drama nie; tak kira sebab magrib2 kena sebat tengok cerita Cina atau kesedihan drama nie sendiri. Oh~ Bestnya zaman tue~ (1998-1999); tak boleh tidur masa episode last keluar sbb lastnya Wong He mati; tinggalkan anak dia kat adik dia~


next;
3. Japan Drama series


The Touching Story of Love and Life Beyond Time and Space
~A Modern-day Brain Surgeon is Sent to the Edo Period of Upheaval...
Now the Hands of History Begin to move! Only a Person Can Help a Person!! 

okey, My recommendation from Japan Drama Series adalah Jin; Time Travel Season 1 and 2. Mungkin orang akan kata aku minat dalam cerita perubatan, tapi secara jujurnya bukan semua cerita perubatan aku layan; cerita tue mesti ada resional dan Drama sikit, suspen dan Cinta; kombinasi terbaik akan menjadikan sesebuah Drama tue pujaan hatiku; bermula dengan Komik di ikuti Drama dan kemudianya menjadi franchise Drama di Korea. Menceritakan ttg Doktor yang kembali 1 kurun setengah (150 tahun) dahulu sebelum zaman revolusi Jepun dan membawa perubahan kepada bidang perubatan dan Sejarah Jepun (Untold Story) sendiri. Kecintaan pada bidang perubatan membawa Dr Jin Minakata berusaha mengubati dan mencipta peralatan perubatan pada zaman Edo (seronok belajar ttg sejarah Jepun dan para pelakon tahap SUPER) untuk merawat para pesakit pada zaman tersebut. Perasaan Cinta terhadap kekasih pada zaman kini dan juga Saki pada zaman Edo; membuat cerita nie sarat dengan air mata aku. Cerita Korea? Sakit hati tengok; merosakkan karya Motoka Murakami (manga), Yoshiko Morishita memang tak dapat di maafkan.

Perbezaan kualiti dapat dilihat dengan jumlah anugerah yg di menangi oleh Karya Jepun di peringkat Negara dan Asia; So, jangan nak sama kan cerita kegemaranku ini dengan cerita versi Korea.


Korea Version

4. Korea Drama series

Poster rasmi; and paling best OST nya dinyanyikan
sendiri oleh Arjumma Band nie (Modona Comeback~)

Suka giler; gandingan Kim Jung-eun dengan Kim Seung-soo
tapi sayang dia bercerai dalam cerita nie~
Kalau ada 1 Drama Korea yang buat aku bangun pergi kumpul duit dan beli DVD cerita nie kat kedai Original; hanyalah " I am Legend" . Rasanya dah ulang hampir 7-8 kali??? dah tahu CD mana dia bercerai, CD mana dia buat konsert and CD mana lawan kes cerai kat Makamah. Paling sedih mestilah Episode 1-2; kes makamah Episode 5-7; per tripical Korea drama; tapi bestnya cerita nie selepas kebiasanya " Lelaki Kaya khawin dengan perempuan susah yang ada sikit2 perangai tomboi; yang perkhawinannya tak direstu oleh ibu si Lelaki tapi di sokong oleh Bapa si Lelaki; selalu semua ingat akan ada Happy Ending tapi rupanya Tidak" Kim Jung Eun lakonkan watak Arjumma (Panggilan pasar untuk Mak Cik atau Wanita Tua) yang berusaha mencari diri nya sendiri selepas tekad menceraikan suaminya yang kaya dan mulakan kerjayanya sebagai Kerani Peguam dan Pernyanyi Band.

Suka sebab memberi semangat pada aku bila rasa Down sesenggat. Tapi aku ada 1 lagi koleksi DVD Korea yang aku paksa ayun belikan untuk aku; lakonan Max Chaming (TVXQ); cuba teka cerita apa? sampai sekarang Ayun masih benggang kalau aku ungkit kisah nie~ hahahaha (Dia penyokong JYJ dan mengata bahawa Charming aku tue Kaki Bodek SM)... Pada aku, aku minat semua dalam TVXQ; sekarang hanya tinggal Charming aje~ yang lain asyik bergaduh aje, bosan~

Cuba teka? Cuba Teka? Oppa pun ada <3 br="">xxx
 




Comments

Unknown said…
nie yang aku marah.cerita separuh-separu.heheh..yeah aku dah jumpe blog ko.
okey; dah update sampai habis Part 1

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat