Skip to main content

Nak Nikah lagi satu? tapi kenapa nak Senyap2? bukan benda Haram pun~

hanya gambar hiasan.

Kenapa aku nak cerita bab nie sedangkan aku nikah pun belum. Aku tak ada pengalaman pun untuk hidup bersama seorang insan Lelaki yang bergelar suami. Tapi ini berlaku di depan kepala aku sendiri, ikutkan logik akal mmg aku nak tanya terus sahaja pada tuan punya badan. Kenapa? sejak bila kalau nak khawin/berpoligami nie nak ke Thailand (atau mana negara sekali pun sedangkan dua2 duduk Malaysia) and lagi parah bila senyap2? 


Kes 1: Si suami berkemampuan; 2-3 tahun berkhawin tak berzuriat; nikahi kekasih lama. Mintak keizinan makamah; tapi proceeding ambik masa lama; nikah di Thailand, isteri pertama dapat tahu, kes rujuk makamah, bayar dendan. Tutup kes.

Kes 2: Seorang Janda nikahi lelaki bujang; bukan berpoligami? tapi menikah di Thailand. Kenapa? tak ada siapa tahu. Tapi, ianya mencetuskan persoalan di minda aku nie; khawin cara Islam kat Malaysia nie susah sangat ke? sampai ambik langkah senang nikah di Thailand, balik Malaysia daftar khawin and bayar denda.

Kes 3: Nie berlaku depan mata aku sendiri; Si suami Imam, ada anak seorang (perempuan), Isteri tak tahan duduk dengan Mak Mertua mintak izin, kerja kat KL and suami kat Utara; suami izinkan sebab dia pun sedang sambung belajar (khawin dengan class mate baru; bini pertama dia dulu pun class mate masa diploma). Isteri check handphone (sama aje macam kes no 1 tue); gambar khawin kat Thailand pun keluar; madu dah ngandung pun~ due bulan depan. Kat Perlis tak payah izin bini pertama, so tak payah denda cuma daftar nikah aje.

Pekej Perkhawinan di Thailand; Menarik..siap ge shopping lagi lepas penat naik flight ke sana.

# ingat dapatkan surat pengesahan dari kedutaan Malaysia di Thailand (yang mana dekatlah) baru balik Malaysia, kalau tak bawak 2 orang saksi Lelaki Islam yang cukup sifat untuk pengesahan nikah.


Aku x ada masalah dengan Poligami, demi Allah aku tak anggap Lelaki tue jahat kalau dia nak bernikah lagi kalau dia dapat mendalami apa yang ada dalam Al-Quran;firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 3 yang bermaksud:

       “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan)perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat.Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hambahamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah)supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”. 


keratan akhbar; agar aku tak mengeluarkan luahan hati tanpa ilmu


Bukan penuh tulisan Thailand; ada Jawi
boleh lah gak Baca. Boleh ke baca Jawi?
Dah terang lagi bersuluh, hak poligami bukan pada isteri pertama, ianya hak si suami yang yakin bahawa isteri yang dinikahinya mampu di beri keadilan sewajarnya. Tak kiralah berapa pun isterinya; nak cukup kan kouta atau pun tidak, maka kenapa nak berahsia? kenapa nak berbohong? maka awal2 lagi si suami dah tak berlaku adil kerana isteri kedua dah sah2 tahu dia bermadu sebab orang lain nikah kat umah, berwali kan bapa sendiri, di sandingkan, jamuan untuk dirai dan di hebahkan pernikahanya kepada orang ramai tapi dia sah2 kena drive ke Thailand, nikah dengan berwali kan kadi, sijil nikah tulisan Thailand... dan tak kan lah dia nak sponser semua saudara mara ke Thailand untuk bergambar atau di hebah kan pada orang ramai. Isteri Pertama???? mmg tak tahu sampailah Allah swt gerakkan hati mereka untuk melihat bukti2 kezaliman suami sendiri.



Tak ke berdosa besar jadinya, isteri yang soleh akan terdiam dan menangis sahaja; meminta agar Allah wst menguatkan Iman mereka dan redhai dengan ketentuanNya. Mengimpikan Payung Emas ke Syurga. Tapi kita kena ingat Nabi Muhammad swt pun menegah Saidina Ali untuk bermadu; kerana baginda yakin bahawa Ali tidak mampu untuk berlaku adil kepada anak baginda Fatimah. kalau Khalifah pun di tegah kerana kurang kemampuan inikan lagi kita Manusia biasa? Ilmunya? hartanya?nafkah zahir dan batinya? masanya?

Buat apa nak sorok?; dapatkan lah kebenaran dari Mahkamah;  se suami hanya perlu berjaya membuktikan beberapa perkara antaranya perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu berdasarkan kepada faktor kemandulan, keuzuran jasmani, persetubuhan, kemampuan menanggung semua isteri dan orang tanggungannya, berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak dan tidak akan menyebabkan darar syari’e kepada isteri-isteri. Ini juga dinyatakan dalam peruntukan Enakmen Undang-udang Keluarga Islam negeri dan dipraktikan secara menyeluruh di setiap Mahkamah Syariah negeri.maka Mahkamah boleh membenarkan perkahwinan tersebut dilaksanakan walaupun tanpa kebenaran dan tandatangan isteri.

tolong lah Jujur, tak perlu bersembunyi kerana yang anda buat itu halal yang haram tue berzina. Lakukan dengan cara yang betul (http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=167) , cetak borang, sediakan semua dokumen yang patut dan ingat Kebenaran untuk berpoligami daripada isteri yang sedia ada bukan merupakan satu syarat yang utama dalam meluluskan permohonan seseorang lelaki untuk berpoligami. Walaubagaimanapun, berdasarkan peruntukan dalam Seksyen 23 (3) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4/1984 (pin.) 1988, pihak suami perlu menyatakan sama ada beliau telah mendapat keizinan daripada isteri yang sedia ada atau sebaliknya untuk berpoligami. 21 hari aje; sabarlah sikit...dari bergaduh..semua orang tahu...anda juga yang malu bila jumpa saudara mara...ingat..masa hidup anda mampu berusaha untuk kesenangan diri anda...tapi...bila anda meninggal dunia...manusia lain yang akan mandikan, kafan dan kebumikan anda...

Tolong hormati Agama Islam, dan perkhawinan itu sesuatu yang indah, jangan anda rosakkan dan mempermainkannya mengikut nafsu anda semata2. Kalau nak rahsia sampai bila? Nak sampai mati nanti? Ya, mak cik aku sendiri....isteri pertama dapat tahu dia di Madukan ketika pakcik aku tengah nazak, habis di halaunya mak cik aku keluar dari rumah, semua harta pakcik aku ke bini pertama; sedangkan hak isteri ke dua pun ada tapi mak cik aku hanya mampu diam sebab dia tahu dia isteri ke dua, tapi haknya????, mak cik aku di layan tidak adil dari awal pernikahanya bermadu sampai suaminya meninggal dunia...anak2 janganlah cerita....Aku cetek ilmu agama maka; tak berhak bersuara lantang...hanya mampu berkongsi perasaan..manusia memang boleh berubah dalam sesaat....


ilmu ini dikongsi dari:
http://peguamsyariemalaysia.blogspot.com/2012/11/izin-poligami-bukan-hak-isteri.html
http://www.slideshare.net/faizahyahya9/syariah-poligami
http://nikah-siam.sukasamasuka.net/



Comments

Anonymous said…
betul2.. saya debate benda ni dengan kawan2 saya.. tapi x boleh nak menang sbb diorang nak menang juga.. nak nikah lain boleh, tapi kalau boleh bagitaulah dulu.. x nak surprise2 benda mcm ni.. tup tap orng bgtau nmpk suami dengan orng lain dah nikah lama. dah nak bersalin dah pon.. sapa x marah, ye tak?
marah atau tidak saya x tahu sebab belum kena batang hidung sendiri... tapi kes ke 3 tue dah berakhir dengan perceraian.... walaupun keluarga kami ada memberi nasihat tapi saudara perempuan saya berkeras ini jalan terbaik bagi mereka.... sedih bila anak kecik jadi mangsa... bila si Bapa datang melawat...bini no 2 dah tak henti2 call marah2 bekas bini... kalaulah dia jujur kes nie tak perlu tamat dengan perceraian...
btw.... dalam berdebat ttg rukun dan hukum dalam Islam; tak ada yang menang atau kalah.... semuanya perlu kembali kepada al-Quran dan hadist sahaja jawapan ada nak terima atau tak aje.
Anonymous said…
Assalamualaikum. Saya nak meluahkan perasaan. Saya bru bkahwin setahun. Msh dlm pantang anak ptama. Imagine tgah bpantang 15 hari ada pempuan col bgtau dia madu saya. Hurm mujur x gila meroyan saya ni. Rupanya saya isteri ke2. Dan lebih sdih dlm hdup saya, saya ada 2 madu.time pgnant 7 bln suami kawen lg. Kawen dgn kekasih lamanya. Huk huk. Tp saya tau allah uji sya byk.. x menangis lgsun. Waktu tau sya ister kei 2. Dan dlm masa yg sama sya baik dgn madu. Tak tau kenapa saya jadi baik sgt. Tp hati saya dah hancur sbenarnya. Sakit kena tipu.. ujian sgt kuat. sya x menangis bila suami cite semuanya. Saya benci dia dlm diam dlm hati. Muka pun sya x tgok.. sya tetap bckap dgn nya mcm dulu2. Msh harmoni cuma sya akan menangis bila tgok wajah anak yg bru lahir. Yg sya pertikaikan knapa dia bleh kawen dan terus kawen tanpa izin isteri?
Sebelum menjawab soalan Puan, saya merasakan Puan seorang yang kuat dan tabah. Doa saya agar Puan terus kekal positive demi anak.

Puan tidak perlu pertikaikan kenapa Suami Puan bernikah tanpa izin kerana itu hak Suami. Namun, ianya menjadi 1 tanggungjawab baginya untuk menerangkan keadaan yang sebenar. Dalam konteks ini, kaum Lelaki memang ambik mudah tapi Puan perlu yakin dengan kententuan Allah. Jika Puan redha, maka rahmat dan pahala dari Allah swt menjadi ganjaran. Anak Puan seharusnya jadi kekuatan Puan, nasihat saya, Puan perlu kuat semangat, berfikiran rasional dan paling penting, komunikasi dengan suami. Jangan biarkan permasalahaan puan bermain di minda, Tanya Suami Puan, tapi ingat letak emosi selepas logic.

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat