Skip to main content
Cerita Lama2

Cinta kau datang lagi…


Bila bulan Febuari biasanya kita asyik disogokkan dengan cerita cinta. Bosannya…bila fikirkan aku terdiam seketika, dulu semasa aku asyik bercinta aku paling sukakan bulan ini. Bukan sahaja bulan cinta tapi bulan nie juga adalah bulan kelahiranku. Patutnya indah, tapi apabila aku membuat pilihan untuk tidak memilih sesiapa selepas Haikal, aku mula terfikir semula, betul atau salah pilihan aku kali ini.

Secara jujurnya, aku tidak penah meyesal dengan segala keputusan yang aku buat. Tak kiralah dari sekolah rendah hingga ke peringkat ijazah. Memilih jalan balik ke rumah atau jalan masa depan aku. Keputusan yang paling besar pernah aku ambik adalah meninggalkan bidang yang aku minat, kejuruteraan dan memilih bidang permasaran sebagai pilihan hidup. Sejak itu aku tak pernah menoleh dengan apa keputusan yang aku ambik.

Sekarang aku keseorangan ditemani keluarga, saudara dan kawan karibku. Kalau Yut kahwin dulu nampak gaya aku pasti malu besar...tapi aku tetap bangga sekurang-kurangnya ada juga benda yang Yut boleh banggakan dari aku. Asyik dengan kerjayaan dan cerita aku aje pasti bosan...tapi tadi aku hampir menangis apabila drama bersiri yang aku suka dah habis. Dan kesudahannya juga sedih, betul ke kita tak boleh ader kawan baik lelaki? Lebih-lebih lagi lelaki itu aderlah orang yang pernah kita tolak cintanya?

Sedihlah macam nie, aku tak mampu nak sayang dia macam aku sayang teman istimewa tapi dalam masa yang sama aku tak nak dia ader perempuan lain dalam hidup dia. Tegur aku macam kawan baik dia, makan sama, berlajar sama dan lepak sama-sama. Aku nie hiporkrit betul! Jahat, busuk hati!! Aku harap perasaan aku nie bukan cinta...sebab aku tak sanggup merosakkan pointer aku kerana ianya lagi. Cukuplah semester lepas aku sekadar dapat 3 pointer aje, semester nie sasaran aku jelas, jangan bercinta. Study and study. I should more focus…

Cinta jika kau datang lagi…jawapan aku tetap sama. Tidak!!

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkat...

Mangsa Buli.. sampai bila kami harus dibuli?

Dah masuk 2 hari aku asyik bermimpi benda yang sama... isu yang menjadi hangat dan disiarkan secara langsung dalam Berita Utama di stesen TV tempatan, pelajar dibuli... perbagai hujah dan bukti kajian dibincangkan tapi sayang ianya dihujah oleh pakar2 dan ahli Terapi dan bukannya mangsa buli? kerana pada pandangan aku, pengulas yang baik dalam isu ini adalah mangsa buli yang mampu melupakan sejarah hitamnya sendiri.Aku berjanji pada diri aku sendiri bahawa aku akan lupakan sisih hitam kehidupan aku...namun subuh hari ini aku tekad meluahkan semuanya dan aku ingin buktikan jika anda mangsa buli bukannya mudah anda ingin melepaskan diri dari Pembuli. Sekolah Rendah Aku budak kampung, bersekolah disekolah kampung dimana peratusan lulus UPSR serendah 70%. Dan aku dibuli oleh para Guru dan Rakan bermula dari darjah 3 lagi berusia 9 Tahun. Apa yang budak sekecil ini tahu tentang Buli? kami tidak tahu; apa-apa "Dia bodohlah, Cikgu!!! Kenapa nak tukarkan dia kelas Baid...