Skip to main content

Posts

Another Tips: Beli atau Baiki Perkakas Elektrik di Dapur (Budget)

Seperti dijanjikan, berikut adalah info ringkas atau tip-tip yang perlu anda tahu sebelum membeli barangan elektrik. Ringkas dan Padat, tentang barangan secara amnya... bukan mengikut Jenama atau Model.. sebab saban bulan atau tahun; ianya akan terus bertukar.. jadi kita ketepikan faktor ini dan lihat pada faktor yang penting zaman gawat nie... Harga Barangan dan Kos baik Pulih.\ 1. Peti Sejuk   Jangka Hayat : 6-12 Tahun Purata Harga Penjagaan Tahunan : RM 120-RM 200 Kos dikenakan pada Kerosakan yang kerap Berlaku: * Bahagian 'Ice Maker' RM270-RM400 * Kegagalan Papan kawalan Utama RM500+ *Plastik halangan mengeras RM100+ Beli atau Baiki : Bergantung pada Jenama, lebih baik anda membeli Peti Sejuk baru jika kos baik pulih anda melebihi RM800. Tip: Compressor memainkan peranan penting dalam Jangka Hayat sesebuah Peti Sejuk. maka. ambil kira umur Peti Sejuk anda dan Sejarah sakitnya. Jika berbunyi dan kegagalan pada kawalan suhu, maka ianya harus ditukar kerana...

Tip Petani Taman: Sepasu pokok Tomato dan Lemon

Tomato Cherry Purple nie orang selalu ingat pokok blueberry. Kat dahan buah tue kan  ada mahkota~ Aku rasa menarik gak jika aku dapat menukar tip2 pembelian barangan elektrik dengan tip petani taman... sesuatu yang aku mahir dan sesuatu yang aku suka....digabungkan dalam bentuk santai... Pada mulanya aku nak update tentang tip perkataan 2 teknikal yang perlu anda tahu ketika membeli barangan seperti handphone... TV.... mesin basuh... peti sejuk... mahupun barangan perkakas elektrik yang asas seperti periuk nasi... atau strika sekali pun...kebetulan selongkah kotak ajib warna oren tue.. memang banyak nota-nota yang aku simpan... tapi nak cari gambar yang malas... maka kita mulakan dengan tip-tip Petani Taman dahulu lah. Kali nie cara aku menanam pokok Tomato dan pokok Lemon menggunakan biji Benih . (FB tak boleh kongsi link maka, upload dari camera sendiri) Memang mahal kalau nak cari anak pokok Lemon sendiri; maka better beli buah lemon... lebih bagus kalau kualiti je...

Drama korea ... paling Jauh episode 10, harap kali nie sampai habis... MBC One More Happy Ending

Secara jujur, aku tahu x ramai perminat cerita Korea kat blog aku nie... tapi apa aku kesah, aku nak jugak cerita. Tahun 2015 rasanya agak teruk  lagi-lagi 4bulan terakhir, dimana aku rasa dah basi sangat asas cerita drama Korea yang aku tengok... x sampai tahap aku sangup bersengkang mata... sama ada layan direct streaming ( paling awal pukul 9 malam . Ya, aku belajar asas bahasa Korea so, aku layan tanpa sub and duk sibuk kat soompi tulis post kat sana) atau tunggu esok paginya untuk substitute english kat proxy2 laman web yang banyaknya macam cendawan... tapi sayang sebenarnya, ramai budak Malaysia (tak kira Melayu atau Cina) yang mahir bahasa Korea hanya sub kan cerita2 nie untuk English sahaja, kalau nak bahasa Melayu kena tunggu peminat Indonesia atau Brunei sahaja tapi bukan Kdrama tapi Kpop show atau Variety show sahaja. okey dipendek kan cerita; berikut adalah ciri2 drama yang aku paling benci dan sering kali diulang guna dalam drama Korea, yang menjadi asas kenapa Dr...

10 Kegunaan lain Daun pokok Pudina atau fresh Mint

POKOK PUDINA Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah:  Masakan : 1. Gunakan untuk mewargikan air gula anda. Masak air gula + daun Pudina yang dipetik kasar. 2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik. 3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman. Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan. 4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa...

Petani Taman... Penggangur tak semestinya tanam Anggur aje... tanah sekaki tapi hasil sayuran yang banyak

Luahan Hati sekejab: Aku kuatkan iman supaya tak melenting mengamuk kat kedai si Wan tadi sebab dia sindir aku sebagai penganggur.. okey... kalau 200 ribu penggangur di Malaysia ini memilih untuk jadi penggangur maka kau betul tapi jika ada di antara kami ini berusaha, berdoa dan kekal positive berusaha maka kau tanggunglah dosa fitnah kami sampai kau mohon maaf dan bertaubat. BTW, kau untunglah bapak kau kaya boleh buka kan kau kedai untuk berniaga... aku nie anak biasa-biasa. Belajar pun pakai biasiswa, jadi mana tahu erti berhutang nak kaya macam kau~ okey, marah-marah nie... aku sebenarnya kebetulan tengah cuti semester dan hanya akan menyambung pengajian pada bulan April nanti. Maka sepatutnya aku tak kecik hati dengan mulut puaka Jantan tue, tapi nak buat macam mana perempuan nie dia tak boleh marah2 depan orang ramai... asyik menangis kat sejadah aje... kadang2 aku nak juga tulis...nak juga cerita... (Ingat senang nak cerita kat semua orang apa kau buat... nanti dituduh menipu...

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkat...

Selamat Ulang Tahun kelahiran Abang, Mohd Hanizan Hj Ithnin... semoga engkau damai disana dan setia menanti kami

Al-Fatihah; Bukan mudah untuk menerima kenyataan dan redhai dengan kehilangan yang mengejut.Sedangkan nabi juga menitiskan air mata kehilangan anak, inikan kami insan biasa. Aku hairan bila ada manusia yang menaip umpama dia tidak mempunyai perasaan untuk cuba menghormati perasaan orang lain yang kehilangan. Ya, aku bersedih dan berkabung dengan permergian Tengku Jalil, Putera Temenggung Johor kerana aku juga bangsa Johor. Dan aku juga telah kehilanggan seorang abang; aku tahu pedihnya, trauma nya, dan tekejutnya hati ini. Sehingga sekarang kekosongan itu masih belum di ubati...mungkin kerana itu juga, aku merasakan kematian itu adalah perpisahan sementara...kerana kami akan berjumpa lagi...kerana aku masih meluahkan rasa dan pendapatku pada dia. Tidak ada yang sedih...kerana kesedihan itu adalah kesuyian semata-mata; maka sesiapa yang tidak mengalami kematian saudara terdekat mereka maka, hanya 1 pinta ku.... hormati hak kami sebagai manusia yang mempunyai perasaan. Bagi...