Skip to main content

Selamat Ulang Tahun kelahiran Abang, Mohd Hanizan Hj Ithnin... semoga engkau damai disana dan setia menanti kami

Al-Fatihah;

Bukan mudah untuk menerima kenyataan dan redhai dengan kehilangan yang mengejut.Sedangkan nabi juga menitiskan air mata kehilangan anak, inikan kami insan biasa.

Aku hairan bila ada manusia yang menaip umpama dia tidak mempunyai perasaan untuk cuba menghormati perasaan orang lain yang kehilangan. Ya, aku bersedih dan berkabung dengan permergian Tengku Jalil, Putera Temenggung Johor kerana aku juga bangsa Johor. Dan aku juga telah kehilanggan seorang abang; aku tahu pedihnya, trauma nya, dan tekejutnya hati ini. Sehingga sekarang kekosongan itu masih belum di ubati...mungkin kerana itu juga, aku merasakan kematian itu adalah perpisahan sementara...kerana kami akan berjumpa lagi...kerana aku masih meluahkan rasa dan pendapatku pada dia.

Tidak ada yang sedih...kerana kesedihan itu adalah kesuyian semata-mata; maka sesiapa yang tidak mengalami kematian saudara terdekat mereka maka, hanya 1 pinta ku.... hormati hak kami sebagai manusia yang mempunyai perasaan. Bagilah kami ruang dan masa untuk kami gagahkan diri untuk tersenyum semula. Jangan jadi ulamak Facebook dan ustazah mee segera.... jadilah manusia yang berperasaan dan membimbing bukan menghukum semata-mata. Semoga semua bangsa Johor bersemangat semula, tersenyum dan bersedia menempuh dugaan dunia semula.

Biarkan semua kisah disimpan dalam memori...
seperti mana mama,
menyimpan rindunya pada arwah Abang... 
rindu kami pada arwah abang... 
Jangan jadikan kuburnya sebagai ganti 
tapi jadikan doa kita kepada Allah swt sebagai ganti. 

Hari ini ulang tahun kelahiran abang yang ke 33; 
tidak akan ada 'mungkin' kerana ianya pasti 
bahawa Abang tidak merasa keperitan 
dan kesensaraan hidup di dunia lagi
abang juga tidak mungkin merasa dan berpendapat 
kerana Abang telah damai di sana menanti pengakhiran dunia. 

Tunggu kami...tunggu kami... 
semoga kehilangan Abang 
bukan lagi memori hitam 
yang tidak boleh dibuka.... 
tidak boleh diceritakan...
dan tidak boleh dilupai...

semoga kami boleh sembuh dari luka ini 
dan semoga kami dapat menerima hakikat 
bahawa tidak ada siapa menyalahkan siapa 
dalam takdir Jodoh dan kematian....

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Selepas Diploma\Digree; what next... kemasukkan ke Program Professional

What next... apa yang diperlukan oleh anda selepas ambik Diploma\Digree; banyak pilihan dan semuanya ada Pro and Contra. Cuba buka minda anda dan pilih khursus yang semakin hari semakin tinggi keperluannya dalam bidang berkanun atau swasta kini; Khursus Profesional yang di tauliahkan oleh Intitusi antarabangsa ataupun Malaysia. Kebanyakkan bidang ini dimonopoli oleh bidang perakaunan dan pengamal Undang-Undang; bahkan tangga gaji mereka juga adalah lebih tinggi dari pelajar yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian atau dengan pengalaman untuk diserap dalam sektor awam.  Post ini khas untuk para pelajar lepasan Diploma atau Sarjana Muda; yang ingin melihat pilihan yang lain dari menyambung pengajian mereka ke peringkat Sarjana Muda atau Sarjana. Khursus Profesional ini mempunyai beratus jenis sijil yang di keluarkan dan ianya bersifat sebagai penambahbaikkan ( aku gelarnya 'booster') pada kelulusan yang dikeluarkan agar Sarjana Muda yang dikeluarkan mempunyai ...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...