Secara jujur, aku tahu x ramai perminat cerita Korea kat blog aku nie... tapi apa aku kesah, aku nak jugak cerita. Tahun 2015 rasanya agak teruk lagi-lagi 4bulan terakhir, dimana aku rasa dah basi sangat asas cerita drama Korea yang aku tengok... x sampai tahap aku sangup bersengkang mata... sama ada layan direct streaming ( paling awal pukul 9 malam . Ya, aku belajar asas bahasa Korea so, aku layan tanpa sub and duk sibuk kat soompi tulis post kat sana) atau tunggu esok paginya untuk substitute english kat proxy2 laman web yang banyaknya macam cendawan... tapi sayang sebenarnya, ramai budak Malaysia (tak kira Melayu atau Cina) yang mahir bahasa Korea hanya sub kan cerita2 nie untuk English sahaja, kalau nak bahasa Melayu kena tunggu peminat Indonesia atau Brunei sahaja tapi bukan Kdrama tapi Kpop show atau Variety show sahaja.
okey dipendek kan cerita; berikut adalah ciri2 drama yang aku paling benci dan sering kali diulang guna dalam drama Korea, yang menjadi asas kenapa Drama2 tertentu aku tak sanggup tengok sampai habis:
10. Perubahan Drastik yang mengoda
9. Perempuan berpakaian lelaki
8. Trauma zaman kanak-kanak/kisah cinta lama
7. Second Hero yang lebih mengoda
6. Cinta pertama zaman kanak-kanak bertukar menjadi cinta sejati
5. Mak Hero adalah orang kaya yang jahat
4. Heroinnya Perempuanya Miskin dan Hero Lelaki nya Kaya Raya
3. Watak Second Heroinnya atau ExGirlsFriend Hero..mesti Perempuan Jahat
2. " I hate You" tapi bertukar jadi "I like You"
1. Hilang Ingatan
Dalam drama terbaru lakonan Heroin kegemaranku Jang Nara... dan Hero Pertamanya Jung Kyoung Ho ( aku minat cara lakonan dia sejak 'Sorry I Love You' tapi disebabkan peminat SNSD (dia boyfriend sooyoung) yang tak berapa suka dia...banyak drama dan filem lakonan dia kurang mendapat sambutan yang baik...ditambah lagi dia merupakan anak pengarah tersohor Korea...maka bakatnya sering dipertikaikan)... dan Hero ke dua dalam cerita ini pulak adalah Kwon Yool ( lakonan dalam drama Let Eat 3 - aku tak layan drama nie... dia merupaka hero yang ditinggalkan..maka ramai perminat yang inginkan JNR bersama KY dalam drama ini)
Cerita nya ringkas... kalau aku nak kira 10 ciri yang aku tulis di atas tue... rasanya no 9 ada.. tapi lelaki berpakaian perempuan... kerana JKH berlakon sebagai Paparazi, dia kena jadi perempuan yang mengandung untuk dapatkan skop berita... no 8 ada juga... rupa-rupanya JKH suka JNR dari zaman sekolah lagi tapi JNR memang x nampak dia..... no 7 terang lagi nyata... Kwon Yool jauh lebih 'cantik' berbanding JKH yang lebih lelaki. Hanya ada 3/10 maka agak menarik.... drama ini lebih banyak cerita tentang persahabatan antara Perempuan dan Perempuan (Kumpulan Idol Angels) dan antara Lelaki dan Lelaki (JKH dan KY). Perempuan yang menjanda... anak dara tua...yang berkahwin tapi bermasalah serta... perempuan yang sangat Open dalam perhubungan. Kelakar tapi banyak unsur-unsur tersirat dalam persahabatan perempuan-perempuan nie. Begitu juga lelaki... siapa yang harus dikorbankan persahabatan 13 tahun atau percintaan yang baru berputik?
Aku hanya ada 3 kawan baik dari zaman sekolah hingga kini.. harap hubungan itu akan kekal macam cerita nie... setiap hujung minggu berkumpul dan bergosip bersama-sama... seronok pulak..berangan bersama-sama JNR dan kawan-kawan.
Tapi itu bukan yang aku nak kongsi... tapi kelainan Drama nie yang menarik minat aku untuk bersengkang mata untuk layan Live Streaming setiap Rabu dan Khamis. Pertama adalah kelainan dalam konteks iklan, selalunya promosi sesebuah drama lebih kepada sedutan beberapa episode.. tapi Drama ini mengeluarkan OST (Official Soundtrack) yang memaparkan kesemua pelakon wanita nya termasuk Pelakon jemputan Dara dari 2Ne1 yang berlakon sebagai ahli kumpulan 'Angels'. Lagu Always For You edaran Sony Music Korea ini menjadi trending sekitar perlancaranya dari MV sehingga kan mereka bersetuju untuk mengeluarkan Dance Version untuk lagu nie... aku pun dan jadikan lagu nie ringtone untuk my second phone (lagu untuk handphone pertama aku masih tak bertukar selepas 3 tahun OST drama "My Spring Day" lakonan sooyoung awek JKH).
Drama ini bukan sahaja berbelanja besar dengan mengeluarkan serta mencipta lagu baru, malah merakam MV baru tetapi mereka juga bersungguh dengan mengeluarkan poster dan barangan peminat yang memperkenalkan kumpulan khayalan ini... rasanya 2 sahaja penyanyi Dara dan JNR tapi di sini kelihatan Yoo in-Na, You Da In dan Seo In Young boleh nyanyi dengan baik.... Fan Girls mood On~ tiba-tiba pulak.
Selain OST pertama nie, ada 1 lagi lagu yang menyebabkan semua moment antara JKH dan JNR dalam drama ini menarik adalah lagu "If, nyanyian Elsa Kopf".... rasa romantis...sedih...dalam satu masa yang sama.
dan sebab ke dua yang menariknya ttg drama nie ada sedutan iklan (Teaser) nya.. selalu anda akan ditanyangkan sedutan episode pertama hingga ke-empat untuk berkenalan dengan semua watak dalam drama ini. Namun selepas melayan drama nie anda akan terkejut rupanya..sedutanya hanya dari 1 episode.. yang sangat laju....Ya, sangat laju....1 episode and anda akan tahu semua wataknya... perkenalan semula hero dan heroin...mabuk...sejarah cinta monyet, ciuman dan di akhiri dengan perkahwinan... hohohoho... memang tertipu layan episode pertama....
Rasanya cukuplah setakat nie sahaja sebab drama nie pun baru separuh jalan dan masih ada 10 episode lagi... walaupun cinta 3 segi tak dapat di elak kan lagi namun, forum-forum peminat memang sedang bergasak dan bergaduh siapa yang layak dapat JNR... sebab kedua-dua lelaki dalam drama nie adalah lelaki biasa-biasa tanpa ada kuasa sakti atau kekayaan luar biasa seperti cerita lain. may the best man win~
Dan seperti biasa link-link dibawah untuk anda yang ingin melayan drama nie:
Lepak Forum:
http://www.dramabeans.com/2016/01/one-more-happy-ending-episode-1/
http://forums.soompi.com/en/topic/379146-current-drama-2016-one-more-happy-ending-wed-thurs-10pm-kst/
Layan Streaming with sub:
Drama Fire
Drama Nice
and
Asian Drama
(kenapa 3 nie? sebab sub dia lain2... drama nice selalunya re-upload dari team Viki... sebab kat Malaysia tak boleh buka... kalau rajin guna proxy link kalau malas... tunggu aje 12 jam lebih lambat kat link di FB)
rasanya last buat post pasal drama Korea setahun yg lalu... maka jangan kecam saya...
isu politik, akak tak pandai nak layan... takut tekanan darah tinggi... boleh masuk Hospital lagi..
Comments