POKOK PUDINA
Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah:

2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik.
3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman.
Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan.

5. Campurkan hirisan halus pudinan yang dikisar dengan mentega/butter; boleh digunakan untuk menumis masakan gorang, agar lebih garing dan wargi.
6. Untuk dressing Salad; kuah salad.... simple... hirisan pudina+jus lemon+cuka+renjisan minyak zaitun
7. Taburkan hirisan halus daun Pudina pada nasi yang panas sebelum dihidangkan.

1. Hancurkan atau kisar dan taburkan daun Pudina pada sayuran seperti tomato dan pokok kubis. Baunya yang kuat mampu menghalang kumbang permakan daun dari menyerang daun pokok ini.

2. Daun Pokok Pudinan yang diramas, dicampur dengan nisbah yang sama dengan baking soda, kemudian direnjis diatas kapit sebelum divakum. Permadani anda bersih dan berbau wangi.
Perwangi mandian dan mulut
1. Campur 4 sudu besar daun Pudina yang dikisar dan dicampurkan dengan 1 cawan air yang telah dimasak/ditapis, di dinginkan, sesuai digunakan sebagai pembasuh mulut. Ianya bagus... dijamin tanpa akohol.
2. Bunkus daun pudina yang kering atau segar dalam beg berlubang halus dan gantung dibucu bilik mandi untuk wangian yang segar dan ianya sesuai juga untuk menghalang semut dan kumbang di dalam almari makanan atau baju.
Comments