Seperti dijanjikan, berikut adalah info ringkas atau tip-tip yang perlu anda tahu sebelum membeli barangan elektrik. Ringkas dan Padat, tentang barangan secara amnya... bukan mengikut Jenama atau Model.. sebab saban bulan atau tahun; ianya akan terus bertukar.. jadi kita ketepikan faktor ini dan lihat pada faktor yang penting zaman gawat nie... Harga Barangan dan Kos baik Pulih.\
1. Peti Sejuk
Jangka Hayat: 6-12 Tahun
Purata Harga Penjagaan Tahunan: RM 120-RM 200
Kos dikenakan pada Kerosakan yang kerap Berlaku:
* Bahagian 'Ice Maker' RM270-RM400
* Kegagalan Papan kawalan Utama RM500+
*Plastik halangan mengeras RM100+
Beli atau Baiki:
Bergantung pada Jenama, lebih baik anda membeli Peti Sejuk baru jika kos baik pulih anda melebihi RM800.
Tip: Compressor memainkan peranan penting dalam Jangka Hayat sesebuah Peti Sejuk. maka. ambil kira umur Peti Sejuk anda dan Sejarah sakitnya. Jika berbunyi dan kegagalan pada kawalan suhu, maka ianya harus ditukar kerana baik pulihnya tidak wajar dipertimbangkan langsung.
Kos / Budget yang sesuai: RM900 hingga RM8,000.
Lebih dari julat harga nie... pastikan setiap fungsi kegunaanya berguna untuk anda dan keluarga bukan hiasan untuk menunujuk pada saudara mara/sahabat pada Jamuan Hari Raya setahun sekali.
2. Oven/ Pembakar Elektrik
Jangka Hayat: 10-15 tahun
Purata Harga Jagaan Tahunan: Tiada kos untuk jagaan; pastikan anda rajin mengemas/membersih bahagian dalam oven selepas digunakan.
Kos dikenakan pada Kerosakan yang kerap Berlaku:
*Pembersihan atau kegagalan dalaman: RM170-RM200
*Kerosakan pada panel kawalan suhu: RM260+ (lebih mahal jika elektronik panel)
*Kerosakan pada panel pemanas: RM 160+
Beli atau Baiki:
Agar sukar... tapi saya sarankan baiki jika harga komponen barangan yang perlu dibaiki dalam julat RM400 hingga RM 800, atau separuh harga asal oven anda.
Tip: Terdapat beberapa model oven terkini yang dilengkapi dengan system lebih dari Oven seperti Grill Rotation, Steam Function etc dimana harga boleh mencecah hingga RM7000-RM10,000. Melainkan anda adalah chef, maka fungsi ini tidak perlu ada pada sebuah oven. Biarkan fungsi Oven, dapur dan Microwave berasingan. Harga 3 unit ini lebih murah walau digabungkan.
Kos / Budget yang sesuai: RM650-RM2,000.
3.Mesin Pencuci Baju/ Washer Machine (Front Loading)
Jangka Hayat: 8-12 tahun
Purata Harga Penjagaan dalam setahun: RM50-RM80 untuk sambungan paip getah, namun ianya boleh dikawal jika anda rajin menjaganya (Jika menggunakan 2 suhu basuhan)
Kos dikenakan pada Kerosakan yang kerap Berlaku:
1. Getah pada pintu reput/longga RM 200-RM300
2. Papan kekunci Electronik Gagal berfungsi RM 150+
3. Kebocoran RM160+
Beli atau Baiki:
Jika harga baik pulih melebihi RM800 anda perlu pertimbangkan untuk membeli unit baru. Kerosakan besar, seperti pada Motor atau Transmission.... anda perlu jual.
Tip: Front loading lebih baik/sesuai untuk membasuh pelbagai jenis kain kerana mempunyai fungsi yang lebih baik dari top loader (seperti kawalan suhu dll) namun kos penjagaan dan baik pulih, Top loading jauh lebih murah dan mempunyai julat muatan maximum yang lebih besar.
Kos / Budget yang sesuai: RM 1,400-RM3,000 (Front Loading)
RM 500- RM 2,000 (Top Loading)
4. Mesin Pengering/Dryer
Jangka Hayat: 8-12 Tahun
Purata Harga Penjagaan Tahunan: RM170-RM 200
Kos dikenakan pada Kerosakan yang kerap Berlaku:
1. Coils: RM 300
2. Thermostats: RM270+
3. Belts: RM 350+
Beli atau Baiki:Letak harga maksimum untuk baiki dalam anggaran RM1000. Jika lebih, baik anda beli baru.
Tip: Rakyat Malaysia jarang2 membeli Dryer kerana kita masih sanggup jemur baju di bawah matahari atau pergi sahaja ke kedai Dobi jika cuaca tidak mengizinkan... namun jika anda mempunyai keupayaan dalam kewangan, sila pertimbangkan membeli Dyer namun saya sarankan jangan sesekali beli washing machine+dryer dalam 1; kos penyelagaraan dan baiki jauh lebih mahal jika ianya 1 unit berbeza.
Kos / Budget yang sesuai: RM1200-RM2000
5. Dapur Gas (Ceramic)
Jangka Hayat: 5-7 tahun
Purata Harga Penjagaan Tahunan: RM 20-RM150 untuk bateri dan sprinkler.
Pastikan menjaga kebersihan pada penunun api supaya tidak tersumbat.
Kos dikenakan pada Kerosakan yang kerap Berlaku:
*Pembersihan atau kegagalan dalaman: RM170-RM200
*Kerosakan pada panel kawalan suhu: RM260+ (lebih mahal jika elektronik panel)
*Kerosakan pada panel pemanas: RM 160+
Beli atau Baiki:
Separuh dari Harga belian; Atau jika anda tolak tepi Jenama dan jumlah penunun api maka letak harga min kos baiki kepada RM500.
Tip:
Mencegah lebih baik dari mengubati... jaga kebersihan dapur selepas memasak dan anda mampu memanjangkan jangka hayat dapur dan mengurangkan risiko ianya rosak.
Kos / Budget yang sesuai: RM600-RM1,500(Manual/Gas)
RM800-RM3,000 (Electronic Panel/Electric heater)
Anggaran ini berdasarkan pada pengalaman saya; harga mungkin berubah mengikut masa, tempat, pembekal, kos upah dll.
Gambar hanya untuk hiasan semata-mata dan bukanya bertujuan untuk menujukkan sesuatu Jenama atau model tertentu, hakmilik gambar seperti ada pada gambar.
Comments